Percutian ke Cambodia dan Vietnam - Part 2


Kisah kami masih lagi di temple Ta Phrom. Temple yang ni memang wajib kita explore. Feeling tengok bangunan-bangunan lama ni lain macam tau. Mesti terfikir-fikir macam mana kehidupan penduduk sekitar pada zaman tu. Sudahlah kuilnya jauh-jauh, penuh dengan gajah ke macam mana. hahaha..

Tq again my husband.. <3

Dah penat menapak kat dalam Ta Phrom tu, masa nak keluar dah kesesatan mencari pemandu tuk tuk kami si Din. Walaahhh....jenuh tau buat kawad cam semua tuk tuk di sepanjang jalan. Sudahnya minta tolong polis bantuan untuk call penyelia Din. Aduhaaiii...member rupanya parking kat pintu keluar yang lain. Patut pun tak jumpa. 



Selepas selamat bertemu semula dengan Din, kami bergerak ke temple Bayon pulak. Senibina Khmer Buddhist ni dibina oleh King Jayavarman VII. Lepas tu Hindu ambil alih. Lepas tu Buddha balik. Ikut king agama apa pulak temple ni. Apa yang unik sangat pasal Bayon ni, terdapat 51 menara muka tersenyum yang berlainan. Woww... hebat betul.


Ya. Usianya menghampiri 1000 tahun. Sudah mengalami banyak runtuhan. Mesti semasa awalnya kuil ini sangat mengagumkan. 



Mampu tengok je la. Nak panjat minta maaf la ye. Curam sangat tangganya tu. Gayat weii...



Sudahnya bergambar je la di sini selepas menghilangkan lelah menapak di Ta Phrom Tadi.


Tidak mengambil masa yang terlalu lama di Bayan Temple, kami meneruskan perjalanan ke Angkor Wat di waktu tengahari yang sangat terik itu.



Dari gerbang utama menyeberang ke pintu tembok luar ni rasanya menapak 1km kot. Tembok luar angkor wat ini saja sepanjang 3.6 km. Bayangkan jauhnya kena menapak tu. Sue dah tak larat nak berjalan katanya. Tinggallah kami berdua lakik binik meneroka Angkor Wat.


Jauhnyaaaa..... yang ni dari tembok luar ke bangunan Angkor wat. Bayangkan keadaan kami yang menapak di waktu tengah hari terik bersama pelancong dari seluruh dunia. Macam-macam bahasa, macam-macam bangsa. Memang patut pun Kemboja sangat bergantung kepada Angkor Wat ini untuk menjana pendapatan negara mereka.



Bahagian dalam Angkor Wat. Sejuk sikit di sini. Mungkin di sini suatu masa dulu merupakan kolam. Masa ni dah terbayang-bayang keadaan suasana zaman dulu. Mesti meriah. Adoiii...time ni betul-betul berharap mesin masa tu wujud. :D



Beginilah trip tanpa geng suka ambil gambar dan bergambar. Syok sendiri la kau... :D



Sedikit view bahagian dalam Angkor Wat.



Nampak tak jauhnya macam mana...huhu



Tetiba rasa awat takde buggy kat sini. Mahai kot bayor... hahaha..



Dari tangga menara yang sayup-sayup tadi tu ke seberang pulak. Penat tapi best. Rugi Sue tak pergi. Kata nak tengok Angkor Wat. Sudahnya layan bab tak larat. :D



Tempat wajib bergambar. Ok. Dah selamat tengok Angkor Wat selepas Borobudur. In shaa Allah piramid Mesir dan Tembok Besar China pulak.


*bersambung...

0 Comments