Jalan-jalan di Kuala Terengganu

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera.

Bulan lepas ada promosi Airasia dan dapat grab tiket ke Kuala Terengganu berharga RM80 pergi dan balik. Ok la tu kan? Lagi murah daripada naik bas atau drive sendiri. Trip saja jalan-jalan ke Kuala Terengganu ni pergi berdua dengan Kak Zie akak founder Dewangee Perfume. Itu pun dia boleh lupa nak pergi Terengganu. Kalau tak baca whatsapp pagi tu, dah terlepas ke Melakalah beliau. Fuh, nasib baik. 


#kat thumbnail pilih la gambo yang elok sikit ye tak. Walau mokcik travel agak poyo di situ. hahaha..

Ceritanya... memang terbaik la Airasia sebab pergi dan balik kami menghadapai flight delay. Penyudahnya flight yang patut sampai 5.15 petang jadi dah dekat nak maghrib masa sampai tu. Mimi dah siap balik rumah tunggu call tak sampai-sampai. hahaha.. Dah maghrib, laju-laju bagi Mimi solat dulu lepas check in Hotel DJ Citipoint. Kalau nak tau hotel ni tang mana, hat yang ataih kedai kain Dewandas ni. Hotel ini dimiliki tokey kedai kain tersebut. Masuk-masuk je terus terkesima tengok keluasan bilik yang maha luas dan sangat selesa tuh! Mau nak tertonggeng kau nak bangun dari sujud masa solat! Allahu.... sangat-sangat tak boleh hadam dengan saiz bilik hotel ini, kawan-kawan. Wujud juga rupa-rupanya bilik-bilik hotel saiz macam ni di Malaysia sebuah negara ramai orang Islam kot. Lain la tetamu hotel kau memang dijamin semua tak solat. huhu



Ngadu kat kawan kat whatsapp pasal saiz bilik yang sangat hazabedah ni, beliau kata...Alhamdulillah...dapat juga bilik nak solat rehat bagai. Adeh laa...nyesal habaq! hahaha... tapi biasalah.Mana-mana trip pun ada hal terlebih dan terkurang. Pilih hotel best location saiznya macam ni pulak. Tak pe laa... semoga tokey makin kaya raya hendaknya.

So, malam tu pi dinner di Syrup vs Soda. Western food ya tapi ada juga side order lain. Disebabkan tak makan seharian, haruslah kebulur terus order nasi le kan. Order nasi goreng ayam untuk mokcik, nasi goreng seafood untuk Kak Zie dan nasi goreng tomyam untuk Mimi. Makanan cepat sampai tapi disebabkan terlalu ramai orang, tak boleh lepak lama. Ada sorang tu berdiri sambil dukung baby dok tenung-tenung tempat kami haruslah kami kena cepat. Kesian pulak kan?


#suasana makanan belum sampai masih tenang lagi. Masa start makan, dah tetiba menderu orang masuk. Lepas tu bagitahu Mimi, hantar kami balik hotel je la sebab kesian Mimi baru balik kerja, dia pun nak rehat juga. Esok dan lusanya Mimi bagitahu dah siap-siap ambil cuti. Wah ! Bagusnyaaa...rezeki ada dinda sorang ni yang sudi bawa mokcik pusing-pusing Kuala Terengganu. Sebelum naik hotel, ushar-ushar dulu kedai kain yang berderet tu cuci mata. Geram je tengok kain cantik-cantik.



Esok paginya kami bersarapan nasi kerabu yang paling sedap di Kuala Terengganu di Nasi Kerabu Fauzi. Pun penuh juga nak habaq. Tapi ternyata sangatlah sedapnya tak terkata. Ok. Cerita makan-makan saya akan tulis khas di next entri ya. Jangan risau. Saya akan cerita sampai anda termengences (ayaq lioq meleleh). hahaha... 

Mula-mula mestilah tengok Masjid Kristal. Korang kalau datang ke Kuala Terengganu tapi tak tengok Masjid Kristal ni ibarat tak pernah datang Terengganu, tau. Wajib dan mesti tengok. Tapi malangnya tak dapat masuk sebab tengah renovate la pulak. Tak ada rezeki.


Lepas tu pergi Noor Arfa Batik. Dapat cuci mata tengok kain jadi la. Korang pun tau harga batik tu mahal, kan? Nama pun trip jalan-jalan cari makan sambil-sambil cari bisnes kot-kot ada. Dengan Noor Arfa Batik tak ada rezeki, pergi Desa Murni Batik pulak. 

Di Desa Murni Batik, kami dijemput melihat-lihat kilang. So, dapatlah tengok proses lukis batik sehinggalah printing. Di kilang Desa Murni Batik ni semua digital printing ya. Tak nampak pulak yang canting-canting atas kain. Tak pasti jika mereka ada kilang yang lain. 

 #designer batik sedang gigih melukis batik.


#antara jenis mesin printing kain di kilang Desa Murni Batik.

Di kilang pun ada juga jualan batiknya. Banyak pilihan juga. Shawl berharga RM100 untuk 2 helai. Peminat batik jangan tak keruan pula tengok pilihan batik yang cantik-cantik tu pulak. hahaha..



Seterusnya kita melawat mercutanda terbaru iaitu Kuala Terengganu Drawbridge yang menyambungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus melalui Seberang Takir. Tapi tutuplah pula disebabkan renovasi juga. hahaha... apalah nasib. Tapi yang penting, dapat juga bergambar ye tak? Ada juga kenang-kenangan bersama darwbridge yang berharga RM 240 juta ni.



Dari drawbridge, kami meronda Pasar payang. Waahh...tempat paling best di Kuala Terengganu. So colourful! Macam-macam ada kat sini dan semestinyalah rembat kaftan selai dua.



#K. Zie dan dewangee berpisah tiada.


#kenalah ada juga sekeping gambar di tengah bandar ye tak? hahaha..



Sambung lagi ronda-ronda kedai kain selepas rehat dan solat di hotel. 



Disebabkan makan berat waktu sarapan, kami jadikan makanan celup tepung sebagai dinner terus. Memang kenyang tak hengat dibuatnya sampai udang pun tak habis. Dahsyat Kuala Terengganu ni asyik makan nasi je. Fuh...

Malam tu kami ke Setiu kejap sebab nak hantar barang untuk anak Mimi di asrama. Sebelum tu pusing-pusing di Mydin tengok Mydin sana sama ke idak dengan yang di Lembah Klang ni. Diorang ada Kedai Kasut You yang begitu banyak cawangan di Kuala Terengganu sampai dalam Mydin pun ada kedai kasut You tu.. Tapi memang best pun nampaknya sebab banyak pilihan kasut untuk budak-budak. Harga pun ok.

Pagi esoknya bersarapan nasi dagang Atas Tol cawangan ketiga di Losong selepas check out hotel siap-siap. Ya Allah, sepenuh-penuhnya kedai masa kami sampai. Nasib baik dapat juga rezeki makan nasi dagang super sedap ni sebab kami pelanggan terakhir rupa-rupanya. Pukul 9 pagi, nasi dagang dah habis! Memang terbaik.

Lepas sarapan, ronda lagi Pasar Payang dan cari info di terminal ferry untuk ke pulau-pulau. Manalah tau jika ramai nak mengikut kami berjalan-jalan ke pulau pulak lepas ni. Lepas tu kami solat di Masjid Putih atau Masjid Abidin yang klasik sangat tu. 


#cantik ruang solat dia..

Kami makan tengah hari di Restoran Singgang Budu destinasi tempat makan antara yang wajib dicuba. 


#puas hati sangat makan di sini. Highly recommended.



Seterusnya operasi mencari keropok lekor BTB. Bukit Tok Beng nama tempatnya. Konon-konon nak minum air buah gelas besar kat situ, tapi tutup juga. hahaha... Gitulah cerita dia ya. Yang dirancang dan diidam, tak semestinya kita dapat. Tapi alhamdulillah dapat juga beli keropok BTB ni. Beli tak banyak, stok pun tak dapat bertahan lama. Naik flight biasalah teragak-agak dengan berat beg. Rupa-rupanya ada lagi 6 kg. Nanges. 



Petang sebelum ke airport, lepak dulu di Pantai Teluk Ketapang. Lama sangat tak datang Teluk Ketapang ni. Last datang pada tahun 2008. Makin terjaga nampaknya. Mimi ni adik kepit ke hulu ke hilir masa kerja di Kulim dulu. Rezeki dia bertemu jodoh dengan orang Terengganu dan dapat bertukar tempat kerja ke Terengganu. Gigih ambil cuti dua hari bawa kami jalan-jalan di Kuala Terengganu. Semoga beliau dimurahkan rezeki hendaknya.

Short trip ni memang seronok sebab misi utama adalah jalan-jalan cari makan. Banyak yang dapat dicuba dan dapat ilmu dan pengalaman baru. Thanks to Mimi and K. Zie! 

Terima kasih sudi baca. :)






0 Comments