Thursday, 22 June 2017

Percutian ke Cambodia dan Vietnam - Part 1


Assalamualaikum wbt...

Kali ni saya nak cerita mengenai trip saya dan suami saya ke negara Cambodia dan Vietnam secara backpacker. Satu pengalaman yang memang takkan dilupakan kerana baaanyak sangat dugaan untuk trip kali ni. Tapi pengakhirannya tetap seronok sebab bukan senang nak dapat pergi sama-sama macam ni. Hadiah birthday dan honeymoon katanya. hihi...

Bermula terjumpa harga tiket berharga RM59 ke Siem reap, menjadi punca saya dan kawan-kawan memilih destinasi ini. Kalau tak jadi pergi pun tak mengapa kekdahnya. Tapi buat pencinta sejarah macam saya ni, teringin sangat nak tengok Angkor Wat dan Ta Phrom di depan mata. Walau pun sepatutnya trip ini seramai 8 orang pada mulanya tapi yang pergi tinggal 4 orang, ia tidak mematahkan semangat kami untuk enjoy the trip. Sejarah trip paling pening setakat ini sebab serba-serbi buat sendiri. Dari beli tiket 8 orang tu, tersilap birthday sampai jenuh berurusan dengan airasia, buat itenerary sendiri, survey sana sini baca blog untuk cari info pasal hotel dan pengangkutan, semuanya bersendirian sampai tersilap ambil luggage untuk balik Malaysia. Nanges. hahaha...


# asik berkerut je muka tu bila bergambar. Nyampah. :p

Rezeki sebab ada sepupu yang kerja di DCA. Boleh tumpang parking kereta kat tempat dia. Selamat sikit fulus bayar parking kat airport tu. Hihihi....

Kami sampai di airport Siem Reap ni dalam pukul 10 pagi macam tu. Cantik senibinanya. Nampak tenang gitu dari luarannya.



Tapi kat luar je tenang. Masuk je ke dalam, walau luas dan cantik, Walau begitu banyak kaunter yang dibuka, adoi laaa.....ini airport terlembap sekali untuk cop passport! Jenuh berbaris. Dua-dua belah tangan kena scan. Hahaha.....nak tergelak pun ada sebab semua kaunter buka, macam tak logik pulak lambat sangat. Sistem down kot. Saya cuba berhusnuzon... :p



Tempat kejadian yang diceritakan.

Keluar je dari airport, tuk tuk yang saya tempah dari Malaysia dah sedia menunggu. Saya memang mencari orang Melayu Kemboja beragama Islam yang boleh bertutur bahasa Melayu. Alhamdulillah saya berjumpa Din.  Memang penting sangat ciri-ciri ni tau. Satu, untuk memudahkan komunikasi dan satu lagi sebab adalah untuk memakmurkan ekonomi saudara seIslam kita di Cambodia. Harga tuk tuk untuk sehari ialah USD15. Ni ha nombor contact beliau. +855968170151. Siap bold lagi tu. Sebarang pertanyaan tentang supir tidak lagi akan dilayan di ruang komen. Saya sangat annoying dengan orang yang malas membaca. Dah bagitau tapi dok tanya lagi. Lempang nak? Hahaha....



Destinasi pertama yang dituju mestilah Aswara sebab nak beli tiket masuk ke temple-temple tu. Teringat balik betapa gigihnya saya study pasal sejarah Angkor wat yang dibina oleh Suryavarman II dan Jayavarman VII yang membina Ta Phrom, Angkor Thom yang sekarang dipanggil Bayon dan seterusnya menyiapkan Angkor Wat. 

Tapi tu la, asyik sangat study pasal sejarah sampai terlupa update harga tiket masuk dah naik dari USD20 ke USD37 bermula 1 Februari 2017. Allahu....rasa nak nangis kat kaunter tiket tu. Harga tiket naik nak dekat sekali ganda. Sudah la bajet ciput je. Faham-faham la bila guna USD ni. Ngeri! Inilah maksud saya yang sejarah tu berulang. Semasa nak masuk Borobudur pun tak alert pasal tiket, di Siem Reap pun sama. Tepuk dahi. Cuai! Tapi nak buat macam mana, beli jugak la. Dah itu tujuannya kita ke Siem Reap. Ye dak?



Perjalanan dari Aswara ke Ta Phrom adalah dalam 15 minit macam tu. Nak terbang tudung dibuatnya sebab pakai tudung bawal satin yang ringan. Patutnya pakai tudung express je. Adoyaii...
Nasib la cuaca di bulan Februari sangat ok. Walau panas, anginnya masih sejuk.



Hasil pembacaan blog, lebih murah jika kita membeli souvenir di kawasan temple-temple ni berbanding di pasar malam. Makanya terjebaklah saya membeli fridge magnet di sini. Nasib baik ringgit diterima.



Perjalanan masuk ke temple Ta Phrom yang sangat femes dalam filem Tomb riders lakonan Angelina Jolie tu kalau ada sesiapa yang tak tau. Agak berdebu sebab rumput tak sempat tumbuh nampaknya kerana terlalu ramai pelancong dari seluruh dunia menggunakan laluan ini.



Seperti biasa, kita tengok dulu peta dan pantang larang ketika melawat tempat-tempat sejarah sebegini. Kenapa kena banyak membaca? Saya memang bajet sikit bab-bab nak ambik tourist guide ni. Baik saya study dulu tempat-tempat saya nak pergi tu supaya saya tahu apa yang saya tengok. Dapat juga berjimat kekdahnya.

Tak berkesempatanlah saya nak berkongsi cerita pasal Ta Phrom ni. Maklumlah entri ditulis semasa sibuk nak balik kampung beraya. Hahaha....
Maklumat di hujung jari, u ols google je la apa yang istimewanya Ta Phrom ni. Selain usianya menghampiri 1000 tahun, ia adalah binaan yang sangat berharmoni dengan hutan. Batang dan akar pokok hutan saling menyokong binaan yang hampir runtuh. Menarik untuk diperhatikan.



Akhirnya kami sampai di sini...



Suasana dalam temple Ta Phrom. Sejuk kat dalam ni tapi rasa agak seriau tengok batu-batu bumbung tu.



Ada 3 species pokok yang tumbuh membesar di dalam Ta Phrom ini. Beratus tahun usianya..



Menjadi lokasi photoshoot perkahwinan dan fesyen nampaknya. Tapi yang belakang ni buat saya agak curious. Hahaha...



Amboiii....seronoknya depa..



Terlalu ramai pengunjung di sini sampai nak bergambar pun agak payah.



Kepakaran orang zaman dahulu sangat mengagumkan. Terlalu detail. Teknologi apakah yang mereka gunakan? Batu yang digunakan untuk membina kompleks Angkor Wat yang sangat luas ini diambil dari gunung Kulen yang terletak sejauh 37 km dari kompleks ini. Jauhnya. Beratnya. hmmmm.....hebat betul mereka.

* bersambung....



Monday, 27 February 2017

Percutian ke Medan - Part 3 (Last)

Assalamualaikum.... :)

Kami sampai di Hotel Sinabung Hills hampir menjelang waktu maghrib. Dinner dulu lepas tu baru masuk bilik. Buka je pintu bilik, kedengaran air paip dibuka. Laju-laju pekerja hotel yang membantu mengangkat beg menutup kepala paip air tu. Seriau jugak time tu sebab almaklum la dah maghrib. Hotel angkerkah ini? huhu...

Ini rupa biliknya. memang luas dan selesa. View mengadap Gunung Sinabung yang sedang mengeluarkan asap semasa kami berada di sana. Kali pertama melihat gunung berapi yang mengeluarkan asap dalam seumur hidup ni.

Esok paginya selepas sarapan, baru dapat jalan-jalan di sekitar hotel yang popular di Berastagi ini. Landskap memang cantik dan luas. Boleh ambil gambar banyak-banyak kat sini.


Seronok tengok pokok hydrangea yang begitu meriah mengembang di sini. Cuaca tanah tinggi memang sesuai untuk kebanyakan shrub yang cantik-cantik subur. 


Ape hal mokcik ni entah la. Layan je laaa...hihihi...


Nampak tak muka Qisya yang jadi sembab tetiba tu. Hairan betul sebab dia kata tak sakit atau tak gatal pun. Balik Malaysia, ok pulak. Misteri betul.


Takde pulak air terjunnya masa ni. 

Dah habis bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Medan yang mengambil masa 3 jam perjalanan. Sempat singgah shopping kat kedai telekung entah apa namanya. Kat situ saja tempat yang supir tu bawa kami. Hampeh betul. Tahan beli barang itu ini sebab katanya di Medan lebih murah, sekali...kat situ je la tempat shoppingnya. Lepas kedai telekung tu ada la singgah di gerai kek lapis. Adoiii....sudahnya fridge magnet dibeli di airport! Nak nangis ke nak gelak ke, redho je la sebab follow orang. huhu...


Sebelum sampai airport, kami dibawa lunch dulu di sebuah kedai makan ni. Katanya femes dengan bakso dan soto. Layan je la. Satay kerang ni sangat sedap. Tapi sayang tak ingat nama kedai. Kalau teringin nak makan satay ni masa di Medan nanti, u ols tunjuk la gambar satay ni kat supir u ols. hihi..


Ni ha. Nasi soto. Alhamdulillah kenyang...


Lama kami lepak di Kualanamu International Airport ni. Tersampai awal kekdahnya. Almaklum la, tak pergi shopping. Singgah satu kedai je tadi, kan. 


Ni ha family saya. Memang kami semua suka berjalan sana sini bersama. Tak semuanya saya tepek kat blog. Pening dengan perangai manusia yang suka komplen kata saya ni travel tinggalkan anak dan suami la. Tak family oriented la. Adeh... Tengok lokasi , masa dan duit la derr. Of course saya rindukan diorang bila berpisah. Takkan nak berkepit 24 jam baru dikatakan family oriented. Amsyar saya dah masukkan ke sekolah asrama kot. Masing-masing ada cara tersendiri dan haluan sendiri. Jangan nak komplen kehidupan orang lain sesedap rasa je gitu. Eh, tetiba terbebel pulak. hahaha.... :p


Berbalik kisah di airport tadi, port yang paling best, mestilah di area charge handphone. Dijamin tak berebut plug. hahaha...


Dalam setahun entah berapa kali family day la kitorang ni. Layan je laa... yang penting anak-anak happy. :)

Bab supir yang kami gunakan semasa di Medan, saya tak akan share ya u ols atas sebab-sebab tertentu. Carilah perkhidmatan supir yang lain di mana review terhadap perkhidmatan mereka lebih bagus. Banyak dikongsikan di blog-blog lain. Rajin membaca review ni sebenarnya banyak membantu kelancaran percutian. Percayalah tips saya yang tak seberapa ni. hihi...


Menjelang maghrib dari atas awan. Alhamdulillah...selesai percutian keluarga besar kami di Medan. Ada lagi banyak trip kami sekeluarga tapi rasa macam dah basi pula nak cerita. Langkau ke Cambodia je la untuk next entry... :p


Terima kasih sudi baca. :)

Tuesday, 31 January 2017

Percutian ke Medan - Part 2

Assalamualaikum and hello readers!

Hari ketiga kami bersarapan menu yang biasa disajikan di hotel-hotel Indonesia yang lainnya. Nasi goreng dan sup wajib ada. Tapi yang paling mahal, mestilah pemandangan Danau Toba dari atas bukit yang memang terbaik!

 
Layan mee soto dulu. Cadangnya kami akan bergerak ke Pulau Samosir pagi tu. Sebelum bergerak naik feri ke Pulau Samosir, kami berphotoshoot family dulu. Ambil banyak masa jugalah berposing sana sini dengan ahli keluarga yang lain.

 Antara sedikit kejadian misteri di sana ialah, muka jadi agak sembab terutamanya Qisya. Entah kenapa. Tu yang kekurangan gambar untuk di tepek kat blog tu. hahaha...

Pulau Samosir adalah unik kerana ia adalah pulau di dalam pulau. Sumatera sendiri merupakan sebuah pulau. Manakala Pulau Samosir pula ialah pulau vulkanik di tengah Danau Toba. Cara nak pergi ke Pulau Samosir dari Parapat mestilah melalui jalan air iaitu menggunakan feri. Kami menaiki feri antara yang terawal di pagi tersebut.

Masa mula-mula duduk dalam feri tu, tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak yang dipanggil pengamen. Masya Allah....sedap sangat suara mereka! Sebiji macam suara Tegar tu. Tapi kalau nak tahu, suku Batak memang pandai menyanyi. Ramai penyanyi popular Indonesia berasal dari suku Batak. Judika tu orang Batak la. Kalau u ols suka kutuk-kutuk orang lain kata batak2 tu, u ols kena pastikan u ols tu bukan peminat Judika. hahaha..

 
 Mereka ni memang menyanyi khas untuk kami nampak gayanya sebab tiada pelancong lain sebab masih awal pagi.


 Yeayyy....dah sampai Pulau Samosir. Saja nak tunjuk feri yang kami naik tadi tu.

 

Horas...Mula-mula tergelak juga baca perkataan Tomok tu. Eh, si Tomok retis malaya tu orang Batak ke? hahaha....rupa-rupanya tomok bermaksud subur.


Pulau Samosir penuh dengan kedai jualan cenderamata ya kawan-kawan. Jika tak nak membeli apa-apa, sila jangan membuat tawar-menawar. Tolaklah dengan cara yang baik. Ambil langkah berhati-hati. Kita kan di negara orang. Indonesia ada lebih 1300 suku. Masing-masing ada tatacara dan sikap yang tersendiri. Di sini, saya nasihati anda supaya lebih berhati-hati terutama tuturkata.


Menonton pertunjukan Sigale-gale. Tarian ini adalah mengikut muzik tradisional tempatan yang dikatakan bertujuan untuk menawar rindu seorang raja terhadap kehilangan anaknya. Boneka tu dibuat menyerupai anak raja yang sudah meninggal. Saya lebih tertarik dengan senibina rumah orang Batak ni yang dipanggil rumah bolon. Bersegi empat, pintu yang sangat kecil dan tidak berkamar. Tapi ianya unik kerana tidak menggunakan paku, hanya diikat menggunakan tali. Bahagian bawahnya untuk binatang ternakan.



Saya mengambil kesempatan melawat tempat sekitar secara bersendirian sementara ahli keluarga yang lain menonton tarian Sigale-gale. Terdapat Muzium Batak yang saya tak masuk pun kerana tiada orang langsung di situ.




Sangat cantik rumah bolon untuk muzium ni.


Nampak tak simbol 4 payudara dan dua ekor cicak tu? Itulah falsafah kaum batak. Kaum batak disarankan memiliki anak yang ramai dan  hidup melata seperti cicak. Di sinilah lokasi makan Raja Sidabutar yang femes tu. Saya tak berani nak naik kerana kompleks perkuburan ini tidak menanam mayat ke dalam tanah tapi diletakkan di atas permukaan tanah. Maknanya jasad raja-raja berkenaan betul-betul berada di dalam keranda batu tersebut. Adehhhh....ada berani?


Pemandangan Danau Toba International Cottage dari Danau Toba. Selesa menginap di sini.


Antara pemandangan pekan Parapat.


Sempat membeli baju di sini.


Makan tengahari dulu sebelum memulakan perjalanan ke Berastagi.

On the way tu kita singgah lepak dulu di Simarjunjung. Minum kopi dan makan pisang goreng. Honestly, biasa saja. View atas bukit je la yang agak menarik.



Satu bas tu orang Malaysia! hahaha....


Disebabkan supir tak singgah kat pasar jual buah tu, saya beli je buah limau kat sini. Jangan ingat harganya murah, ya. Sama je harga dengan buah limau di Malaysia. Cuma uniknya, buah jeruk ni memang keluaran tempatan dan rasanya lain sikit berbanding yang biasa. Ladangnya boleh kita lihat di sepanjang perjalanan. Memang luas.


 

Akhirnya sampai ke air terjun Sipiso piso yang terkenal tu. Memang tinggi air terjunnya.  120 meter tingginya. Memang sayup je kelihatan.




Panorama memang wow. Berposing sakan kat sini. hahaha...


 Banyak kedai jualan di sini. Layankan anak-anak punya souvenir kat sini. Beli yang murah-murah saja asalkan diorang happy. Persekitaran adalah bersih cuma tandas terletak agak jauh. Kena menapak turun bukit sikit dan agak tersorok di antara deretan kedai jualan.


*bersambung...

Wednesday, 18 January 2017

Percutian family ke Medan - Part 1


Assalamualaikum readers!

Macam nak setahun dah nampaknya cerita ke Medan ni tapi tak publish-publish angkara busy sangat katanya. Alasan cliche. hahaha...

Ok. Trip ni bersama family sebelah encik suami. Itinerary semua diorang yang handle, saya cuma tukang mengekor je. Makanya bila dah bercuti ramai-ramai macam ni, banyak gambar anak-anak je la. Aktiviti pun santai-santai. Bercuti katanya, bukan travel. Jom lepak semahunya.. :D



Ini selfie intro untuk entri ke Medan kekdahnya. Poyo dan gedik sikit. kikiki...

Banyak kisah tak berapa best semasa pergi trip ke Medan ni sebenarnya. Tu yang rasa macam malas sikit nak tulis tu (kemaen punya terus terang :p). Tapi tu la,trip ke luar negara berjemaah ramai-ramai sekeluarga bukan senang nak dapat. Haruslah kita kenang, kan? Lagi pun di saat saya bersetuju dengan destinasi pilihan bapa mertua saya ni, rasa di hati tu teringin sangat nak tau apa yang bestnya Medan ni sampai boleh kata menjadi destinasi utama di Indonesia yang wajib dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Sikit-sikit pi Medan. Entah apalah yang menarik sangat di Medan tu selain Danau Toba.


Sampai ke Kualanamu airport memang dah malam sebab ambil flight lewat petang. Ye lah, kami ramai yang tak ambil cuti dan anak-anak pun sekolah. Tak nak la bagi anak-anak ponteng sekolah lama-lama. Balik dari site projek terus ke airport. Ini hasil muka selebet tu. hahaha...



Sampai-sampai tu terus pak supir bawa kami ke rumah makan Ayam Penyet Cindelaras. Makananannya memang superb tapi saya sangat fokus dengan menu di atas. Ikan bilis sambal yang sangat garing dan rangup. Memang sedap sangat nak bagitahu. Habis makan, terus gerak ke Hotel Madani di Medan. Hotel memang besar, tapi bilik air agak creepy.



Hotel adalah selesa. Makanan waktu sarapan pun banyak pilihan. Sambil duduk menunggu pak supir datang menjemput, ada rombongan pengantin lelaki turut berkumpul untuk majlis pernikahan. Dahsyat hantarannya. Meriah sangat termasuklah baju ahli keluarga perempuannya tapi saya tak berani nak snap sebab duduk betul-betul depan saya. Bawah ni ha pengantin lelakinya. Kikiki...tetiba menyibuk tengok orang nak kawen. :D


Saya nampak semua orang dalam rombongan tu berpakaian macam pengantin. Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. :D

Perjalanan ke Parapat hampir mencecah 200km melalui ladang kelapa sawit. Kali pertama nampak kelapa sawit di tanah Indonesia. Haruslah saya rasa macam kat Malaysia je. Baik tido. 4 jam perjalanan tau. Jauhnyaaa....

Sampai di Parapat terus menuju ke Danau Toba International Cottage. Hotel penginapan kami yang kedua. Terletak di tanah tinggi, cuaca adalah agak sejuk. Anak-anak ambil kesempatan mandi kolam. Kami pun turut lepak santai di tepi kolam. Nak turun jalan-jalan ke pasar di bawah hotel tu rasa terbantut teringatkan kiri kanan jalan banyak jualan daging si khinzir. huhu...


Danau Toba International Cottage


Apa yang menarik tentang Danau Toba International Cottage ni, senibinanya adalah mengikut rekabentuk bumbung rumah Kaum Batak. Merupakan hotel yang paling popular di Parapat dan sangat jelas kelihatan dari Danau Toba. Haruslah selfie. :D


Tumbuhan tanah tinggi turut berbunga meriah.


Tak tahu pulak encik suami pun peminat bunga ros. hahaha...


Family potret berlatarbelakangkan Danau Toba wajiblah ada, tak gitu?



Beginilah waktu petang itu dihabiskan sehingga maghrib. Lepas tu baru keluar dinner di sebuah rumah makan orang Islam. Lauk semua meriah macam nasi Padang.


Antara yang menarik perhatian. Ikan dari Danau Toba. Power berapi nak habaq. Nasib tak sakit perut.

Disebabkan trip ni trip lepak-lepak, kerja saya asyik dok selfie je la. hahaha... Apa lagi nak buat, ye dak? Tak dapat mandi kolam dengan anak-anak, tak minat berkaraoke...balik dinner tu terus tido la jawabnya. 

Pagi esoknya sebelum ke Pulau Samosir, selfie selpot lagi kita. Jangan ada yang muntah tengok gambar selfie ni udah la ye. Mokcik takde kerja. :D



Port paling best melepak. Sambil makan, jom tengok pemandangan cantik puas-puas.


Kolam renang atas bukit berlatarbelakang Danau Toba.


Inilah Danau Toba yang femes sangat tu.


*bersambung....