Masa kecik-kecik dulu
paling suka panjat pokok jambu
Jambu yang dimaksudkan jenis jambu air yang biasa ada kat kampung.
dahannnya agak rendah dan sentiasa berbuah.
tak payah tunggu-tunggu musim
kalau time dia meriah berbuah....perghh..
tiap petang mencicah. hehe
ala....masa tu buat pencicah yang senang-senang je
gula bubuh kicap, lepas tu tambah cili padi sikit.
memang lazat tak terkata.
Terliur balik tengok buah jambu nie...huhu..
Di rumah mak saya tu dulu ada dua pokok.
yang sebelah rumah dah ditebang sebab nak buat pembesaran rumah
pokok yang itulah banyak nostalgia tu
jadi teduhan masa membakar lemang,
jadi tempat letak buai
jadi tempat panjat-panjat
dan saya pernah terlanggar pokok tu masa mula-mula belajar bawa basikal tua arwah ayah yang ada palang tu. hahaha...
Sekarang tinggal sepokok je
Terletak di depan rumah mak
balik raya Cina hari tu nampak dia berbuah
so snap-snap gambar dia
tapi dah tak berapa meriah dah berbuah
rupanya pun dah tak macam dulu-dulu
besar-besar, lonjong sikit dan manis.
sekarang dah penyek rupanya,kan? hehe
Lagi pun pokoknya dah tua
budak-budak pun tak berani panjat
takut ada dahan reput ke
mana la tau, ye dak?
Sejak celik mata, saya dah nampak pokok tu dah ada kat situ
setelah berpuluh tahun ia masih di situ
entah sampai bila la nak bertahan.
Saya lebih suka jambu air macam nie daripada yang berwarna merah dan putih tu
Jambu air merah yang kecil-kecil tu rasanya masam
yang jenis nie manis.
memang best.
silalah tersedak-sedak kalau mencicah dengan kicap dan cili padi. hehe..
Hari tu masa balik kampung lalu ikut jalan lama
highway teruk sangat jemnya.
lalu kat Bidor nampak banyak gerai jual buah jambu.
so, menyinggah nak beli.
Nak beli jenis ini kononnya.
tanya la kat kakak penjual buah tu.
"berapa sekilo nie kak?" saya.
"rm13....kalau tak nie rm15 tau. Tak pe la. Akak bagi diskaun rm13."kakak penjual.
"jambu dari Siam ke kak?" saya.
"Taklah. Jambu sini. Tanam sini." kakak penjual.
last-last saya beli yang dah siap potong-potong tu.
Rm2 sebungkus.
pergghhhh......rasa nak pitam jugak la.
dulu-dulu rm8 je sekilo.
sekarang dah naik mencanak harga jambu tu.
buah-buahan tempatan tapi berharga macam buah kena naik kargo
kena import bagai. huhu...
taulah buahan hybrid,
tapi perlukah mahal sampai macam tu?
sila jawab wahai Menteri Pertanian.
macam mana nak support buahan tempatan kalau buah import lagi murah?
ce jawab. Sekian.
8 Comments
wahhh terliur nya tgk jambu air cicah kicap cili padi.
ReplyDeleterara...mmg best mencicah ramai2 petang2 kat bawah pokok sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa...hehe
ReplyDeletetelan air liur jap.. cam terasa² je kat tekak ni.. shedapnya..
ReplyDeletebuah kat highway memang mahai la ni.. tatau nape.. huhuhuhu
ingatkan jambu macam tuh masam sebab dia tak merah. hehe
ReplyDeletewahhh sedap cicah sambal kicap ...nyummmmm
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesangat sedapppnya..kalau buat cicah makan lagi sedappp
meelh aair liur.. bru tgk gaambar :D~~
ReplyDeletememang terliur tgok jambu kat atas skali tutapi sebab kan jambu tu la saya mulut sy koyak kena jahit..*jatuh dari pokok jambu..isk33..kenangan dulu..hehehe~
ReplyDeleteapa2 pun nice entry..
do follow my blog ye~