Tuesday, 22 October 2019

Apa tujuan anda berblog?

 Assalamualaikum wbt...

     Blog ni tak boleh ditinggal lama. Mulalah setting pun buat ragam. Nak set centre pun susah, tapi tak mengapalah kot. Sekali- sekala kita bertukar la rupa blog kita atau pun kontennya. Alaa... sesekali nak membebel kekdahnya. hehehe..Kembali ke topik asal, apa tujuan kita berblog? 

Topik ini bukan sebarang tulis, tau. Saya dipersalahkan kerana menjadi pendorong kepada seseorang untuk menulis blog. Malangnya konten blog beliau tidak menjadi sepatutnya yang saya cadangkan. Influencer yang tak kena gaya jadinya saya ni. Disebabkan isi kandungan blog itu lebih menjurus ke arah negatif, saya mendapat tempias kerana saya yang menggalakkan beliau untuk menulis blog. Oh myyy...serius naik terkedu dibuatnya.

Looongg time ago, saya tak tahu pun menulis blog boleh mendatangkan duit. Apa yang saya tahu ketika itu, blog penting untuk arkib masa depan. Ada gambar anak-anak...ada cerita trip percutian...ada tempat nak luahan perasaan. Tak pernah terfikir pun ada yang akan membaca coretan saya ni yang kalau disemak oleh cikgu Bahasa Melayu memang kena hentam la jawabnya. hahaha..

Tapi lama-kelamaan, pageview jadi meningkat naik...lepas tu ramai komen-komen. Dapat emel unuk job review dan job entri yang semuanya dibayar. Baru saya tahu. Ooo...dengan blog ni pun boleh dapat duit untuk pergi makan laksa dengan tengok wayang. :D

Seronok jugalah sehingga saya mendapat jawatan baru di mana tidak memungkinkan lagi saya nak mengadap blog. Maka tertinggallah blog ini untuk beberapa tahun. Ya, anda boleh tengok di arkib tahun-tahun yang saya tidak menulis itu. Tahun lepas, saya tidak lagi menjadi penjawat awam dan mula bekerja sendiri sebagai wakil takaful Etiqa. Alhamdulillah, rezeki datang dari pelbagai sumber dan baru-baru ini saya kembali menulis blog untuk beberapa job entri. 

Saya ingin tumpukan blog ini kepada niche travel di mana travel adalah perkara yang paling saya minati dan telah membuat kolaborasi dengan beberapa ejensi pelancongan. Akhirnya setelah begitu lama usia blog ini, kini tujuannya lebih jelas. Selain untuk simpanan arkib di masa depan untuk saya sendiri, blog ini akan saya tumpukan untuk kisah travel, tips travel, membantu orang ramai untuk menambah ilmu pengetahuan, menambah pendapatan saya dan sekali sekala nak membebel tapi in sha Allah lebih ke arah yang positif mudah-mudahan membantu saya sedikit sebanyak di akhirat kelak.  Nampak besar dah ni tujuannya harap-harap istiqomahlah hendaknya. Aamiin...

Begitulah sedikit sebanyak info untuk entri kali ini untuk makluman anda. Kalau tiada yang maklum pun, mocik travel wajib kena menulis juga. Semangat!! hahaha..









No comments:

Post a Comment