Jalan-jalan di Perth- Part 1

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua readers....

Cerita jalan-jalan ke Perth ni dah lama sebenarnya. Tapi disebabkan walau ia terperam tak berpublish, tetaplah ingin disiapkan sebab kisah jalan-jalan ke Perth ni adalah antara memori yang tidak dapat dilupakan. Banyak pengalaman yang boleh dikongsikan dengan mereka yang belum pergi ke Perth atau teringin mencuba trip jalan-jalan dengan penuh penjimatan macam kami.

 *di airport Perth.
Trip ni berlangsung pada 2-6 Ogos 2017. Ketika ini saya mengalami fasa hidup yang agak down menyebabkan banyak perkara menjadi serba tidak kena tapi kehidupan mesti diteruskan. Trip mesti pergi juga sebab kami bertiga dah rancang bertahun. Siap buat latihan speak in english, kau. Hahaha...sila jangan kecam.



Flight kami pukul 9 pagi dan sampai di Perth dekat magrib dah masa tu. Terkejut dengan suhu di sana. Rupa-rupanya kami terjebak dengan tiket murah yang membawa kami ke musim winter di Perth. Bukankah Perth ni bercuaca mediterranean yang summer endless katanya? Mana datang suhu waktu subuh jadi 2 darjah je ni?  Terjebaklah kami dengan membawa kasut yang silap jenis. Walau berstoking, masih rasa kesejukan ittew. Begitu kisahnya.



Ahli trip seperti biasa. Dua orang dinda Atiqah dan Atikah. Punca trip ni jadi lebih mudah dan murah selain harga tiket flight yang kurang daripada RM600 untuk pergi dan balik, kami menumpang di rumah sepupu datin tyka yang kami panggil Abang Fauzi ketika berada di Perth. Itu rahsianya. Sekali lagi jangan kecam. hahaha..

Mula2 sampai tu, wife Abang Fauzi dah sediakan makan malam siap2. Kami rehat, solat makan dan lepas beliau ajak kami pergi shopping kejap di Coles. Coles ni supermarket macam giant. Tapi kau akan terkesima tengok harga pinggan Corelle, coklat dan buah-buahan terutamanya strawberi di sini. Kalau ditukar pada RM pun masih murah. Bayangkanlah susu fresh 1 liter hanya 0.99 sen je. Sakit pulak hati kita. Adoyaii..


* wife abang Fauzi ni mengajar kami cara-cara membayar sendiri barang yang dibeli. Masa ni masih batak lagi sebab tak pernah nampak di Malaysia. Depa kata dah bertahun ada kat Tesco tapi tak shopping di Tesco tak tahulah pula ada mesin ni.


*pemandangan yard rumah abg Fauzi. Kalau rumah saya ni, macam2 dah tanam. Geram je tengok laman kosong macam ni.

Malam tu baru kami tahu keazaban tidur dalam kesejukan yang amat sangat. Berebut letak kaki kat heater. Giler punya sejuk sampai menggigil dibuatnya. Pagi tu bangun bercinta sungguh la rasa nak mandi. Sejuk yang mencucuk cuma tak nampak salji je nak bagitahu. Tapi gigih jugalah memasak nasi goreng untuk dibuat bekalan sepanjang perjalanan. Dah nak berjimat katanya. Tu yang pergi shopping di Coles malam sebelumnya tu untuk cari bahan masakan.

Pagi di hari kedua kami di Perth, Abang Fauzi hantar kami ke Caversham Wildlife Park. Ini memang zoo wajib pergi di Perth. Semua orang Malaysia yang ke Perth, memang wajib pergi sini agaknya sebab kami jumpa ramai orang Malaysia di sini. Sampai tandas pun menggunakan bahasa Melayu.


Kenapa kena pergi Caversham Wildlife ni? Australia dipanggil negara kanggaru. Kita takkan nampak kanggaru di tepi-tepi jalan. Nak jumpa kanggaru dan semua binatang marsupial Australia, memang wajiblah kita pergi ke zoo dia. Di Perth ni CavershamWildlife la paling menjadi tarikan. Harga tiket AUD30 seorang. Dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Lama juga kami menapak dalam zoo ni. Siap berpusing-pusing demi mencari pintu masuk ketempat kanggaru. Punya la haru.



Macam-macamlah binatang yang tak pernah tengok dapat pegang sekali kat situ kecuali koala sebab penjaganya kata koala sangat sensitif. Jadi, kita bertentang mata sajalah dengan beliau yang kerjanya tido saja tapi tetaplah comel macam tiada perasaan.







Masuk ke tempat kanggaru, depa dah tak hairan sangat dengan makanan. Kita suap pun jenuh tunggu dia ambik. Itu pun macam acuh tak acuh je. Berlagak sungguh kau kanggaru ye. Mentang-mentang la hidup bersuap je.



Kegigihan bergambar sungguh luar biasa. Memang patut la kau berlagak wahai kanggaru, mungkin sekali seumur hidup je kami berjumpa dengan kau. huhu... Maka marilah kita berselfie sebanyak-banyaknya.


Beg masterchef Australia yang dibeli dengan harga AUD3 diusung ke sana ke mari sebab ada bekalan nasi goreng dan air dalam tu. Mana boleh tinggal. hahaha..



Sila makan jangan malu-malu...



Macam-macam drama shooting kat area pokok cantik ni, kita pun wajib juga snap kat sini.



Tqdatin Tyka yang rajin bawa monopod.



Memang berjam-jam kami di sini melayan binatang-binatang. Seronok sungguh walau dalam kesejukan. Terlupa kejap kisah gelap yang suram.

*bersambung...

0 Comments