Monday, 21 April 2014

Hotel bajet di Lumut yang gojes - GM Holiday Hotel

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Mula-mula mari kita ucapkan terima kasih kepada blogger Neena Anuar yang sudi berkongsikan tentang hotel bajet tapi tak padan dengan namanya sebab gojes giler!
Tak lain tak bukan ialah hotel bajet GM Holiday Hotel di Taman Lumut Pantai Impian, Lumut.

Family encik hubby nak buat family gathering di Marina Cove Resort, Teluk Batik, Lumut.
Dah alang-alang ke sana, kami ambil kesempatan nak bawa anak-anak bercuti dan jalan-jalan di Lumut.
Memandangkan perjalanan ke Lumut selepas balik kerja, sudah pastinya kami akan sampai pada waktu malam.
Makanya saya menempah bilik di GM Holiday Hotel tiga hari sebelum kejadian.
Risau juga kot-kot ramai yang ada plan macam saya ni.
Alhamdulillah, masih ada kekosongan untuk bilik idaman iaitu king delux.
Harganya hanya RM65.00.
Harga untuk queen delux RM60.00.
Sangat berbaloi.....
Jom layan gambar-gambar di GM Holiday Hotel ni.


#maaf. kualiti gambar hanyalah dari henpon suami isteri je ye......



#pemandangan dari hadapan.

GM Holiday Hotel terletak betul-betul di kiri jalan menghala ke Lumut dan bersetentang dengan Shell dari arah Seri Manjung.
Jaraknya ke pekan Lumut adalah kira-kira 4 kilometer.
Kami sampai di GM Holiday Hotel kira-kira 8.30 malam.
Patutlah receptionist banyak kali call untuk pastikan tempahan, rupa-rupanya hari tu full house.
Ada rombongan satu bas menginap kat sini.
Nasib baik saya sempat menempah awal. hehe..
Dah check-in, kami keluar ke pekan Lumut untuk mencari makanan.
Anak-anak dah bising kelaparan.



#bilik nombor 225, bilik penginapan kami. Ada cctv, okeh. Jangan buat perangai tak senonoh kat sini. :D



#mula-mula masuk.... perghh....cantek sangat kot untuk bilik hotel bajet!




#puas hati. Memang best.



#takde almari, tapi ada tempat penyangkut baju dan hanger. Ada tv LCD. Oh, puas hati. Sebelah kanan sikit (tak termasuk pulak dalam gambar) ada cerek elektrik dan glass minuman.




#jom tengok toilet. Sangat moden dan bersih. Ada water heater, shampoo dan shower gel sila tekan je, malah siap ada dua pasang selipar. Cantik, kan? Memang mood puas hati sangat ni.



#jangan memain, pintu lipat toilet pun kemain cantik.




#pintu ni ada alarm kalau tidak dikunci. Selagi tak rapat, selagi itu la dia memekak. Bagus...baguss....ciri-ciri keselamatan yang paling penting, ye.


#yang malas nak menjerang air, kat koridor bilik-bilik, ada ditempatkan machine air panas dan sejuk.



#siap ada mini bar kalau nak bersembang dengan kawan-kawan di ruang bersebelahan lobi.


#ruang menunggu di lobi. Sofa moden warna oren hitam sangat stylish. Ramai betul yang berminat menginap di GM Holiday Hotel ni rupa-rupanya.


#kaunter GM Holiday Hotel ni nampak luas dengan penggunaan cermin yang besar. Memang bijak interior designer hotel ni. Lot kedai yang tidak luas tapi ruang amat dimanfaatkan dengan baik sekali, menghasilkan penginapan yang menarik dan selesa.


#alamat dan nombor telefon GM Holiday Hotel


Penginapan bajet yang sangat selesa untuk keluarga kecil kami.
Pagi-pagi lagi kami check-out awal-awal untuk menuju ke Pulau Pangkor.
Lain kali, boleh singgah lagi.
Terima kasih Neena, GM Holiday Hotel adalah di antara hotel bajet yang terbaik!!!



18 comments:

  1. ooo...makan angin kat Lumut ya...ada satu tandas awam kat Lumut tu....akak bg 5 *...sangat2 bersih,luas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bersih la Lumut skrg ni. Dah lama x pegi. Mmg nmpk byk yg dah berubah.

      Delete
  2. Murahnya & nampak cantik dan bersih. Nanti boleh try dok kat situ kalau ke Lumut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg boleh sgt ni syani. Dekat pun ya jugak.

      Delete
  3. kami anak beranak memang suka yang budget2 ni... kalau 3 beranak jer pergi mana2 memang pilihan hotel budget yg selesa jer.. apapun cantik & murah. I like. kalau kesana nanti boleh la check in

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg akak suggest sgt hotel ni su. :)

      Delete
  4. kak yana, aj simpan no ni.. hehe next time holiday nak try la singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan aj. Mana tau kot2 nak pi Lumut.

      Delete
  5. menarik walaupon harga murah..:)

    ReplyDelete
  6. you're most welcome dear! best kannn hotel bajet nie! hehe... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho....tq neena. Info neena byk membantu. :)

      Delete
  7. Memang sgt2 awsome la hotel bajet gini...pernah stay kat hotel harga rm250 pun still guna tv tong...bestlah...tq yana..kalau nak jalan2 ke lumut nanti bleh la stay kat sini...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. NZED GuestRoom | Cheap Accommodation Room in Lumut, Perak

    Enjoy PLEASANT stay experience for CHEAP accommodation room with GREAT value for money in one of the TOP locations in Lumut, Perak

    Careline: 012-5067575 @ 018-9734575
    Website: http://www.nzedguestroom.com

    ReplyDelete
  11. NZED GuestRoom | Bilik Penginapan Murah di Lumut, Perak

    Nikmati pengalaman penginapan yang MENYERONOKKAN bagi bilik penginapan MURAH dengan nilai HEBAT bagi wang di salah satu lokasi TERATAS di Lumut, Perak

    Talian Mesra: 012-5067575 @ 018-9734575
    Laman Sesawang: http://www.nzedguestroom.com

    ReplyDelete