Tuesday, 10 September 2019

Turban baby cantik

  Ada sesiapa sedang cari turban cantik untuk baby? Haaa...ini saya nak bagitahu ni kat mana anda boleh cari turban cantik yang selesa untuk anak anda. Paling penting, turban baby cantik ini diperbuat daripada jenis material kain yang sejuk dan strechable. Ia juga mnyerap peluh seterusnya bebas ruam menjadikan bayi jadi selesa dan tidak rimas apabila memakai turban baby cantik ini.


Comel je kan? Ala-ala retis famous dah ni. 



Haaa.... yang ni turban bunga pulak. Amboiii....kemaen comey baby hangpa bila melaram pakai turban baby cantik. Dapat le tutup rambut yang tak berapa nak ada. Tak pun kita bagi baby kita biasa rambut tertutup sebagai latihan pra hijab. Tak gitu?




Comey satu hal. Cantik pun satu hal. Nampak macam baby solehah laagi la terbaik ye tak? Tak pe. Pelan-pelan kayuh bagi anak kita biasa menutup aurat.  Ha... kat mana nak dapat turban baby cantik harga mampu milik ni?

ig: babymama_headband

Alamat : Kiosk H Kompleks PKNS Shah Alam
Jalan Persiaran Tasik 
Seksyen 14 Shah Alam.

No hp : 011 23118546
             011 16185346






Sunday, 8 September 2019

Jalan-jalan bersama Jetstar

Biasa sangat dah naik Air Asia ke mana2, apa kata kita try pula naik Jetstar? Pernah dengar tak Jetstar ni? Jetstar ni salah satu penerbangan tambang murah jugalah sama macam Air Asia. Jetstar ni based kat Australia -Jet Star Pty Ltd- merupakan low cost airline yang berpusat di Melbourne yang turut menjadi subsidiary kepada satu lagi Big Airlines company iaitu Qantas. Bagi market Asia, Jetstar Asia ditubuhkan dan berpusat di Singapore. Ha, apa lagi...jom pakat try la naik Jetstar pulak. 


Macam mana nak dapatkan Jetstar flight promo dengan harga murah? Firstly, silalah buka Traveloka, kemudian click flights. Nanti kat page flights tu akan ada logo airlines seluruh dunia dan cuba  click kat logo Jetstar. Google je Jetstar kalau tak tau. Bila dah click logo tu, kita akan dihantar ke page Jetstar. Kat situ boleh pilih dari mana kita punya flight dan destinasi yang kita nak pergi. Lepas tu, silalah pilih berapa adults yang nak naik. Saya cadangkan pilih 1 dulu. Lepas tu bolehlah pilih seating class ikut bajet kita. Seterusnya pilih tarikh plan nak pergi tu dan last sekali click Search. Nanti akan keluar list of flights yang available dan biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas. Senang, kan?

#suatu petang di tugu Merlion.

Kalau ada plan nak ke Singapore, korang boleh dapat harga tiket flight yang murah. Kat page tu boleh book flight to Singapore online dengan harga semurah yang mungkin. Senang nak plan ikut bajet yang ada. Ingat Singapura, ingatlah tugu Merlion ni. Kalau pergi ke Singapore tapi tak bergambar dengan tugu lambang kebanggaan negara ni macam tak lengkap pula rasanya percutian. Tugu yang terletak di Merlion Park ini memiliki rekabentuk yang memang unik, tak pernah dilihat hidupan seperti ini tapi inilah dia simbol Singapura, sebuah negara maju yang pada mulanya hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang digelar Temasek. Sebab itulah badan Merlion ini berbentuk seperti badan ikan, kepalanya pula singa seperti namanya 'Singa'pura ataupun bandar singa. Baru tahu, kan?

credit : naturestops.com

Chestnut Nature Park ialah taman semulajadi yang terbesar di Singapura. Lengkap dengan tempat berteduh, tandas, peta informasi dan laluan khas untuk mendaki serta berbasikal. Bukan hanya aktiviti mendaki dan mountain biking sahaja yang boleh dibuat kat sini, bagi pencinta burung pun sangat best sebab di sini kita boleh tengok pelbagai jenis burung yang bebas berterbangan di sini termasuklah burung terancan Bulbul, Jungle Flycatcher dan banyak lagi. The learning Forest menempatkan lebih daripada 500 spesies tumbuhan, lebih daripada 100 spesies burung, 20 spesies amfibia dan reptilia serta 7 spesies mamalia. Banyak, bukan? Flora dan fauna di The Learning Forest ini terjaga dengantraveloka baik sekali dan cukup memberikan anda sekeluarga ketenangan fikiran. Sudahlah masuk pun percuma, makanya tak ada sebab untuk tidak ke sini.


Image result for parkview museum singapore
credit : tripzilla.com

Park View Museum ialah sebuah muzium yang berkeluasan 1400 kaki persegi yang terletak di Parkview Square. Muzium ini mengumpulkan karya-karya seni kontemporari yang didatangkan daripada pelbagai negara termasuklah karya-karya agung dari Amerika, Itali, Austria, Jerman dan Perancis. Sehingga kini sudah terdapat lebih daripada 10,000 hasil karya yang dikumpulkan. Bagi pencinta seni, semestinya anda akan terkejut bila tahu yang kemasukan ke galeri ini adalah PERCUMA.

# Di Cangi Airport. Jom ke Singapore lagi. Kali ni naik Jetstar pulak. :)

Last sekali, Cangi Airport telah beberapa kali dipilih sebagai sebuah lapangan terbang yang terbaik di dunia. Memang sesuailah Changi Airport mendapatkan anugerah ini sebab ia bukan hanya sebuah lapangan terbang tapi di sini juga terdapatnya panggung wayang yang memaparkan filem-filem terbaru, gimnasium, kolam renang, Game Station, taman permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi. Di terminal-terminalnya pula terletaknya Butterfly Garden, Fern Garden & Koi Pond, Cactus Garden, Orchid Garden & Koi Pond dan akhir sekali adalah Sun Flower & Light Garden. Fuhh! Airportnya pun dah cukup banyak tarikan hebat! Walau pun negara kecik, memang banyak sangat tempat yang boleh kita pergi. Best, kan? Jom pergi Singapore naik Jetstar.





Wednesday, 7 August 2019

Apa yang best di Kyrgyzstan


Nak ikut saya travel ke negara-negara Asia Tengah? Alaa... negara stan-stan tu. hahaha... Banyak negara nak kena cerita ni. Tapi saya mulakan dengan Kyrgyzstan dulu.
Ok. Ni nak cerita untuk mereka yang nak cari info mengenai negara Kyrgyzstan. Maklumlah, bila diajak kawan-kawan mesti akan tanya soalan... 'apa yang best di Kyrgyzstan tu?' Ni jawapan dia. Saya tulis santai-santai je tau. Tapi harapnya dapat banyak membantu. :)

Image result for kyrgyzstan
#kredit : google
Kyrgyzstan adalah sebuah negara yang tersangatlah banyak kesan sejarah sebab ia adalah antara negara yang menjadi laluan perdagangan di zaman silam yang dinamakan Laluan Sutera atau Silk Road. Selain merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya, cantik dan indah kerana dikelilingi gunung-ganang, ia juga terkenal dengan cara perkahwinan yang kontroversi. Kalau di Lombok, budaya kaum Sasak bawa lari anak gadis orang untuk berkahwin, kaum Kyrgyz pula lebih ekstrim sebab culik terus bawa pergi nikah. Memang sangat kasihan sampai saya pun menitiskan air mata bila tengok mengenai hal ini di youtube. Mak ayah si perempuan pun kenalah redho je walaupun anak tu diculik untuk berkahwin ketika pulang dari sekolah.  huhu.. eh ..awal-awal dah cerita tak berapa best. hahaha..

Cerita best pulak. Kyrgyzstan ni ada 6 juta penduduk di mana 88% penduduknya adalah penganut agama Islam. Ini best sebab senang kita nak cari makanan halal. 75% penduduknya pula adalah terdiri daripada bangsa Kyrgyz, 12% bangsa uzbek, 6 % bangsa Rusia dan 6% adalah dari pelbagai suku. Rata-rata mereka menggunakan bahasa Kyrgyz dan Russia. Sebutannya memang ya ampuun....dalam susah nak sebut kelakar pun ya juga. Nak dengar bahasa diorang tu jomlah kita ke sana. Saya ajak lagi ni.  :)

Paling best, budaya nomad yang diamalkan Kyrgyz adalah suatu budaya yang jauh berbeza dengan tempat kita. Penggembala memindahkan lembu dari satu padang rumput ke padang rumput yang lain dan memasang yurt /khemah di pergunungan yang dihiasi sungai-sungai yang mengalir ke melewati hutan pine dan lembah-lembah adalah pemandangan yang amat menakjubkan.  Kalau nak ikut saya ke lawatan Asia Tengah ni, kita akan merasa bermalam di dalam yurt ni. Nak tak?

#kredit : Kalpak Travel


Kyrgyzstan ada sebuah tasik bernama Issyk Kul Lake iaitu tasik tanah tinggi kedua terbesar di dunia. Ia bermaksud tasik suam sebab suhunya dikatakan sentiasa suam. Menjadi tumpuan para pelancong terutamanya di Karakol. Pemandangan yang disajikan masha Allah...tersangatlah cantik. 

Tasik Issyk Kul. #kredit : google

Kalau kita ke Kyrgyzstan ni, banyak sangat tempat untuk lawatan. Antaranya ialah Masjid Dungan, Ala too Square and Manas Complex, Ak Orgo yurt workshop, State Museum of Fine Arts, Jayma/Osh Bazaar, Karakol Animal Market, Koshoy Ruins, Yuru Gagarin Monument, Cholpon Ata/ Ak Sai, Tash Rabat, Hippodrome dan Burana Tower. Tempat cantik dan banyak sejarah pulak tu, takkan tak nak explore? Betul tak?

Masjid Dungan sangat special sebab tiada langsung menggunakan paku besi. 
#ckredit : google


Ala Too Bishkek.jpg
#kredit : wikipedia

Ala Too Square sebelum ni namanya Lenin Square. Ada patung Lenin , tapi selepas mendapat kemerdekaan dari USSR pada tahun 1991, patung Lenin digantikan dengan arca Freedom. Sempena ulangtahun kemerdekaan Kyrgyzstan pada tahun 2011 pula, arca Freedom digantikan dengan patung pahlawan Kyrgyz iaitu Manas.

#credit : google

Kita akan melawat jualan hasil tempatan di Osh Bazaar yang sangat best. Dengar cerita, murah-murah belaka. Boleh cuba macam-macam kat sini. 


#kredit : google


Tash Rabat antara caravanserai yang masih boleh dilihat di Kyrgyzstan. Caravanserai adalah tempat perhentian rehat dan bermalam  umpama RnR highway di zaman sekarang. Cuma bezanya, caravanserai jadi pusat maklumat dan tempat yang selamat untuk bermalam bagi pedagang-pedagang laluan sutera di zaman silam.


     
Burana Tower yang bersejarah ni wajib tengok juga. Ia terletak berhampiran dengan Open Air Museum of Balbans.

Banyak sangat sejarah menarik di Kyrgyzstan, bukan setakat melihat pemandangan indah. Itulah tujuan travel. Dapat tengok kebudayaan dan tempat orang lain sambil meningkatkan ilmu pengetahuan yang baru. Dah ada rasa nak pergi tengok sendiri Kyrgyzstan? Jom ajak kawan-kawan ikut serta trip santai kami. Boleh hubungi saya sendiri di talian 019-4884682 untuk pertanyaan lanjut.

Monday, 5 August 2019

Jangan minum susu


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Siapa nak sihat? Sila angkat tangan laju-laju. Kali ni saya nak cerita tentang susu yang begitu banyak kebaikan sampai saya tak boleh nak cerita panjang-panjang. Cukup saya katakan jangan minum susu untuk sihat selain susu kolostrum C2joy. Pernah dengar susu kolustrum C2joy? Pernah nampak? Kalau belum pernah tengok, sila cam betul-betul kotak susu C2joy ini. Jangan minum susu tiruan pulak. hihi..

Credit : Carian google

Khasiat susu C2joy ni terlalu banyak sampai saya pun teruja ingin mencuba susu ini. Susu ini mula-mula diperkenalkan oleh Kak Zi founder perfume Dewangee pada saya beberapa bulan yang lalu. Kata beliau, susu ini sangat bagus untuk kesihatan. Banyak sangat testimoni pengguna yang mengatakan kesihatan mereka bertambah baik malah ramai pesakit berjaya sembuh selepas mengamalkan minum susu C2joy ini.



Kolustrum seperti yang kita ketahui ialah susu awal lembu yang berfungsi untuk meningkatkan keberkesanan sistem antibodi di samping membantu pertumbuhan terutama pada bayi. Sebab itulah mereka yang ada masalah kesihatan berkenaan tulang ramai yang bertambah baik selepas minum susu C2joy ini. Ada sesiapa menghadapi slip disc? Pernah kemalangan dan cedera? Anda wajib cuba susu C2joy ini. 



Begitu sedikit sebanyak info khasiat susu kolustrum C2joy ini. Ramai sangat dah cuba kebaikan susu ini dan sangat berkesan untuk masalah-masalah seperti di atas. Tak mengapalah jika melabur sedikit untuk kesihatan. Mintak melabur di takaful nanti marah pulak. hahaha..

Cerita panjang-panjang, alaaa...u ols ni bukan rajin baca sangat pun. Tau dah. Dah tepek info pun tanya lagi banyak kali. Penat arr taip-taip. Jom kita jumpa ngeteh dan sembang pasal C2joy ni. Bukan setakat untuk sihat, nak bagi duit lebat pun boleh juga. Hebat, kan?


#Kak Zi dan C2joy

Terima kasih Kak Zi kerana memperkenalkan susu C2joy yang hebat ini. Takkan baca je kot? Jom la cuba susu C2joy ni sebab hanya yang minum saja yang tahu. Kesihatan tu aset paling berharga, tau.  Nak cuba susu ni boleh contact Kak Zi di talian 017 2902426. Nak jumpa saya pun boleh. Whatsapp saja 019 4884682 sebab saya PA Kak Zi juga. Kan kak Zi, kan? hahaha..

Thursday, 1 August 2019

Jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera. :)

Jika datang ke Terengganu, jangan lupa buat sesi jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu. Saya berkesempatan mencuba beberapa menu dan tempat makan yang best di Kuala Terengganu. Alhamdulillah, di sini saya kongsikan tempat-tempat makan dan menu yang best untuk dimasukkan ke dalam senarai jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu.  Jom tengok!

Nasi dagang adalah merupakan menu paling wajib. Antara yang popular di Kuala Terengganu ialah Nasi Dagang Atas Tol, Kak Pah dan Kak Jah. Masing-masing memiliki beberapa cawangan. Saya mencuba Nasi Dagang Atas Tol cawangan ketiga terletak di Losong. 



Nasi dagang atas tol cawangan ke 3 berharga RM4. Sayur acarnya fresh rangup krup krap. Cili padi dalam gulai tabur kemudian. Fresh masa gigit. Lauk ikan tongkol pun cukup rasa. Wajib try wehhh... begitulah caption saya di fb dan instagram yang buat ramai orang mengences. hahaha..


Alamat:

Nasi Dagang Atas Tol
Jalan Atas Tol
Kuala TerengganuTerengganu

Nasi Dagang Kak Pah
Gerai nombor 30
Jalan Pantai Batu Burok

Nasi Dagang Kak Jah
1139, Jalan Pasir Panjang
Kampung Pasir Panjang
21080 Kuala Terengganu

Nasi Dagang Warisan Batu Buruk
Sebelah Stesen Shell
Jalan Budiman, Batu Burok


Seterusnya menu nasi kerabu. Fauzi Nasi Kerabu adalah sarapan yang juga wajib dicuba. Daging bakarnya lembut, kerabunya sangat fresh menjadikan Fauzi Nasi Kerabu antara nasi kerabu yang pasti diingati selalu.




#pilihan untuk nasi kerabu

Alamat:

Fauzi Nasi Kerabu
Jalan Sultan Sulaiman
Kuala Terengganu


Nasi Kerabu Losong
Losong (Depan Setor Kayu ECO)
Kuala Terengganu

#credit : carian Google

Keropok lekor adalah menu wajib dari Terengganu yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelbagai jenama keluaran tempatan tumbuh macam cendawan. Kalau dulu dengar keropok losong saja, sekarang ada macam-macam jenama yang mesti dibeli dan diangkut pulang. Ada terdapat banyak pilihan. Pilih saja kesukaan masing-masing.


Alamat:

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209
Kampung Bukit Tok Beng,
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu



Keropok Lekor 008 Kelulut
Pantai Kelulut
MarangTerengganu


Keropok Lekor Panas 77
2019 Kampung Padang Midin (Depan Kem Askar)
21400 Kuala TerengganuTerengganu














Syrup vs Soda sangat sesuai pilihan dinner anda jika berada di Kuala Terengganu. Pelbagai western food ada di sini. Sangat popular nampaknya sebab tak sempat habiskan makanan, dah ramai yang menunggu.

Alamat:

Syrup vs Soda
Lot 3373 Jalan Batas Baru
20050 Kuala Terengganu


#Air Batu Campur di foodcourt Pasar Payang




#RM 30 sahaja untuk semua ini dan yang tak termasuk dalam gambar seperti ikan celup tepung dan keropok lekor. Murah, kan?

Kalau pergi Terengganu tapi tak makan makanan laut celup tepung memang tak sah , kan? Selalu pergi Warung Pok Nong dan Warung Aziz Satar, kali ni jom cuba Firdausy Seafood pulak. Ya Allah... harganya sangat menarik. Lokasi pun best. Servis pula terbaik. Wajib cuba ni.

Alamat:

Firdausy Seafood
Lot 30467, Jalan Pantai,
Kampung Tok Jembal,
21300 Kuala Terengganu


#kek berharga RM10.00 di dalam Mydin Mall Kuala Nerus.





Masakan kampung popular Terengganu seperti lauk singgang wajib kita cuba kalau ke Terengganu. Tak dapat jemputan makan tengaha hari dari orang Ganu? Jangan pening-pening. Jom cuba nasi lauk singgang di Restoran Singgang Budu.


Restoran sangat luas dan selesa. Pilihan lauk singgang pun pelbagai.




Berlaukkan ikan bakar, ayam goreng, singgang daging, singgang ikan dan ulam-ulaman makan bertiga, jumlahnya RM27. Ok tak?

Alamat:

Restoran Singgang Budu
Jalan Abdul Rahman Limbong
20400 Kuala TerengganuTerengganu



Bersebelahan Restoran Singgang Budu, terdapat kiosk Pizza Lizza. Wajib cuba pizza Kuala Terengganu ni.

#antara pilihan pizza yang ada.

#not bad rasa pizzanya. Memang tak kedekut cheese. RM17 untuk saiz regular.

Jangan dilupakan peniaga kecil-kecilan ya. Tak semestinya hanya kedai popular saja yang sedap menu-menunya. Saya berjumpa penjaja cendol yang bernama Fuad di depan Pasar Payang. Lemok Manih Original nama cendol dia. Memang terbaik nak bagitahu. Lepas penat shopping di Pasar Payang, sila cari cendol beliau, tau. Memang sedap.





Saya akan update lagi entri ini jika ke Terengganu lagi. Banyak sangat tempat makan nak  dicuba di Terengganu katanya. 


Terima kasih sudi baca. :)