Tuesday, 22 March 2011

CameRoN HighLanD Mac 2011

Qisya yg tgh muncung tahan mengantuk di pasar malam Berinchang

Sambung balik citer percutian kami di Cameron Highland minggu lepas. Sampai2 jer di depan Shasta Apartment Strawberry Park Resort tu, Amsyar terus bagitau abah dia yg dia dah tak pening. Eceh! Dan dan tak pening pulak dah. Tapi bagus pun. Tak payah nak layan rengek sana rengek sini. Buat spoil aku yg tengah hepi jer. Kuikuikui..

Tak berapa lama lepak2 kat apartment tu, adik-beradik aku dgn family masing2 pon sampai. Waaahhh....masing2 bawak beg kontena beso. Macam nak bercuti berminggu2. Hahaha...

Riuh rendah apartment tu dgn suara budak2. Amsyar hepi sgt dpt jumpa sepupu2 dia. Maklum la..susah nak jumpa. Bagi can la kat diorang. Nama pun bercuti, kan? Kami tak keluar makan pon sbb bawa makanan siap2 dari rumah.

kek coklat moist cheese yg sgt sedap hasil tangan adikku Chik. Makin terel masak minah nie..hehe.



Nasi lemak Yong yg terbaekk.....

Makanan banyak sgt sampai penuh meja makan. Tak dapat la nak tunjuk kek pelangi Chik yg cantik & sedap, muffin Yong yg cute & yummy, cekodok pisang Mak yg super delicious dll sbb lambat nak upload gambo satu hal, kang teringat2 nak makan lagi la la tu jugak satu hal pulak. Mana nak cari weiii....ekeke..

Tengah dok sembang2, makan2...tetiba pulak hujan. Adehh...kecewa betul nak pegi jenjalan petang tu. Lepak kat bilik je la jawabnya. Yang jadi driver semua pakat tido. Weiii.....susah payah putar streng naik gunung ganang, nak membuta jer pulak....rugi betul. Hujan pulak jenis renyai2. Memang lambat reda. Tapi dah pukul 5 ptg, hujan pun berhenti. So, apa lagi...siap cepat2 keluar pi Berinchang.

Budak2 seronok berkelah kat balcony apartment.

Qisya bersama aunty2nya sebelum meronda pasar malam.

Malam tu lepak berkumpul ramai2 jer. Esoknya check out pagi2 sebab nak jalan2 dan terus balik. Baru tau yg diorang nak ikut balik Port Klang. Nak lepak rumah kakak aku yg tak dapat ikut sekali ke Cameron Highland. Caiiitt...patut la beg beso2. 

Posing2 sebelum meninggalkan Strawberry Park Resort.

Seronok nampaknya ye Qisya? Kat strawberry farm Healthy. Menikmati aiskrim strawberry. Best.

Strawberry celup coklat. Sedapnyeeee....

Lepas lepak2 kat strawberry farm, pegi shopping kat Kea Farm pulak. Diorang la. Aku taakk...hehehe. Dah abes shopping2 baru masuk ke Boh Tea Plantation. Lokasi mesti lawat. Dah berubah makin cantik pulak kilangnya.

Amboi Mia...bestnya ada 2 abah. Terlompat2 budak korea nie. Arasso aje..ekeke..

Cuti sekolah biasa la. Ramai pelawat.

First time Amsyar masuk kilang. Tekun betul perhati mesin & pekerja tu buat kerja. Suruh posing kejap buat muka boring pulak..

Indahnya.

Indahnya.

Banyak gemoks itu jari2. Wakaka..

Lepas jalan2 & posing2 sampai penat kat ladang teh tu, kami bergerak pulang. Sebelum tu singgah pulak ke Butterfly Farm.

Ambik2 gambo lagi. (Waaahh...mcm dah pro la Pak Su..)


Posing2 lagi. Si mata kecik & si mata beso. Yg mata kecik dipanggil Cho. Yg mata beso dipanggil Chik. Ironi sungguh! (sat! rasa nak gelak guling2)...hahaha..

Amsyar & Remy bersama katak besar. Mia tgh dok perati katak tu.

On the way nak balik tu, kami singgah beli petai kat orang asli. Mahal betul. Aku tengok ciput jer petainya tapi rm11. Beli jer la sbb konvoi kami dah berhenti depan gerai dia.

Anyway, family panggil adik aku Chik sbb dia tu adik/yang kecik. Takde kena mengena dgn mata beso dia. Hahaha...


No comments:

Post a Comment