Doa di ulangtahun Perkahwinan ke 9


Kepada suamiku,
Isterimu ini belum lagi sempurna buatmu seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah dan isteri-isteri Rasulullah SAW serta para sahabat.

Belum punya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi suka duka alam perkahwinan. Lantaran itu, kata-kata yang mengguris perasaan  selalu terluah dek tak tertahan dugaan yang kadangkala datang menjengah. Ampunkanlah isterimu ini wahai suamiku. Kerana gentar juga diri ini andai tak tercium bau syurga. T_T

Wahai suamiku..
Di hari ulangtahun perkahwinan yang ke 9 ini, ingin isterimu ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaranmu, kasih sayangmu dan segala-galanya selama ini. Semoga ianya berkekalan selagi hayat dikandung badan. Tiada hadiah mewah untukmu. Hanya doa yang dititipkan... Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan kita.

Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amiin…


17 Comments

  1. epi anniversary both of u... =)

    ReplyDelete
  2. amin~

    HAPPY ANNIVERSARY!!semoga berkekalan dan berbahagia hingga akhir hayat...

    ReplyDelete
  3. tahniah...smoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit piut...

    ReplyDelete
  4. Happy Anniversary Kak Cho. Semoga terus bahagia bersama suami tercinta di dunia & akhirat.. AMIN!!!

    ReplyDelete
  5. selamat ulangtahun...

    coretan si isteri buat hati ini tersentuh pulak, apa jua dugaan yang datang hadapilah bersama2...

    ReplyDelete
  6. Amin~

    happy anniversary akak.

    ReplyDelete
  7. amin...

    selamat hari ulang tahun perkahwinan..semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  8. Happy anniversary...semoga kekal bahagia hingga akhir hayat :-)

    ReplyDelete
  9. happy anniversary kak :D

    ReplyDelete
  10. hepy anniversary... semoga berbahgia selama-lamanya.... :)

    ReplyDelete
  11. ijin share mbk, buat suami q

    ReplyDelete
  12. Saudari Yana Halim: minta izin share doa ini untuk ulangtahun ke-9 isteri tercinta:)

    ReplyDelete