Ke hadapan Encik Nuffnang tersayang,

        Saya sangat bersedih hati kerana tidak pernah mendapat BE seperti yang selalu dicanang2 oleh rakan-rakan blogger lain. Mereka sering bercerita tentang jumlah BE yang mereka dapat, jumlah rm yang mereka tunaikan, nak guna duit BE beli itu ini dan macam-macam cerita lagi. Jadinya saya berasa agak terkilan dengan ketidakhadiran BE dalam akaun Nuffnang saya. Lainlah kalau saya tak meletakkan ruang ads untuk Encik Nuffnang itu. Maka tiadalah wujud perasaan yang tak best itu.
        
        Encik Nuffnang janganlah rasa saya cemburukan blogger2 lain. Mereka kawan-kawan saya juga. Sebagai kawan-kawan, saya juga tumpang gembira dengan bertambahnya rezeki mereka. Tambah-tambah lagi di bulan Ramadhan ini. Tak baik jeles2, ye dak? Tapi dah alang-alang blog saya jadi agak berat dengan kehadiran iklan2 Encik Nuffnang itu, teringin la jugak macam kawan-kawan lain. Satu BE pun jadi la buat penyejuk rasa dan bersetaraf dgn blogger lain. Takde la rasa kecik hati sampai tulis surat panjang begini. huhu...

        Ingin juga saya bertanyakan beberapa soalan. Adakah cerita-cerita di blog saya tak best dibaca? Adakah kerana saya tidak meletakkan gambar saya posing bajet cun buat muncung itik menjadikan saya tak layak? Adakah sebab saya tak fashionista, tak trendy lilit2 shawl ala nak ke toilet blog saya tidak menjadi pilihan di hati? Tak stylo langsung bloggernya pun. Adakah? Apakah?

        Banyak sungguh persoalan melanda. Sehinggalah pagi tadi selepas bersahur sambil menunggu solat Subuh, terasa nak menjenguk akaun nuffnang. Waahhh....terkesima saya!


Dapat 4 sekali? Tersangatlah gembira diri ini hingga tak terkata melainkan hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Nuffnang. Walau pun begitu lama sekali untuk berasa gembira seperti blogger lain, akhirnya Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak ya Encik Nuffnang. Sekian, terima kasih.

p/s: kategori bodekkah ini? ekeke...