Jalan-jalan cari makan di Cameron Highlands

Selama ini kalau pergi Cameron Highlands,
waktu malamnya hanya bersantai je di apartment.
kali nie pergi, kami semua berpakat nak keluar meronda selepas siap-siap solat jamak.
senang hati nak meronda kalau dah siap-siap solat.
tapi taknak pergi Brinchang sebab jem.
niat menuju ke Tanah Rata saja.

wah....happening juga malam-malam di Tanah Rata.
payah tau nak cari parking.
dan cuaca panas terik di siang hari bertukar sejuk di waktu malamnya.
sila bawak sweater, okeh.
tapi bila terserempak juga group yang pakai complete winter suit
amatlah poyo di situ.
ko ingat ini Scotland ke hape? ekeke...

tujuan nak keluar tu nak jalan-jalan cari makan.
mula-mula nak cari scone.
baca kat blog sape tak ingat, katanya scone tersedap di Cameron Highlands ialah scone kat T Cafe yang kat atas Marry Brown tu.
pergi situ dah masa siangnya tapi tutup pulak.

#jumpa la cafenya tapi tutup. Snap gambar jelah di sini.

malamnya pun tutup juga cafe tu.
Call kawan dia bagitau nak scone sedap kat ladang teh le.
Ladang teh Bharat, sconenya lagi sedap dari ladang teh Boh tu.
Tempat lain dia bagitau kat hotel Smokehouse tu.

So, berangkat la rombongan kami ke hotel tu.
perghhh.......restoran candle light dinner weh..
garu kepala juga nak makan kat situ.

#hotel ini adalah sangat cantik dan eksklusif. Feeling kat Europe tetiba. hehe..

Waktu siangnya, hanya tetamu yang nak makan di restoran saja yang dibenarkan masuk ke kawasan hotel. 
Siapa-siapa yang nak bergambar, di kawasan luar sajalah.
kat tepi jalan tu.

Malam kami pergi tu, boleh pula masuk.
tapi maaflah. 
kamera saya ni tak canggih pon.
gambar malam semua kelabu sebab kat sini teramatlah romantik.
serba serbi suram pencahayaannya.
disebabkan restorannya pun tutup pukul 10 malam terpaksalah kami beredar.
tak sempat kot.
sambil-sambil ronda kat situ,
adik-adik ipar saya sibuk juga tengok rates kat situ.

#hoho. bilik termurah berharga rm550 per night. *sila lap peluh.

Siangnya saya sempat ke sini.
Mintak permission security nak snap-snap gambar je.
nasib dia benarkan.
mana boleh tahan tengok bangunan cantik macam tu.
selama nie lalu je. hehe..









konon-konon nak makan scone adalah tidak tercapai di sini.
nasiblah berjumpa juga di Opah Strawberries Farm sebelum balik.
sebabnya tempat-tempat yang dicadangkan kawan saya tu iaitu di ladang teh tak dapat langsung nak mencelah untuk parking.
lain kalilah kalau ada rezeki.

Dari Smokehouse kami bergerak ke foodcourt Tanah Rata.
fuh. ramainya manusia takde tempat nak mencelah.
naik tingkat atas berjumpa kedai yang jual steamboat.
ada tempat kosong.
maka bersteambotlah kami di situ.

#set begini berharga rm30.



#sambil menunggu order lain. Servis adalah lambat. 



#muka ketat je memasing sebab lambat sangat makanan sampai. Ryann siap pergi ke dapur tanyakan nasi goreng cina dia dah siap ke belum. Sejuk-sejuk macam tu memang cepat lapar. Padahal sebelum maghrib dah makan macam-macam hasil belian dari Pasar malam Brinchang.

#kedai makan ni kat tingkat atas tau.

Di tingkat bawahnya kami sempat lunch kat situ juga.
ada kedai Pak Ngah Sup Utara.




#supnya nampak simple tapi tidak mengecewakan, tau. Sedap.



#tak percaya, silalah tanya Qisya. hahaha..

Begitulah sebahagian tempat kami cari makanan di Cameron Highlands.
Pada saya kira oklah tu.
Banyak juga tempat makanan.
Kena pandai explore je.
dah habis kot cerita pasal Cameron Highlands.
pasal empat hari selepas kami turun dari Cameron Highlands,
berjalan pulak ke Desaru.
dari tempat sejuk, ke tepi pantai lah pulak kita.
Tata.




8 Comments

  1. Besnye!! Nk ajk Mr.A p sni.. Tapi pas kawenla.. Muahahahahahaah..

    ReplyDelete
  2. liyana...ecewah asik sebut kawen je lately nih....dah dekat le tuuu...hehe

    ReplyDelete
  3. best nyerrr....cameron may b next trip..esok nak g genting je dlu..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Best..best..best..!!

    segala infomasi de dalam entry akak.. lepas ni senang nakm ke cameron... :)

    ReplyDelete
  5. mahal x?? dgr kta cmeron highland hrga makanan ckik drah.

    ReplyDelete
  6. Saya pernah pergi , sangat cantik , teringin nak pergi lagi :)
    Serious rasa macam pergi oversea :D

    ReplyDelete
  7. amboi comelnyer qisya....
    hehehe

    ReplyDelete
  8. Apa yang special dengan scone kat Cameron ya? Mungkin matching dengan suasana sejuk kat sana..

    ReplyDelete