Saturday, 2 April 2011

KamBen AyaH

Masa aku kecik2 dulu, aku cukup anti dgn kamben2 ayah. Sebab kamben2 ayah tu la, time senja je nyamuk gajah punya la byk masuk rumah. Nyamuk2 tu ikut balik gerombolan kamben2 ayah yg entah merayau ke semak2 mana aku tak tau.


Kamben2 ayah tu la penyebab rumah aku kat kampung tu takde pokok bunga. Yg ada jenis pokok keladi & pokok bunga kertas je la. Paling tak best, kalau nak mandi sungai kena lalu tepi reban kamben tu. Bau dia usah kata la. Menusuk hidung! Kalau dah mandi kat sungai tu, lalu balik tepi reban tu mesti rasa tak best. Mesti mandi kat rumah pulak. Rasa mcm melekat jer bau dia kat badan. Tu sebab dulu2 aku tak makan kamben. Tak suke.

Tapi ayah sayang gile dgn kamben2 dia. Makan dah ler best2. Bersuap pulak tu. Punya la manja. Jeles aku nie. Ayah aku tak suap aku pun. Ekeke... 

Kamben2 ayah nie makan biskut cracker lemak cap ping pong. Feveret aku jugak sampai sekarang.Hehe. Spesel tak? Jgn memain, ayah aku suap kamben2 nie pisang terbaik dari kebun ayah. Selalu aku tengok tu pisang emas dgn rastali yg gemok2 gitu. Bukan yg lembik2 yg dah nak rosak tu. Sabo jer la aku nie.

Kamben2 nie pulak, aku tengok sgt disiplin. Ayah kurung kat reban sampai kol 3 ptg. Pastuh ayah lepaskan. Yg hairan tu, elok jer time nak maghrib, kamben2 nie balik masuk reban. Macam pakai jam jer. Hahaha.

Tapi dalam anti2 kat kamben2 ayah nie, aku pernah jugak nanges pasal kamben2 ayah nie. Ayah akan jual kamben2 nie bila dah beso. Nanti ada la uncle India dtg umah bawak bakul beso naik moto. Bila kamben2 nie kena ikat letak dlm bakul tu, mula la kamben2 tu melalak merayu2. Sedih woo. Mcm nanges aku dengo. Ye la, berpisah dgn family dia mesti la sedih. Aku pon sama nanges. (caiitt...t'pecah rahsia aku nie..ekeke). Tapi siyes...tiap kali ayah aku jual kamben dia, mesti aku sedih. Perpisahan itu suatu yg menyedihkan. Kesian betul aku tengok.

 Jenis kambing yg dibela Ayah. Ensem tak??
*carian google


Sejak peninggalan Ayah, kamben2 ayah nie dah tak mahu membiak. Mak bagi jer kamben2 ayah nie kat pengembala kamben di kg sebelah. Malangnya kamben2 nie mati sekor demi sekor. Tak mahu bertuankan orang lain gamaknya. Huhu...

Sekarang nie, aku dah tak anti dgn kamben dah. Aku dah suka makan lamb chop...kari kamben...kamben golek dll. Kalau ada open house yg jemput aku ada juadah kamben, nescaya mata ini bersino2 suke. Ekekeke.... 

4 comments:

  1. Hahaha. kesian yek? kambing tu tak mahu tuan lain. ~

    ReplyDelete
  2. ciksukaberangan....tuan lain tak best macam tuan dia....hehe

    ReplyDelete
  3. bertukar angin.. haiwan pun ada perasaan.. kat umah sy.. ayam.. dulu ms arwah abah ada, banyak.. bile arwah dah x de.. ilang.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. kamben ayah :D best je baca cita ni yer. keh3, tka nak bertuankan org lain :D nak tuan dia juga! apa2 pun, kamben ayah tetap special. ^^

    ReplyDelete