Percutian ke Cambodia dan Vietnam - Part 4 (Last Part)


Perjalanan ke Phnom Penh mengambil masa lebih kurang 6 jam macam tu. Pemandangan tidaklah jauh berbeza seperti di utara semenanjung Malaysia sebab Kemboja kita sedia maklum memang banyak sawah padi. Perbezaan senibina rumahnya, tiang-tiang rumah adalah lebih tinggi disebabkan mereka sering dilanda banjir.



Sampai di Phnom Penh, nampak bulatan ni yang sangat besar. Kemas je landskapnya. Kami sampai je di hentian bas Giant Ibis di Phnom Penh je terus cari tuk tuk untuk ke hotel. Ingatkan 2/3 usd je. Almaklum la dekat je pun hotel tu dengan terminal Giant Ibis tu. Sekali dia mintak 10 usd. Hoihh...terkejut kitorang. Bapak cekik darah punya tuk tuk. Sudahnya kami berjalan kaki je ke hotel.

 Sampai je di hotel, rehat-rehat kejap dan solat, kami pun keluar semula mencari makanan dan jalan-jalan sekitar bandar Phnom Penh. Memang dari awal kami merancang untuk tidak pergi melawat Killing Field. Satu sebab masa, satu lagi sebab... saya adalah penakut tengok tengkorak-tengkorak ni. huhu..



Tempat yang paling best ronda-ronda mestilah di Central Market. Seronok cuci mata tengok batu permata. Kami pun membeli seorang sebentuk cincin di sini. Dapat juga cincin sapphire blue star idaman hati. Di sini, pandai-pandailah korang tawar menawar ye. Harga lebih murah berbanding di Siem Reap.



Ruangan tengah Central Market khas untuk produk batu permata. Duduk sini berjam-jam pun tak mengapa rasanya. Asyik sungguh melayan kecantikan permata. Tapi masa yang singkat tidak mengizinkan kami berlama-lama di sini sebab pasar ini tutup pada pukul 5 petang.  Berjaya dapatkan tuk tuk pada harga 5usd untuk ronda-ronda di bandar Phnom Penh.

Makanya kami pun bergerak ke Wat Phnom dulu sebelum ke Royal Palace yang mengadap pertemuan Sungai Tonle Sap dan Sungai Mekong. Istana dibina pada tahun 1860an ini sering berlaku ubahsuai sehingga kini. Ia kini menjadi tumpuan pelancong jika datang ke Phnom Penh.



Ini adalah gambar pemandangan hadapan Royal Palace di waktu pagi dari dalam bas yang bergerak ke Ho Chi Minh, Vietnam. Banyak burung merpati rupanya. Kami sampai di sini pada hari sebelumnya pada waktu hampir maghrib memang dah agak gelap dan padang ini dipenuhi dengan terlalu ramai pengunjung yang bersantai bersama anak-anak. Meriah dengan pelbagai jualan permainan kanak-kanak.

Selepas berjalan-jalan di Royal Palace, kami layan pasar malam Phnom Penh pula. Tiada apa yang menarik sebab lebih kurang pasar malam di Malaysia juga cuma lebih banyak gerai menjual pakaian berbanding makanan. Lepas dinner di sebuah kedai makanan Muslim, kami pun bergerak pulang ke hotel.

Pagi esoknya kami naik bas Giant Ibis yang terawal ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Perjalanan adalah agak menarik. Memang saya tidak tidur melihat pemandangan negara Cambodia di sepanjang perjalanan.



Pokok bungor yang meriah berbunga di Phnom Penh.




Pokok mempelam yang meriah berbuah. Padahal renik je pokoknya.




Ya Allah, kalau saya ada bendang cantik macam ni, selalu berkelah kat sini kot. hihi..



Cantiknya sawah mereka... fefeeling sangat tengok. Kalau nak kenderaan sendiri, wajib saya berhenti ambil gambar.



Sampai di sempadan Cambodia dan Vietnam. Jom turun cop passport.



Inilah rupanya bas Giant Ibis yang selesa tu. Korang kalau nak naik bas ni, silalah beli secara online. Jimat banyak masa.

Tiba di Ho Chi Minh, kami terus ke hotel. Wajib cari hotel berdekatan dengan Ben Thanh. Mudah nak pergi shopping dan cari makanan Muslim kekdahnya. Saya memilih Cat Hotel kali ni.



Sangat bersih. moden deko hotel ni. Nampak cute je.



View dari bilik saya betul-betul mengadap jalan An Ninh. Nampak Ben Tanh Market kat hujung tu. Tapi wayar berselirat ni memang tak dapek nak nolongnya. Vetnam masih lagi pendawaiannya macam ni.



Lepas dinner di kedah Hjh Basiroh seperti biasa kami menunggu pasar malam dibuka.



Tepat pukul 7 malam, terlihatlah aksi-aksi ini yang hanya ada di Ho Chi Minh. Punya laju mereka membuka gerai macam ada pertandingan siapa cepat, dapat piala. hahaha..



Bingka ubi yang wajib dicuba tiap kali ke Ho Chi Minh. Sedap sangat nak habaq.



Bergambar bersama Hjh Basiroh yang sangat dikenali oleh pelancong Malaysia kalau datang ke sini.



Pho menu wajib tau.


Vietnam roll pun menu wajib tau. Jangan terkejut pula. Harga makanan Muslim di Ho Chi Min City adalah agak mahal ye. Sila bawa duit secukupnya.



Sebenarnya tiada apa yang menarik sangat di Ho Chi Minh City ni melainkan nak shopping je yang betulnya. Tapi encik hubby tak pernah sampai sini tu yang ajak dia  join tambahan pula dia pun nak ushar barangan sukan. 

Keseluruhannya trip ni best sebab banyak pengalaman suka dan duka dalam perjalanan di dua negara ini. Tapi tak dapat nak cerita detail sebab terlalu banyak hutang entri. Ini pun dah ingat-ingat lupa. hahaha...

In shaa Allah nak cuba lagi trip secara back packer dengan encik hubby i ols ni.


0 Comments