Wednesday, 25 July 2018

Trip santai ke Bandung - Part 1

Assalamualaikum readers....

Lama tak hupdate cerita jalan-jalan cari makan. Hihihi... kekok pula rasa nak menaip kat blog. Kisahnya, trip ke Bandung ni saja la jalan-jalan dengan Siti comel ni. Lepas tu ajak la sepupu yang handal jual produk, Rubi dan tokey kain Bandung, Kak Ju. Trip ni santai-santai je. Nak cari bahan jualan, cari makan dan nak tengok tempat best Bandung yang trip sebelum ni tak sempat nak singgah.



Ini la budak Siti tu. Asyik ajak jalan je dia ni. Kali ni baru berkesempatan. Naik flight petang, sampai Bandung udah malam. Terus dinner kat Restoran Nasi Padang. Terkejut tengok harga. Mahal berdentum!


Simpang Raya nama restorannya. Not recommended. Nasib la Nasi Padang tu memang sedap. Tapi harganya sangat tak berbaloi. 

 Gini la rupa lauknya di malam itu. Lepas tu kami busy beli simcard. Tapi silap banyak sebab beli sikit je datanya. Share pulak tu. Hmm.... tak mengapalah. Santai-santai katanya. Dah kenyang makan, terus pi hotel. Tak ingat dah nama hotelnya. Bilik air terang benderang ya. Seksi kemain. hahaha..



Pagi esoknya terus bergegas untuk program shopping. Sebelum tu jom breakfast dulu. Simple2 je hidangan pagi tu. Layan je la.

Mula2 pergi ke Kebaya House. Sakan la shopping kat sini sebab dah kenal lama dengan tokey dia yang peramah. Kami tinggalkan K. Jue kat sini sebab dia dah biasa jalan di Bandung, so di tak nak follow kami. Dok menyembang dengan tokey  je la dia.




Antara hasil rembatan. Lepas tu ikut supir ke Dusun Bambu. Wah menarik tempatnya. Meriah betul walau pun masa ni hujan gerimis.





Tapi biasalah. Mesti cari makanan dulu. Rasa nak try semua makanan kat situ. Purata harga makanan dalam RM6 satu set kat tiap2 gerai tu.



Antara kemeriahan yang buat budak-budak suka kat Dusun Bambu. Ada tram dan playground.



Tumbuhan tanah tinggi sangat subur di sini. Cuaca dingin memang best untuk santai-santai. Landskap pun cantik sangat sampai tak keruan Siti dan Rubi dok berposing. hahaha..



Terima kasih Permata Sunti, keranamu diri ini datang lagi ke Bandung. Ya tuan puan. Trip saya di taja oleh Permata Sunti. Oleh itu, hendaklah rajin promote produk jualan kita. Sekarang tengah tunggu trip Ho Chi Minh tajaan Dewangee Perfume pula. :)



Antara view Dusun Bambu yang menarik. Jenuh meronda taman.






Cantik, kan? Ini jelah yang mampu disnap dari handphone yang usia dah bertahun. :D


Nak menginap di sini pun boleh.



Kreatif, kan orang Bandung ni?





Disebabkan hujan, tak dapatlah nak ambil spot2 menarik yang ada di sini. Lagi pun dalam pondok-pondok berselimut daun-daun tu ada orang. hahaha..



Arca-arca yang diperbuat daripada buluh.



Ini murtabak Bandung. Hujan di tempat sejuk, perut mudah rasa lapar. Tengok makanan semua rasa menarik.



Dah habis pusing-pusing dusun bambu, gerak pulang ke Kebaya House. Tunggu Kak Ju kes pembayarannya tak settle2 sampai lapar balik dibuatnya. Tokey kedai suruh maid dia masakkan maggi untuk kami. Hahaha... maggi pun maggilah...



Sebenarnya tokey kedai tu nak belanja kami makan di restoran ikan bakar yang tengah sawah tu. Tapi disebabkan hujan, dia order je makanan tu hantar ke kedai. Makanya kami pun makanlah nasi ikan bakar berulamkan terungyang memang sangat sedap di petang itu. Teringat-ingat dibuatnya.





Batang-batang kayu yang nak dibuat arca. Cantik, kan?

Lepas tu gerak ke kedai minyak wangi pula. Nama kedainya Kowani. Memang best sebab murah jer perfume dia. Rm20 boleh dapat yang botol besar. Tapi saya punya Gucci Flora tak dapat bertahan lama sebab botol pecah terjatuh dari atas almari. Rasa nak terbang balik ke Bandung la la tu jugak!



Malam tu sebelum balik hotel, kami makan di warung tepi jalan yang betul-betul berada di seberang hotel. Memang layan soto dia. Terbaik!


Malam tu berborak sampai tengah malam. Macam-macam kisah kehidupan keluar. Eh, memang santai sangat-sangat la trip kali ni. hihi..

*bersambung...

No comments:

Post a Comment