Jalan-jalan di Perth - Part 5

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... :)

Sesi jalan-jalan di Perth diteruskan di hari ke empat. Alhamdulillah hari ini Abang Fauzi free dan beliau sudi menemankan kami jalan-jalan di Perth ni full pakej dari pagi hingga ke malam. Beliau bawa kami ke Swan Valley. Yeayy!!!

Ada apa di Swan Valley ni sampai beria kau nak yeyeayy sangat ni Yana. hahaha... Teruja lebih pasal saya sangat suka tengok nature, ladang-ladang dan kawasan kampung yang banyak pemandangan menarik dan sumber makanan tempatan yang lazat-lazat. Paling penting mestilah nak tengok ladang anggur! Tapi tu la, dah datang musim winter, jangan harap la nak jumpa sejambak anggur pun di pohon. Pokok-pokok gondol tu ada, la... huhu..




Swan Valley jauhnya lebih kurang 25 minit kalau naik kereta dari Perth. View sangat cantik u olss... harap je la pakai handphone tua ni memang so so je la gambarnya. Kami punya teruja tengok semak, siap suruh abang Fauzi berhenti untuk bergambar. Tak dapat merasa berlari-lari dalam ladang canola macam kat Pulau Jeju di Korea sambil nyanyi lagu hindustan, dapat bergambar dalam semak Swan Valley pun jadi laa. Cantik juga ye dak? hahaha..




Kat sini pun jadi port bergambar. Adeh laa... dia bukan kira. Asal view lain dari Malaysia, wajiblah snap gambar.

Inilah rumpainya. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, rumpai di Australia ni cantik2. Tak sampai hati nak tebas atau racun bila tengok. Saya jadi ralit tengok.



Masa kami berada di sana, kebanyakan pokok lemon berbuah lebat termasuklah rumah jiran abang Fauzi. Yang ni saya bergambar dengan pokok lemon yang ditanam sebelah curb parking. Berderet pokoknya dan semua berbuah. Geramnya lahai tengok sebab kat Malaysia RM1.30 sebiji kot!

"In recent years the Swan Valley has attracted a strong food element in the form of a chocolate factory, coffee roasters, several beekeepers, a lavender farm, olive groves, a goat farm, cheese farms, dried-fruit producers and many restaurants and cafes." #credit to tripadvisor.



#mula-mula singgah di lavender farm makan ais krim lavender kaler purple. Mana gambarnya entah. Ada gambar tukang serve je. Beli satu share bertiga.


#kat luarnya ada pokok cantik haruslah bergambar walaupun tudung sangatlah hazabedah. The struggle is real bila pakai tudung yang salah. Bukan tak tahu, tapi kita ni manusia biasa tetaplah buat silap. Penyudahnya tanggung je la. hihi..


#wine barrel yang real punya. Selalu tengok dalam movie yang ada lanun kapal. Besar rupa-rupanya.

 Kompleks jualan hasil tempatan ni ada macam-macam ya. Siap ada kedai jual barangan antik lagi. Macam-macam kita boleh try kat sini. Coklat, madu, kopi dan semestinya wine boleh try banyak mana pun. Wine je yang kami tak try. hahaha.. 


#rasanya mamat ni penat layan mereka bertiga ni. Semua jenis kopi sampai sepahit-pahit level depa dok try. Apakan daya, saya sangat peminat kopi tapi hanya kopi Che Nah yang tetap menjadi pujaan hatiku. 



Ini nama kilang coklat tu. Abang Fauzi kata, hentam la nak makan banyak mana pun. Memang sedap coklat dia. 

Coklat biasa, white chocolate dan dark chocolate.


Macam-macam produk hasil ladang ada di sini. Try semua tapi tak beli. hahaha..






Selepas penat try macam-macam, dalam perjalanan balik ke Perth, kami singgah di salah satu ladang anggur di sini. Gondol pun gondollah. Inilah rupa ladang anggur di musim winter.





#nanti nak datang lagi time petik anggur. hahaha..


Kami berkesempatan solat di Masjid Al Taqwa di Mirrabooka. Bersebelahan masjid ni ada deretan kafe makanan yang salah satunya ialah Hawi Charcoal Chicken Cafe. Masha Allah...ini lunch terlazat sepanjang kami berada dalam trip ke Perth ini.



Lokasi : 14/73 Honeywell Boulevard (4,166.02 km)
                                                                          6061 Mirrabooka, Western Australia


#Charcoal chicken dan lamb rib tersangatlah sedap. Eh, tetiba rindu pulak. huhu...

Petang tu balik dan rehat sekejap sebab lepas Maghrib, Kak Ana dan family iaitu kakak Abang Fauzi yang turut menetap di Perth nak belanja kami makan di Istanbul Turkish Restaurant, Fremantle.


 Deko dalaman restoran di mana di meja itulah kami duduk di malam itu. #credit google

Tapi alkisahnya di malam itu, restoran sangat penuh dengan pengunjung dan ada tarian gelek. Punyalah seksi penari tu sampai segan saya nak angkat handphone ambil gambar. sempat snap gambar pide dan kofte je. Tapi serius nak bagitahu, tersangatlah sedap pide di sini. Saya pernah makan pide di restoran Turki di Madinah tapi yang di Perth pula yang lagi sedap. Nanti kita try yang original dari tempat asal iaitu di Turki kalau ada rezeki.







Syukur alhamdulillah dapat rezeki makan yang sedap-sedap di hari keempat. Terima kasih, kak Ana.



Selepas dinner, kami dibawa ke konti Radio Melayu Perth sebab abang Fauzi bertugas di malam itu menemuramah Dato' Pahamin Rajab yang turut berada di Perth ketika itu. 



Sementara menunggu abang Fauzi habis bertugas, kami pun apa lagi. Nak jadi DJ jugalah. hahaha..



#nama channelnya Mokcik Travel. :p


Malam tu kami menapak ke Chocolateria San Churro demi churros yang paling sedap di Perth. Sambil-sambil tu boleh la layan persekitaran di malam minggu. Nampak depa beratur nak masuk night club. Tapi persekitaran adalah selamat sebab ramai polis.



Meriah betul malam-malam.

Lokasi : 132 James St, Perth, Western Australia 6003 Australia


Memang terbaik churros kat sini. Pastikan singgah ke sini jika ke Perth.



 #ngences pulak tengok gambar ni... huhu..

*bersambung...








0 Comments