Homestay murah di Kuantan

Assalamualaikum salam sejahtera... :)

Musim cuti persekolahan ni, mesti ramai tercari-cari homestay yang sesuai dengan bajet untuk percutian secara beramai-ramai. Kali ni saya nak rekomen sebuah homestay di Kuantan yang sangat berbaloi harganya. Sesiapa yang nak cari homestay murah di Kuantan, ini jawapannya. Homestay Sri Damai Perdana nama diberi.

Merupakan sebuah rumah teres setingkat corner lot yang mengadap padang (senang parking). Ia memiliki 3 bilik tidur dimana 2 daripadanya ada aircond dan katil queen, 1 bilik ada kipas dan 2 katil bujang, dua bilik air (hanya shower gel disediakan) beserta beberapa kemudahan lain seperti seterika, iron board, 4 kipas berdiri dan TV Astro Njoi.

Kelengkapan dapur seperti peti sejuk, dapur, cerek dan periuk elektrik turut disediakan dan boleh memasak tetapi tiada bahan mentah masakan disediakan. Homestay ini selesa untuk 7/8 orang dewasa.

Lokasi : - belakang pasaraya Pantai Selamat

-5 minit ke Taman Tas di mana terdapat banyak kemudahan bank, farmasi, kedai makan dan sebagainya.

-25 minit ke Gambang Water Park & UMP

-15 minit ke pusat bandar Kuantan

-15 minit ke Teluk Chempedak

-20 minit ke Pantai Sepat ( pantai yang memanjang dalam 3-4km sepanjang jalanraya di mana hujung minggu meriah dengan pelbagai aktiviti dan gerai jualan.

-20 minit ke Terminal Sentral

-20 minit ke UIA

-8 minit ke Lapangan Terbang

-2 minit ke KUIPSAS


 #ruang tamu yang luas



Perabot yang sederhana tetapi lengkap dan selesa.









Bagi destinasi jalan-jalan cari makan berhampiran homestay ini:

Sarapan : -8 minit ke Restoran Nasi Kerabu Mekla(banyak makanan pantai timur)

Tengahari : -3 minit ke Restoran Al Ulam
-20 minit ke Restoran Mabiq Tanjung Lumpur (terkenal dengan ikan patin yang enak)

Petang : - 25 minit ke Gerai Pok Su& Mok Su dekat Balai Polis Peramu (banyak kuih muih, nasi dagang, ikan udang salut tepung yang sedap belaka)

Malam : - 20 minit ke Tanjung Lumpur (banyak kedai makan hingga larut malam)
-30 minit ke Kim Stone

Harga penginapan di homestay ini untuk 1 malam hanyalah RM 150. Berbaloi, kan?

Syarat tetamu yang ingin menginap di homestay ini adalah seperti di bawah.


Ok sangat dah ni untuk percutian keluarga atau pelbagai urusan lain di Kuantan. Anda hanya perlu menghubungi Homestay Sri Damai Perdana. In shaa Allah urusan anda akan dipermudahkan.

0 Comments