Trilogi RINDU oleh MFMF

Salam sejahtera, readers. Jika anda peminat muzik tempatan, pasti pernah mendengar lagu-lagu popular yang hits dan menjadi siulan anak muda. Kebelakangan ini,lagu-lagu popular berkenaan seperti Peluang Kedua (Nabila Razali), 'Stoplah being so cute' (Harith Zazman) dan lagu kegemaran saya 'Lara' (Hael Husaini, Haqiem Rusli, Naim Daniel) adalah hasil kerja MFMF yang sebelum ini dikenali sebagai kumpulan penulis lagu dan penerbit rakaman.

MFMF yang dianggotai 3 orang anak muda tempatan iaitu Brendan Lim, Justin Seow dan Zen baru-baru ini telah tampil dengan trilogi 'Rindu' hasil kolaborasi bersama penyanyi independant Malaysia, Rapper Airliftz dan juga Alex Ungku. Airliftz atau nama sebenar Aliff Shaharom merupakan seorang penyanyi dan juga komposer yang berbakat di mana beliau telah mula membuat lagu sejak beliau berumur 13 tahun lagi. Alex ungku pula telah mula menempah nama sejak tahun 2019 sebagai seorang penyanyi R&B yang mampu memikat hati pendengar dengan suara yang lunak dan memikat.


Berinspirasikan kisah golongan yang sering di'friendzone', 'Rindu' adalah pertaruhan pertama mereka di dalam industri seni arus perdana. Ini juga adalah untuk pertama kalinya Airliftz menyanyi bukan hanya 'rapping' seperti selalu.

Trilogi 'Rindu' ini telah dikeluarkan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Korea, Mandarin dan Bahasa Melayu. 'Rindu' Bahagian 3 telah dilancarkan pada 25 November 2021 yang lepas dan telah keluar di semua platform strim digital. Sebuah sesi media telah diadakan pada 8 Disember 2021 di Co-Labs Coworking The Starling di mana lokasi telah ditaja oleh Co-Labs sendiri. Tujuan sesi ini adalah memberi peluang kepada para media untuk beramah mesra bersama artis dan dalam masa yang sama keunikan lagu Trilogi 'Rindu' ini dapat diperkenalkan kepada masyarakat.


Lagu 'Rindu' ini diperdengarkan pada pihak media dalam sesi media dan kami yang mendengarnya buat pertama kali sangat suka dengan lagu ini. Tidak mustahil misi MFMF untuk melebarkan sayap ke Korea dan Taiwan akan tercapai. MFMF juga sedia bekerjasama dengan Tokti dan Blackpink. Menarik sangat tu.

Bersempena lahirnya 'Rindu', MFMF turut berkolaborasi bersama myBurgerLab di mana myBurgerLab menghasilkan menu burger edisi khas 'Rindu' untuk setiap variasi. Ada tiga kesemuanya dan untuk bahagian 3 Rindu, myBurgerLab telah memperkenalkan burger daging citarasa Melayu iaitu 'Percik Power'. Sedap 'giler', nak bagitahu. 'Percik Power' telah berada di semua cawangan myBurgerLab kecuali Cawangan My Town mulai 29 November 2021 yang lalu. Promosi burger edisi khas ini akan berada di cawangan myBurgerLab selama 14 hari. Jadi jangan lupa, tau.


Kredit : IG MFMF

Kami diberi peluang menikmati burger 'Percik Power' oleh myBurgerLab. Jika anda turut teringin menikmati rasanya yang 'pergghhh', jangan lupa dapatkan di cawangan yang berhampiran dengan anda.


Kredit : IG MFMF

MFMF turut mempromosikan 'Rindu' di billboard Bangsaria, Jalan Maarof Kuala Lumpur. Kalau lalu di sini, bolehlah ikut menyanyi lagu 'Rindu'. Mari kita sokong artis tempatan yang giat berusaha untuk menaikkan industri hiburan negara kita ke peringkat yang lebih tinggi kerana MFMF  adalah antara contoh anak muda yang serius dalam kerjaya mereka. Semoga berjaya, MFMF!





0 Comments