Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sedikit kisah ke Langkawi pasca Covid 19 yang dikongsi di FB pada kejadian 21-24 Oktober 2021 yang lalu. Angkara nak redeem tiket flight Malindo, alkisahnya. Ada orang tegur, ehh..cepat nau sampai ke Langkawi. (nak perli le tu). Tidaklah kupeduli kerana dah lama sangat mengadap dinding di rumah tu. Kerajaan benarkan ke Langkawi, ke Langkawilah kita. Masa book tiket flight tu masih belum boleh merentas negeri. Apa yang ada, sajalah. Gitu.
Ini tiket flight ganti yang tak jadi ke Bandung tahun lepas (2020) angkara Covid 19 tu ye tuan puan. Risau tiket burn macam tu je, cepat2 la book. Macam tu alkisahnya.
Pergi berdua je dengan Kay. Beliau ialah insan yg paling banyak membantu semasa saya kena denggi dan covid 19 yang lepas. Hampir setiap hari menghantar makanan, siap tolong jemput dan ambil kami suami isteri di hospital dgn penuh keberanian. Tq Kay. Moga Allah balas segala kebaikan.
Memandangkan ini kali ke 5 ke Langkawi, trip kali ni betul2 konsep me time. Free n easy. Relax2 je tak ada perancangan. Telah kutinggalkan konsep trip makcik2 yang wajib shopping mengangkut segala mak nenek yg dikatakan murah di Langkawi bak kata my dear sistur Kella. Tu yang boleh pergi merayap ke resort2 tu.
Apa terjadi di Langkawi sejak PKP? Banyak perniagaan yang bungkus. Kami beli makanan di kampung2. Boleh interview depa macam2. Mostly kedai2 makan, kedai laundry baru je buka operasi. Sedih pula dengar bila mereka beritahu ada juga orang kampung yang beli tapi sikit sangat. Mereka memang sangat2 mengharapkan sektor pelancongan dibuka.
Saya punyalah teringin makan pulut ayam thai, google la cari lokasi. Sampai2 yang ada hanyalah restoran tinggal. Penyudahnya, makan je la di kedai2 yg buka je. Tapi bagusnya, menu2 rasa macam makan di rumah. Best juga. Ada tokey kedai tu sedekah je makanan pada kami. Sedekah jumaat katanya.
Angkara pergi ke resort seram yg dalam pos sebelum ni, kami laju2 balik dan order makanan grab. Mudah sangat. Banyak pilihan di grab dan foodpanda tu. Depa hantar je di chalet, boleh angkut makan di pantai sambil layan sunset. Oh...asyik sekali.
Penginapan kami hanyalah chalet murah di Pantai Cenang tapi sangat selesa sebab dekat dengan pantai dan mudah nak akses ke mana2. Siap ada diskaun. Berbaloi tukar dari hotel Chenang View ke AB motel. Dekat juga dengan airport. Paling penting ialah meriah. Tak rasa langsung nak stay kat tempat menghayati serenity tapi akhirnya jumpa seramysteri. Almaklumlah lepas PKP macam ni. Ada bran? Kata budak bbnu.
Kereta sewa pun dapat harga diskaun. Mintak viva sebab yang tu la paling murah pun. Tapi depa bagi myvi pulak dah. Syukur alhamdulillah. Memang murah bak ang. Tapi disebabkan kereta orang, tetap tak berapa berani drive naik bukit curam. Masa nak naik ke 1 resort ni ( punya poyo nak pergi jugak2 padahal private resort gate tutup), budak guard yang tolong drive naik ke atas bukit. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Nasib baik owner resort baik. Bagi je kami posing2 kat situ.
Naik sky cab juga. Huk alohh...tak bosan ke? Taakkk. Sis is suka tengok view dari tempat tinggi. Kali ni boleh relax2. Cuma tu laa...pegi kali ni kena sakit kaki pulak. Tak larat nak memanjat tangga sangat. Tapi puas hati bergambar. Harga tiket rm43 dapat naik cable car dan masuk 3 tempat mcm dome, 3d museum dengan trex tu.
Pergi island hoping juga. Pun dapat harga murah. Rm 25 je. Masa pergi dengan anak2 hari tu (padahal tahun 2017), kami ke Kilim mangrove tour. Kali ni ke Tasik Dayang Bunting pula. Inilah punca sakit kaki. Saya ter over excited pergi terjun bot ikut belah tepi bot tak ikut tangga.
Lepas tu kena hiking pulak. Tambah la sakit badan sebab zaman PKP duduk rumah layan drama korea yang banyaknya. Sudahnya cepat semput.
Kemonn...hakak is covid fighter, okeh?
Bab shopping pulak, takda apa nak beli. Memang tak rasa nak beli apa2. Pinggan mangkuk periuk segala dah tak ada tempat nak letak kat rumah. Tak ada apa yang menarik juga. Harga pun tak murah mana. Coklat? Cari daim merata tak jumpa. Haru betul. Last sekali kat HIG, saya tanya2 pada staf dan lahirkan rasa kecewa sebab tak jumpa daim, akhirnya budak kat kaunter offer daim. Boleh beli 3 je katanya. Saya tengok memang sikit je pun dalam plastik yang depa sorok bawah kaunter. Depa kesian kat saya yang mengharap kot.
Lega sangat rasanya dapat belikan untuk budak Qisya yang dah macam berzikir nak coklat daim sejak tahu hakak nak ke Langkawi. Sorang lagi untuk salah sorang bestie hakak yang tengah preggy. Dok meratib jugak tu nakkan coklat katanya. Fuhh...lega sungguh. Nanti boleh pos untuk dia. Yang lain2 minta maaf ya. Tak ada coklat daimnya. Saya tengok harga ferrerro rocher speedmart jauh lebih murah dan tak beli apa pun untuk diri sendiri melainkan sebotol minyak panas sebab kes sakit kaki. Gitu.
Over all trip ni happy. Jumpa adik2 suka travel yang baru juga. Kerja di hospital. Makanya sembang hal Covid jugalah. Macam tu. Jumpa uncle arab Iran yang dah lama duduk di Langkawi juga. Seronok nyembang english campur melayu tunggang langgang. Banyak info boleh dapat dari dia pasal Iran. Tu sebab saya suka travel. Travelling is learning. Tambah pengalaman dan ilmu pengetahuan pada masa yang sama. Meet new people. Camtu la senang citer.
Bukan senang nak taip panjang2 ni tau. Kena ada mood nak cerita. Tu sebab blog pun dah lama tak bertulis sebab mood menulis tu dah jarang ada (sekarang kena rajin tulis). Tepek kat fb je sikit2. Harap membantu untuk arkib masa depan dan yang sudi membaca.
0 Comments