Salah ke Bercinta melalui Internet?

Suatu hari, seorang kenalan rapat telah mengalami cinta yang kecundang hasil perkenalan di internet.
maka ramailah kawan-kawan yang menasihatkan dia.
rata-rata menyalahkan internet.
perhubungan melalui internet tak boleh berjaya lah.
ramai penipulah.
dan paling best, jangan guna internet untuk bercintalah!
wah....ke situ pulak dia.

Internet ni hanyalah suatu medium sahaja.
Cinta boleh ditemui di mana-mana,
tak kisahlah di tepi jalan ke, tepi toilet ke,
hatta dalam masjid sekali pun..
kalau Allah menurunkan rasa cinta di hati...bercintalah, kan?
betul tak?

tambah-tambah di dunia tanpa sempadan macam zaman sekarang
maklumat di hujung jari katanya.
tak cukup emel, ada fb, ada twtter, ada blog dan macam-macam lagi jenis jaringan sosial.
lepas tu ada pulak gathering sana-sini
dah jumpa-jumpa tu mestilah ada yang tersangkut,kan?
dari gambar....pastu penulisan....lepas tu jumpa-jumpa..
haisshhh.....bercintalah jadinya.
itu normal di kalangan remaja.

tapi ada juga yang tak berjumpa.
sampai tahap asyik mahsyuk bercinta tapi kat internet je.
macam-macamlah kalau nak cerita bab bercinta melalui internet ni.
nak ulas satu-satu pun payah juga sebab semua orang ada pendapat masing-masing.

Tiada apa yang paling penting dalam sesebuah perhubungan melainkan kejujuran dan keikhlasan.
Kalau tiada dua faktor tersebut, bercinta dari zaman sekolah ke.....couple yang memang hot sejak zaman kampus ke.....bila kahwin, bercerai juga akhirnya.
Betul, kan?

Cuma bila melalui internet perlu lebih berhati-hati.
tambah-tambah dengan manusia yang  pelbagai ragam.
Meletakkan gambar paling cun siap edit melampau sampai buat orang jatuh cinta, ada kejujurankah di situ?
Mengayat gadis-gadis di internet dengan kata-kata manis padahal saja nak test market, ada keikhlasankah di situ?

Akhirnya, siapa yang bersalah?
Bercinta tak salah.
Internet pun tak bersalah.
Pokok pangkal diri sendiri.



p/s: anak-anak hasil percintaan melalui internet. *pengakuan berani mati nih....wakaka...




22 Comments

  1. pokok pangkal diri sendiri... like it ^_^

    ReplyDelete
  2. fuyoooo.. akak bercinta melalui internet eh. huhu

    ReplyDelete
  3. baru tau...kenal dgn suami dlm internet yer....ehe...

    ReplyDelete
  4. itu nama jodoh.. manusia je kena guna akal..jangan biarkan rasional di bawah emosional..kelak tergadai..diri merana.. peace yooh

    ReplyDelete
  5. ciksukaberangan....hehe.. :)

    diyana norman....itu kisah 13 tahun dulu. belum ada fb dan blog. ada chatting room je.. :)

    ReplyDelete
  6. izan.... :)...

    Domu kun....term rasional bawah emosional tu akak suka.. :)

    ReplyDelete
  7. sweet~rupa2nya dia yg bercinta guna internet.



    psstt....dunia tanpa sempadan, ada juga kes suami dan isteri orang bercinta sebab internet...

    ReplyDelete
  8. ni zaman kg chat sume yea kak.. hee~~ patutlah semangat citer kan.. bagus ah tu.. lalalala~~

    ReplyDelete
  9. najwa... byk jugak kes jumpa balik ex kat fb. adehhh....bahaya...

    ReplyDelete
  10. HaniAsyira....wah. semangat ke? akak citer je. tapi masing2lah kan. nak ambil yg baik/buruk dlm penggunaan internet ni. pandai2 sendirilah...

    ReplyDelete
  11. bagi nur kan kak, xsalah sebenarnya..cuma kita kena jujur bila bcinta dlm intenet. tapi jujur sgt pun payah juga, maka bpada2lah..

    yg penting keikhlasan hati seseorg..

    sy sendiri takut bcinta melalui intenet..huhu

    ReplyDelete
  12. Cik Nur....sebenarnya nasib pun ye jugak kot. zaman akak dulu tak ramai penyangak internet mcm zaman sekarang. mmg patut la kalau nak takut... :)

    ReplyDelete
  13. internet tak slah. just web tu dijadikan medium to keep in touch. well, teknologi canggih zaman skrg. apa2 pun, Pokok pangkal diri sendri. nice word (: baru follow sini.

    ReplyDelete
  14. steffany daph.... setuju sgt. thanx sudi singgah,komen & follow.. :)

    ReplyDelete
  15. wahh...betul tu..pokok pangkalnya kejujuran dan keikhlasan...emm..kita masih bersama semaktu yana di lamun cinta internet...zaman berforum la tu...hehehe

    ReplyDelete
  16. pernah bercinta melalui blog. tp syg, jodoh takde. sobssssss.. T___T

    ReplyDelete
  17. kak sal...hepppp....dilarang komen entri ini sama sekali. LOL... :p

    ReplyDelete
  18. anis madu....takpe. Allah nak ganti yang lebih baik le tu.. ;)

    ReplyDelete
  19. setuju ngan kak yana.. pokok pangkalnya hati.. kecewa tu.. x kira di mana-mana kita jumpa kan.. hehehe.. baru tau kak yana & suami kenal melalui tenet.. ;) sweet..

    ReplyDelete
  20. crite yg menareekk..so sweet crite kamo.bertemu di internet gak ye.MOga bahagia hingga ujung nyawa ok.

    ReplyDelete
  21. AdamHawa... kadangkala lucu jugak bila fikir orang boleh jatuh cinta dgn cara penulisan kita. padahal x tengok muka pun...hehe

    ReplyDelete
  22. Chenta Eyfa Najibrz.... thanx eyfa... :)

    ReplyDelete