Ya. Soalan saya kenapa susah sangat nak follow? Mesti ada yang dok fikir pasal follow blog la tu . ekeke.... Bukan saya tak puas hati orang tak follow blog saya tauuu. Jangan salah faham pulak. Tak nak kawan tak apa, datang sudi baca pun Alhamdulillah.  :)

*sekadar hiasan dari google

Kali nie saya nak kongsi mengenai forum fatwa berkenaan wanita yang saya hadiri Isnin lalu anjuran Puspanita. Banyak la perkara2 yang disampaikan kepada kami mengenai hukum ASB yang belum HALAL lagi, pemakaian botox, makanan halal dan thoyyibah, ajaran2 sesat yang wujud dan paling best mengenai hukum2 berkenaan anak-anak tidak saf taraf (anak yang lahir luar nikah).

Yang saya nak sentuh di sini, berkenaan anak tidak saf taraf. Terkejut saya bila diberitahu secara purata 83 bayi tidak saf tarah dilahirkan dalam sehari. Bersamaan setiap 17 minit, lahirlah seorang anak tidak saf taraf di Malaysia ini. Darab la setahun jadi berapa. Scary betul. Apa nak jadi dengan negara Islam yang satu nie tak tahulah.

Sebagai seorang ibu, saya juga bimbang dengan gejala ini dan saya sangat tidak faham dengan ibu bapa yang tak kisah tentang kehidupan sosial anak mereka. Konon2 nak jadi ibubapa sporting (saya jumpa banyak blog remaja yang bercerita tidur & lepak kat rumah bf atau gf diorang. Termasuk la yang mengaku dah takde dara tu sebagai contoh). Kalau tak sporting, tak moden. Tak urban. Bila dah terlanjur, mulalah salahkan pihak lain. Malah salahkan Tuhan. Astaghfirullaahal a'zim...

Jadi, susah sangat ke nak follow? Follow arah hidup yang sepatutnya kita lalui. Follow apa yang telah ditetapkan oleh undang2 dan syariah. Kalau bersungguh, InsyaAllah, tidak ada ada gejala lahirkan anak saf taraf sampai beratus ribu setahun ini. Itu yang direkodkan. Belum campur lagi yang dibuang, digugurkan atau dirahsiakan. Dahsyat,kan?
 
Ok. Tak nak tulis panjang-panjang nanti merapu meraban saya sorang2.hehe.. Entah ada orang baca ke tak nie tak tahulah. Main point saya, nak bagitahulah ASB tu belum halal lagi dan awasilah kehidupan sosial anak-anak dan adik-adik kita supaya tidak menyumbang ke arah peningkatan statistik gejala sosial negara kita ini. Lagi sekali, susah ke nak jadi seorang yang mengikut peraturan? Susah ke?