Tuesday, 8 October 2013

Bola punya pasal

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Terus terang.
saya tak minat bola.
Cuba nak faham tapi tak faham-faham.
Yang saya faham bila bola dah dekat tiang gol je.
Kalau Malaysia yang main, tang situ la saya dok sorak sama. hehe...

Bola sepak di Malaysia ni kira hebat jugak la.
Pemain-pemain negeri dibayar gaji yang tinggi.
Malah ada yang sangat tinggi.
Sampai ada bini pemain bola ni yang eksyen sangat sampai dicop kongajo. hehe.
Apa pun minggu lepas, saya dah tengok la team Kelantan vs JDT.
Kali pertama saya rasa happy tengok bola bila melibatkan negeri lain.
Permainan yang penuh emosi saya kira.
Ganas pun ya kot.
Tak tahulah diorang ni sengaja atau tak sengaja.

Yang penting dan kelakar saya rasa,
peminat JDT yang over.
Di wall FB saya malam tu, banyak luahan perasaan tak puas hati.
Semua nak disalahkan seolah tak boleh nak terima kekalahan.
Ingatkan kawan-kawan FB saya saja.
Rupa-rupanya ada yang sampai nak membunuh!
Gila ke hape?
Pasal bola je pun.
Adoyaiiii......

sumber: FB

Kalah sekali, bukan bermakna kalah selamanya.
Adat permainan je pun.
Kalau rasa tengok bola tu best, jagalah disiplin.
Baru rasa selamat nak pergi stadium beramai-ramai satu family.
Ini kalau ada peminat yang hampeh penuh keganasan macam ni, buat malu pasukan bola je.
Negara pun boleh malu, tau.




6 comments:

  1. terlalu taksub sampai nak ugut2 macam nie...manalah rakyat malaysia yang lemah lembut tu..

    ReplyDelete
  2. knapalah taksub sgt tu..mmg adat permainan..ada kalah..ada menang..:)

    ReplyDelete
  3. kalah dan menang adat bertanding...terima jelah kalau dah kalah...lain kali usaha lagi..saya juga penyokong johor...

    ReplyDelete
  4. kat rumah akak,semuanya kaki bangku...tak minat..apalagi taksub bola...akak kenal pemain2 bola bila ada kontroversi..mcm mat yo..apek...

    ReplyDelete
  5. fanatik tak bertempat ni...

    sabo je la...

    ReplyDelete
  6. adat pertandingankan...pasti ada menang dan kalah....

    ReplyDelete