Umrah 2013 - Part 8 Makkah al-Mukarramah

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Berkampung di Mekah adalah jauh beza berbanding Madinah.
Di sinilah nasihat embah sebelum berangkat iaitu 'SABAR, ya..' diguna pakai 100%.
Udara yang berhabuk akibat proses meruntuh dan membina bangunan yang sedang rancak, cuaca yang panas menjangkau 38 darjah Celcius, hotel yang sederhana, jarak masjid yang jauh berganda-ganda dan pelbagai ragam manusia di Mekah menuntut diri supaya gandakan sifat kesabaran.
Saya pun agak musykil dengan hotel-hotel di Mekah.
Rapat, sempit dan agak rendah ketinggian silingnya.
Ada CF tak ni? hehe....
Malah mak saya sendiri bagitahu semasa beliau menunaikan haji dan melawat rakannya di hotel berhampiran, terdapat bongkah batu besar di ruang lobi!
Nasib saya tak menginap di hotel sebegitu.
Apa pun sabar sajalah...

Di sini, kami sepakat menunaikan umrah berselang-selikan ziarah.
Tapi kalau tempat ziarah tu adalah berziarah ke tempat bermiqat, maka bolehlah siap-siap memakai ihram untuk umrah seterusnya.
Jimat kos sewa teksi ke tanah halal kekdahnya.

Umrah di hujung Mac 2012 menyaksikan suasana Masjidilharam tidak jauh berbeza di waktu musim haji.
Terlalu ramai manusia.
Dan yang paling mengagumkan, di sinilah masjid yang menerima jemaah daripada seluruh dunia, dalam keadaan pelbagai rupa- yang cacat, yang tak berdaya......semua berbondong-bondong ke masjid.
Tak kiralah bertongkat, berkerusi roda, berpimpin....semuanya gigih menyahut panggilan azan.
Memang pemandangan yang sangat hebat.


 #inilah laluan saya ulang-alik ke masjid dan bersesak dalam lautan manusia.







 #menapak dan terus menapak melalui dataran burung merpati....



 #di sinilah saya melalui pengalaman yang agak menakutkan. Ketika sedang asyik merakamkan suasana menuju ke masjid, tiba-tiba tangan saya ditarik dua orang pengemis kiri dan kanan. Terkejut usah kata masa tu. Nasiblah encik hubby dan abah ada di sebelah. Padahal, sebelum itu dah berulang kali ke masjid pun, belum pernah nampak walau seorang pengemis. Memang agak panik masa tu.



 #salah satu pintu feveret selepas pintu nombor 84 yang ada eskeletor.



 #hotel orang-orang kaya. Turun hotel, terus masuk dataran masjid....







 #cute je ayam makan jagung ni.



 #kereta-kereta di Arab Saudi walaupun cantik dan mahal, tapi kebanyakannya kemek dan berhabuk. Suka bunyikan hon pulak tu. 



 #Inilah Jabal Nur di mana puncaknya terdapat gua Hira' tempat Rasulullah saw beruzlah dan menerima wahyu pertama. Saya tak panjat bukit ini.




 #Jalanraya di Mekah juga dihiasi tanaman hijau. Tanda-tanda kiamat yang makin jelas.



 #kalau tiada bangunan, inilah yang kelihatan. Tanah pasir berbatu-batan dan berbukit-bukau.



#Jabal Rahmah. Bukit di mana Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu.



 #tangga mendaki yang curam.



 #tak sampai pun ke atas. Di sini saja tempat kami berdoa untuk kasih sayang kami sekeluarga. Memohon kebaikan untuk seluruh ahli keluarga, muslimin dan muslihat....dipertemukan jodoh (untuk yang belum bertemu jodoh) dan keturunan yang baik-baik.




 #pemandangan dari atas Jabal Rahmah.




#melawat Mina, Muzdalifah dan Padang Arafah. Di sinilah tempat melakukan ibadah melontar pada musim haji. Betapa jauhnya khemah-khemah orang Asia Tenggara ditempatkan sungguh mengharukan.



 #Selepas umrah kedua (bermiqat di Ji'ronah). 



 #Inilah Bukit Safa dari dekat. Sudah ditutup dan tidak boleh dipanjat lagi.



 #Saie menuju ke Bukit Safa.



 #Dari Bukit Marwah.



#Selesai je umrah, minum air zam-zam sepuas hati. Entah kenapa air zam zam di sana rasa sungguh sedap. Minum pulak yang sejuk memang terbaik.




















 #Gaji cleaner di sana hanyalah SR300. Makanya, kalau sampai di sana...sedekahlah kepada golongan ini.




#Sila redah lautan manusia lagi.....





12 Comments

  1. akak hotel mana?masuk ikut pintu mana?saya dulu pintu 1 hihi..tengok tempat mcam saya sama jee dngan saya pergi haritu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel al-Masi....bakal diruntuhkan selepas musim haji nanti. Deretan hotel depannya pun dah kosong untuk diruntuhkan.

      Delete
  2. Mencabar jugak kan, cuaca panas dan lautan manusia sudah cukup menguji, tambah lagi dengan pelbagai cabaran lain. Alhamdulillah u guys did it :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena banyak bersabar. Kalau di Madinah, masih boleh berjalan agak santai tapi di sini, tak boleh leka. Terleka sekejap pun, dah ada yang menarik tangan. Ramai yang hilang duit, beg kecik tu kena toreh/talinya kena gunting. Betapa liciknya mereka.

      Delete
  3. Memang setiap hari padat denagn manusia ye kak...
    Mekah tak pernah kurang dengan manusia....

    Suka betul NUr tgk Kaabah dari lensa akak ni...
    terasa dekat di hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat masjidilharam takde masalah kalau nak bawa kamera. Tapi jangan le melampau bawak dslr gedabak pulak. hehe...

      Delete
    2. kalau akak letak gambar kaabah byk2 pun tak apa kak...
      bertuahnya akak dah dapat jejak ke sana..

      Delete
  4. bestnye dpt pergi situ.. teringin nk pergi..tapi masih belum ade rezeki lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin2 ler berdoa. Insya Allah dipermudahkan untuk menjadi tetamu Allah... :)

      Delete
  5. gambaran di padang Mashyar kelak..lautan manusia..

    menunaikan umrah/haji memerlukan kekuatan mental dan fizikal yg kuat..kalau ada rezeki,seeloknya dibuat ketika tenaga masih kuat

    ReplyDelete
  6. salam.. saya nk tanya mcamana tips nk seludup hp ke dlm masjid nabawi? adakah guard check beg sahaja atau poket baju skali?

    then saya cdg nk baca alquran dan terjemahan dr hp, akak rasa sesuai ke? kang tengah baca kena rampas pula. bg saya mudah bc dr hp so xperlu bw alquran terjemahan yg agak tebal bulky.

    mohon pandangan. inshaallah saya sedang persiapan untuk berangkat pada awal Jun nanti.

    terima kasih

    ReplyDelete