Homestay best di Wakaf Che Yeh

Assalamaualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ni pergi jalan-jalan di Kota Bharu, Kelantan. Disebabkan dah plan nak pergi ronda-ronda uptown Wakaf Che Yeh waktu malam, saya dan kawan-kawan sepakat nak menginap di homestay   bernama D'fara Homestay betul-betul di pekan Wakaf Che Yeh. Aura homestay ini masha Allah....sangat-sangat kuat masa baru kali pertama di pandang mata. Ecewaahh... Maka tak kasi canlah tanya-tanya homestay lain dah sebab teruja sangat terus call owner laju-laju. hahaha..



Deko moden yang simple tapi sangat kemas dan menarik sangatlah sejuk mata memandang. Haaa....tengok ni. Pandang pun dah rasa selesa. Betul tak?





Paling saya suka tentang homestay ini, owner sediakan banyak tempat lepak untuk berborak. Tak cukup katil empuk dalam bilik, meja makan dan sofa depan tv, ada lagi satu set meja berkerusi empat dan set kerusi couple kat balkoni. Tu diaaa....borak la kat mana-mana korang nak. Memang best sangat-sangat. Tak adalah nak berlonggok 1 tempat je kan? Gitu.




Bersih, kemas luas dan selesa, kan? 






Dapur pun lengkap tau. Semua ada. Nak memasak, nak membasuh semua boleh. Kiranya, kalau ada kawan-kawan yang menyampah ikut geng yang kuat shopping lama-lama tu, korang tunggu dan lepak je kat homestay ni pun dah best. Rasa lapar, turun je ke pekan Wakaf Che Yeh tu. Banyak tempat makan best hanya dengan berjalan kaki especially waktu malam yang lagi happening. Malas nak turun, korang call je Mc D. Dekat je tu ha. Haih... itu pun nak kabo...ekekke..

Ok, dah puas tengok gambar, jom tengok apa yang lagi info tentang homestay ini. D'fara Homestay ni adalah apartment 3 bilik dan 2 bilik air yang terletak di Tingkat 1, Residensi 2, Taman Iman Jaya bersebelahan dengan pasar borong Wakaf Che Yeh.


Antara kelengkapan yang disediakan :

  • 3 bilik tidur- apartment tidak menghadap matahari pagi dan petang serta tidak panas.
  • 2 bilik air- tuala, syampu mandian disediakan
  • kelengkapan dapur termasuk peti ais, dapur gas, periuk nasi elektrik, cerek elektrik, pinggan, cawan, gelas.
  • master bedroom - penghawa dingin + kipas,tandas, 1 katil saiz queen.
  • middle room - penghawa dingin, kipas, katil saiz queen.
  • small room - katil single, kipas, seterika, iron board.
  • water heater
  • hairdryer
  • air bersih dan laju


Antara Kemudahan Berdekatan :
  • Pasar Borong Wakaf Che Yeh
  • Bank Rakyat, CIMB, Bank Islam
  • Giant Superstore, Servey Mart, 7-Eleven, Watson
  • Mc Donald 24 hour, Old Town White Coffee, pelbagai restoran masakan panas
  • Petrol pam Caltex, Shell, Petronas
  • Masjid Tahfiz, Masjid Kota
  • Berdekatan kedai tudung Ariani, Jakel WCY





Jarak Lokasi Tumpuan
  • Pasar Borong Wakaf Che Yeh - 80m 
  • Giant Superstore - 3km
  • AEON Mall, Tesco, Terminal bas - 3.5km/ 8 minit 
  • KB Mall, UTC - 3.8 km/ 10 minit
  • Stadium,  Bazaar Tok Guru - 4.5km/15 minit
  • Pasar Siti Khadijah, Parkson -6km/ 15 minit
  • Menara Rehal dan Istana Jahar - 6km/ 12 minit
  • Muzium Kraftangan - 6km/ 12 minit
  • USM - 8km/ 16 minit
  • UITM Kota Bharu - 5.5 km/ 11 minit
  • Pantai Cahaya Bulan - 17km/ 25 minit
  • Politenik Kota Bharu - 21km/ 30 minit
  • Airport Sultan Ismail Petra - 15km/ 25 minit














CHECK IN : 2 PETANG
CHECK OUT : 12 TENGAHARI

HUBUNGI : 0198099685

Lokasi best, harga pun murah...memang wajib pilih D'fara Homestay ni. Haa... tunggu apa lagi? Sila whatsapp D'Fara Homestay cepat-cepat. Owner sangat baik hati dan boleh runding, tau. Saya tahulah sebab saya dah menginap kat sini. :D

0 Comments