Wednesday, 7 August 2019

Apa yang best di Kyrgyzstan


Nak ikut saya travel ke negara-negara Asia Tengah? Alaa... negara stan-stan tu. hahaha... Banyak negara nak kena cerita ni. Tapi saya mulakan dengan Kyrgyzstan dulu.
Ok. Ni nak cerita untuk mereka yang nak cari info mengenai negara Kyrgyzstan. Maklumlah, bila diajak kawan-kawan mesti akan tanya soalan... 'apa yang best di Kyrgyzstan tu?' Ni jawapan dia. Saya tulis santai-santai je tau. Tapi harapnya dapat banyak membantu. :)

Image result for kyrgyzstan
#kredit : google
Kyrgyzstan adalah sebuah negara yang tersangatlah banyak kesan sejarah sebab ia adalah antara negara yang menjadi laluan perdagangan di zaman silam yang dinamakan Laluan Sutera atau Silk Road. Selain merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya, cantik dan indah kerana dikelilingi gunung-ganang, ia juga terkenal dengan cara perkahwinan yang kontroversi. Kalau di Lombok, budaya kaum Sasak bawa lari anak gadis orang untuk berkahwin, kaum Kyrgyz pula lebih ekstrim sebab culik terus bawa pergi nikah. Memang sangat kasihan sampai saya pun menitiskan air mata bila tengok mengenai hal ini di youtube. Mak ayah si perempuan pun kenalah redho je walaupun anak tu diculik untuk berkahwin ketika pulang dari sekolah.  huhu.. eh ..awal-awal dah cerita tak berapa best. hahaha..

Cerita best pulak. Kyrgyzstan ni ada 6 juta penduduk di mana 88% penduduknya adalah penganut agama Islam. Ini best sebab senang kita nak cari makanan halal. 75% penduduknya pula adalah terdiri daripada bangsa Kyrgyz, 12% bangsa uzbek, 6 % bangsa Rusia dan 6% adalah dari pelbagai suku. Rata-rata mereka menggunakan bahasa Kyrgyz dan Russia. Sebutannya memang ya ampuun....dalam susah nak sebut kelakar pun ya juga. Nak dengar bahasa diorang tu jomlah kita ke sana. Saya ajak lagi ni.  :)

Paling best, budaya nomad yang diamalkan Kyrgyz adalah suatu budaya yang jauh berbeza dengan tempat kita. Penggembala memindahkan lembu dari satu padang rumput ke padang rumput yang lain dan memasang yurt /khemah di pergunungan yang dihiasi sungai-sungai yang mengalir ke melewati hutan pine dan lembah-lembah adalah pemandangan yang amat menakjubkan.  Kalau nak ikut saya ke lawatan Asia Tengah ni, kita akan merasa bermalam di dalam yurt ni. Nak tak?

#kredit : Kalpak Travel


Kyrgyzstan ada sebuah tasik bernama Issyk Kul Lake iaitu tasik tanah tinggi kedua terbesar di dunia. Ia bermaksud tasik suam sebab suhunya dikatakan sentiasa suam. Menjadi tumpuan para pelancong terutamanya di Karakol. Pemandangan yang disajikan masha Allah...tersangatlah cantik. 

Tasik Issyk Kul. #kredit : google

Kalau kita ke Kyrgyzstan ni, banyak sangat tempat untuk lawatan. Antaranya ialah Masjid Dungan, Ala too Square and Manas Complex, Ak Orgo yurt workshop, State Museum of Fine Arts, Jayma/Osh Bazaar, Karakol Animal Market, Koshoy Ruins, Yuru Gagarin Monument, Cholpon Ata/ Ak Sai, Tash Rabat, Hippodrome dan Burana Tower. Tempat cantik dan banyak sejarah pulak tu, takkan tak nak explore? Betul tak?

Masjid Dungan sangat special sebab tiada langsung menggunakan paku besi. 
#ckredit : google


Ala Too Bishkek.jpg
#kredit : wikipedia

Ala Too Square sebelum ni namanya Lenin Square. Ada patung Lenin , tapi selepas mendapat kemerdekaan dari USSR pada tahun 1991, patung Lenin digantikan dengan arca Freedom. Sempena ulangtahun kemerdekaan Kyrgyzstan pada tahun 2011 pula, arca Freedom digantikan dengan patung pahlawan Kyrgyz iaitu Manas.

#credit : google

Kita akan melawat jualan hasil tempatan di Osh Bazaar yang sangat best. Dengar cerita, murah-murah belaka. Boleh cuba macam-macam kat sini. 


#kredit : google


Tash Rabat antara caravanserai yang masih boleh dilihat di Kyrgyzstan. Caravanserai adalah tempat perhentian rehat dan bermalam  umpama RnR highway di zaman sekarang. Cuma bezanya, caravanserai jadi pusat maklumat dan tempat yang selamat untuk bermalam bagi pedagang-pedagang laluan sutera di zaman silam.


     
Burana Tower yang bersejarah ni wajib tengok juga. Ia terletak berhampiran dengan Open Air Museum of Balbans.

Banyak sangat sejarah menarik di Kyrgyzstan, bukan setakat melihat pemandangan indah. Itulah tujuan travel. Dapat tengok kebudayaan dan tempat orang lain sambil meningkatkan ilmu pengetahuan yang baru. Dah ada rasa nak pergi tengok sendiri Kyrgyzstan? Jom ajak kawan-kawan ikut serta trip santai kami. Boleh hubungi saya sendiri di talian 019-4884682 untuk pertanyaan lanjut.

No comments:

Post a Comment