Jalan-jalan cari makan di Kota Bharu

Alkisahnya....dah bertahun-tahun tak ke Kelantan. Last sekali pada tahun 2007. Lama sangat-sangat, kan? Di blog ini belum ada kisah di Kelantan walau banyak kali dah pergi ke Kelantan. Almaklumlah, blog tak wujud lagi zaman saya belajar. huhu. Hujung tahun 2019, jumpa tiket murah ke Kota Bharu. Apalagi, ajak la kawan-kawan pergi jalan-jalan cari makan di Kota Bharu. 

#ahli rombongan yang terlibat.



Ambil keputusan stay kat homestay di Wakaf Che Yeh dan menyewa kereta adalah amat bijak sebab homestaynya sudahlah best sebab cukup segala kelengkapan, kereta sewa pulak dapat yang best juga sebab baru berusia 2 minggu. Rumah baru dan kereta baru. Wah wah wahhh... memang asyik sangat le kan? hahaha..

Air asia menerbangkan kami ke Kota Bharu. Tapi delay sejam. Tak apa, mocik masih puas hati sebab harga lagi murah berbanding tiket bas. hahaha...gitu. Kami sampai awal lebih kurang pukul 8 pagi macam tu. Waktu wajib bersarapan orang kata, maka jom cari tempat bersarapan. Destinasi jalan-jalan cari makan yang pertama mestilah Kopitiam Kita yang femes sangat dengan roti titab tu. Ater...nama femes macam mana rupanya roti titab tu?



Haaa...inilah dia rupa roti titab itu. Rupa2nya kaya dan telur yang diletakkan di atas roti, tuan puan. Sama je yang saya selalu order kat kedai mamak. Nama memainkan peranan, u olsss. I ols dulu malu nak letakkan nama kat blog. Tu yang jadi url tu namanya sayanakcerita. Kes malu punya pasal le tu. Sudahnya, agak payah nak brandingkan nama sendiri. Agak terasa kesal di situ. huhu..


Suasana di Kopitiam Kita pada waktu pagi adalah sangat ramai. Bukan setakat yang datang ni berkereta, malah rombongan2 yang naik bas. 


Menu pula bukan setakat roti titab dan kawan-kawannya, malah pelbagai menu dan kuih muih pantai timur turut tersedia. Saya dengan tujuan jalan-jaln cari makan, macam-macam saya ambil kerana ingin mencuba menu sajian di Kopitiam Kita ni.



Roti titab yang saya order macam inilah rupanya tuan puan. Lepas tu saya ada ambil nasi berlauk, satay dan kuih muih.

Kopitiam Kita tempat bersarapan yang wajib disinggah jika ke Kota Bharu. Meriah, servis yang cepat dan pelbagai menu pilihan memang bestlah nak bagitahu. Jangan lupa singgah, tau.

Siap sarapan, kami pun bergerak ke homestay di Wakaf Che Yeh. Lepas letak beg je terus mulakan ronda-ronda ke Pengkalan Kubor. Lamanya tak datang ke Pengkalan Kubor. Keadaaan masih lebih kurang sama tapi tak seramai orang masa kali terakhir saya ke sana. Jualannya masih barang-barang yang sama iaitu baju dan peralatan dapur yang saya rasa harganya sama saja. Mungkin yang special sikit adalah produk dari Thailand yang kita tahu nilai baht dah lagi tinggi berbanding ringgit tidak memungkinkan lagi kita shopping macam mak-mak kita shopping kalau ke sini seperti dulu2. Tapi bolehlah beli sikit2. Barulah kata kita ni pergi ke Kelantan. hihi...



Lepas ke Pengkalan Kubor, Ingat nak pergi ke Rantau Panjang, tapi tak kesampaian disebabkan jarak yang terlalu jauh pulak kami rasa. Kami patah balik menghala ke Kota Bharu. Sampai sesat2 kami ni keluar masuk kampung di Kota Bharu mencari jalan pulang ke homestay. hahaha... google maps tak berapa terel di Kota Bharu nampaknya. Sampai homestay, tersangatlah best homestaynya pun. Solat, mandi dan rehat-rehat rasa malas nak keluar dibuatnya. Tapi mana boleh, homestay kami dekat sangat dengan Wakaf Che Yeh yang sangat happening di waktu malam. Jalan kaki je ke pasar malam Wakaf Che Yeh.

Makanya malam itu kami dinner di Wakaf Che Yeh saja. Mestilah makan makanan Thai.

#suasana malam di Wakaf Che Yeh yang meriah. Lets shopping!!!

Pagi esoknya, awal-awal pagi dah keluar mencari sarapan kuih muih tradisional negeri Kelantan. Mestilah ke Pasar Siti Khadijah. Dah sibuk nak cari kuih muih dan keropok katanya.



Ini rupanya nasi kerabu di Pasar Siti Khadijah. Agak misteri di situ disebabkan tiada keropok di dalam set nasi kerabu ni. Padahal di situ, sekelilingnya adalah pusat jualan keropok. hahaha... tapi tak mengapa, kulayankan saja. Enak juga.


Ini dia kuih muihnya. Taik itik, bunga tanjung, jala emas dan lain-lain. Saya jamah sikit-sikit saja nak rasa sebab kurang gemar kuih muih terlalu manis. Dah kata nak jalan-jalan cari makan, wajiblah cuba mana yang termampu.


Lepas sarapan, jom menapak sekitar Kota Bharu. Maka fefeeling tourist la kejap.  Pergi ke muzium2 dan Kampung Kraftangan semua tempat tu la.

#buah-buahan kalau jumpa, wajib beli. 


#macam tak sah ke Kota Bharu kalau tak singgah di sini. 


Destinasi terakhir di Kota Bharu sebelum lunch. Memang bersebelahan je pun Restoran Nasi lam Cikgu ni dengan Kampung Kraftangan.


Wajib juga singgah lunch di sini sebab harganya sangatlah mengejutkan. Makan berdua hanya RM9. Sila percaya. huhu...


Makan sedap, harga murah. Itulah yang kita semua mahu. Betul tak? Ini sangat-sangat saya rekomen.

#muka puas hati semua orang. hihi...


Ini homestay kami di wakaf Che Yeh. Sangat mudah berurusan dengan ownernya. Saya rekomen sangat-sangat homestay ni sebab lokasi, harga, keselesaan dan keramahan pemiliknya. Nama homestay ni Dfara Homestay Wakaf Che Yeh. Sila hubungi Puan Azza 0198099685.



Walau trip ni sekejap sangat, tapi semua enjoy dan puas hati. Nanti jumpa tiket murah, boleh fly lagi ke Kota Bharu.


0 Comments