Homestay selesa di Taiping

Assalamualaikum wbt... 

Perlu penginapan khas untuk Muslim saja di Taiping? Ini saya nak bagitahu ada 
homestay yang luas dan selesa di Taiping sesuai sangat untuk penginapan beramai-ramai. Almaklumlah, kalau nak hantar atau melawat anak masuk sekolah-sekolah berasrama yang banyak terdapat di Taiping, mereka yang dari jauh sesuai sangat menginap di homestay. Kalau ada majlis kenduri kahwin pula, homestay jugalah paling diperlukan. Dah ramai-ramai dengan barang-barang hantaran tu lagi mudah menginap di tempat yang boleh berkumpul ramai-ramai seperti homestay. Nak melancong pun sesuai juga menginap di homestay jika bercuti secara beramai-ramai sebab boleh berjimat sikit jika boleh memasak, ye tak?

 Homestay & Guest House Taiping VILLA PERMAI ini merupakan sebuah rumah semi D 1 tingkat 4 bilik menawarkan perkhidmatan homestay yang selesa di Bandar Taiping. Ia dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan yang serba lengkap untuk kegunaan tetamu yang menginap di sini. Homestay yang serba complete la yang kita nak. Tak gitu?




Parking di hadapan rumah boleh memuatkan dua buah kereta. 





Ruang tamu yang luas dan selesa untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama ahli keluarga







Memiliki 3 buah bilik tidur yang luas dan selesa boleh memuatkan 6-8 orang.



Ruang dapur yang luas dan dilengkapi meja makan 6 kerusi makan,beberapa kerusi tambahan dan kerusi baby yang turut disediakan menjadikan ruang ni best kalau nak membawang kat sini. hahaha...

Di bawah ini disertakan rate untuk menginap di sini. Tapi jangan risau, nak minta runding harga boleh whatsapp dengan owner ya. 


Apa kelebihan menginap di VILLA PERMAI ini? Mestilah kerana lokasinya. Taiping sangat best, tau. Banyak tempat menarik berhampiran yang sesuai nak jalan-jalan.
  • Zoo Taiping (10 minit)
  • Taman Tasik Taiping (10 minit)
  • Bukit Larut (12 minit)
  • Muzium Taiping (10 minit)
Taman Tema

  • Bukt Merah Lake Town (20 minit)
  • Kolam Air Panas Trong (30 minit)
  • Air Terjun Bukit Larut (12 minit)
Pasaraya Besar
  • Tesco (15 minit)
  • Giant (14 minit)
  • dan lain2 pasaraya di bandar Taiping
Makanan Popular
  • Mee banjir udang Kuala Sepetang (15 minit)
  • Char Koay Teow (7 minit)
Bandar Berhampiran
  • Bandar diRaja Kuala Kangsar (25 minit)
  • Bandar Bagan Serai
Banyak lagi tempat menarik di Taiping ni tau. Nak cari makanan best pun sangat banyak terutamanya yong tau fu sebelah Balai Bomba Taiping. Feveret saya la tu. Serius banyak. Google je.

Alamat :

No. 31, Lorong Permai 1,
Taman KuningPermai,
34000 Taiping, Perak.

Sila hubungi :

Siti 012-4854792
Jaja 013-3407576


0 Comments