Pelangi Balau Resort, Desaru

Selang beberapa hari turun dari Cameron Highlands, 
kami berombongan ke Desaru pulak.
Kali nie bukan nak cuti-cuti Malaysia tapi nak meminang anak dara orang.

Niat bukan nak cuti-cuti,
tapi lastnya macam bercuti-cuti Malaysia jugak kami nie. hehe
tukang booking tempat penginapan tak bagitau pun tempat tu adalah resort.
siap berkolam renang dan terletak betul-betul di tepi pantai.
mula-mula sampai agak terkesima.
tempat ini sangat cantik, okeh!
tak sangka betul.

sampai-sampai je,
kami ronda-ronda dulu kawasan Pelangi Balau Resort ni.
sangat bestlah sebab ada pantai dan jeti.


#kolam renang resort. Memang best la kolam nie sebab ada gelungsur tu. Keesokan paginya semua pakat terjun sini kecuali mak mertua saya. hehe..


#Qisya dan Ireen try mainan di sini.


#budak-budak ni kalau nampak playground memang sukalah.


#couple yang terjebak dengan Ombak Rindu.


#ni lagi satu couple. 


#my MIL...


#perjalanan nak ke jeti


#pantai yang airnya sangat jernih.Cuma berbatu-batu. Tak turun pula kami ke sini sebab sibuk nak ke jeti.


#langit yang membiru dan angin yang kuat.


#angin kuat sangat sampai Qisya pun susah nak jalan. Kesian dia. hehe..


#seperti biasa. Ahli rombongan.


#masing-masing melayan keindahan laut.


#bilik penginapan berkembar. Boleh buka pintu ke bilik sebelah. Biliknya sangat luas dan comfy. Bilik air pun luas siap ada bath tub. Tak snap kat dalam sebab dah nampak serabut letak barang2 hantaran.


#landscape di Pelangi Balau Resort


#bilik penginapan yang lain.


#esok paginya kami breakfast di sini. Tak banyak pilihan. Nasi goreng, mi goreng ,fries
dan roti je. Agak bosan la menunya. RM12 seorang.


#tapi kolam adalah sangat mabeles ok. Jenuh melayan anak-anak je la jawabnya.
Dari dalam kolam, boleh nampak pemandangan laut. Cantik sangat.


#semua tak bawa swimming suit sebab tak tahu menginap di tempat macam ni. Sudahnya anak-anak pakai spender je la. Seksi-seksi memasing. LOL... 


#mak dan abah jadi pemerhati kitorang. Tapi tak lama lepas tu, abah pun join sekali. hehe.

Menginap di sini sangat berbaloi kalau dengan keluarga besar.
banyak aktiviti pantai boleh dibuat di sini.
tapi kalau bawa budak-budak, asyik nak ke kolam je jawabnya.
nak buat macam mana, dah rumah sendiri takde kolam.
layankan je lah...


6 Comments

  1. wah..macam best je kalo holiday situ..boleh try ni..:)

    ReplyDelete
  2. wah!! sonoknya.. boleh la masuk list holiday ni.. ;)

    ReplyDelete
  3. dah lama tak pegi laut!! nanti pegi lagi ajak dina sis hehehe

    ReplyDelete
  4. best nye pegi holiday dengan family .
    kalau akak nak pergi bercuti ke luar negara or dlm negara , jom lepak2 kat blog tempat ieyra kerja .

    jazholiday.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Syoknya pergi bercuti..tgk gambar kak yana, terasa sy lak bercuti sama dalam tu...hihihi

    ReplyDelete
  6. bestnya holiday kat tepi laut hehe :)

    ReplyDelete