Assalamualaikum...bismillah...
Petang semalam semasa menonton drama Setia Hujung Nyawa..... si Amsyar tiba-tiba bersuara.
"Tak suke Amsyar. Drama tv sikit-sikit masuk wad, sikit-sikit sakit. Tak suke!" si Amsyar.
Walaahhh....kemain tegas beliau menyatakan pendapatnya.
Terkejut gak saya dibuatnya sebab tiba-tiba je keluar komen begitu.
Tapi disebabkan dia memang seorang pemerhati yang baik, saya sengih aje la.
Lepas tu saya pun explain kat dia..
"Cerita-cerita drama memang macam tu. Tambah-tambah kalau ambil dari cerita novel. Nak bagi pembaca seronok baca, mestilah ada elemen suka-duka kehidupan. kejap benci kejap sayang. Kejap bahagia, kejap derita. Barulah best. Takde lah cerita tu mendatar je takde konflik-konflik tak pun macam drama bebudak kat channel Ceria yg Amsyar selalu tengok tu."
"Amsyar tak suka la sikit-sikit sakit tu. Balik-balik kat hospital." Si Amsyar.
Hahaha..... memang lawak komen budak umur 8 tahun ni.
Saya seumur dia, tak terfikir langsung nak komen adegan-adegan dalam drama.
Hari tu semasa dia membawakan novel untuk dipinjam daripada jiran saya, dia boleh turun balik dari tingkat atas semata-mata bertanyakan soalan pada jiran saya tentang nama pemilik novel yang dirasakan pelik, tak seperti nama jiran saya tu. Detail tak dia? hahaha....
Ok. Sekarang ni sawan novel dah kembali.
Drama pun banyak yang ambil cerita novel yang ternyata lebih membuai perasaan kekdahnya.
#sebahagian novel yang masih dalam pembacaan di rumah.
Itu belum lagi yang bersusun di kepala katil.
Kemain tamak nak baca semua.
Nanti saya review mana-mana novel yang best.
Sekarang ni tengah membaca Maaf Jika Aku Tak Sempurna karya Acik Lana.
Memang best sangat penyampaian cerita tu.
Rasa tak nak tertinggal satu ayat pun.
Sesetengah novel tu saya main langkau-langkau je. hehe....
Ok. Sesiapa hantu novel juga, bagitahulah novel-novel yang best.
Dengar-dengar cerita, Karangkraf ada buat pesta buku kat Seksyen 15 mulai hari ni sampai Ahad.
Banyak novel murah-murah, apa lagi ....rembatlah. :)
35 Comments
perghhhhhhhhh..adam hawa new version tu..eca ada yg lama je kak...tgk kt popular ari tu,xde yg cover baru..semua cover lama...eca suka penulisan siti rosmizah...menusuk dikalbu~ :D
ReplyDeletene kalau nak jual,roger2 la yer..hehehe :)
semuanya hanyalah pinjaman semata-mata. habih tu nak jual camno? hahaha.....
Deletesaya pon suka novel gak :)
ReplyDeletehigh 5!
Deletesy suka tulisan fauziah ashaari..
ReplyDeleteombak rindu? hehe.... sy pulak x kisahkan author dia. Yg penting jalan cerita dan penyampaian. Tapi dah minat membaca, redah je la. hehe...
Deletenovel M.A.I.D best jugakkk... :)
ReplyDeleteakak, maaf jika aku tak sempurna tu berkisahkan apa..?
cinta eh...?
bukan apa, bulan ni nur baru habiskan 2 buah novel...
agak terbawa2 rasanya..jiwa lah sedang kacau..
tu yg rasa malas nak baca novel cintun..huhuh
ala, citer kawen paksa la apa lagi? kah kah kah....
Deletetp akak suka betul cara penyampaian Acik Lana. Serius rasa real.....
sedih tak...?heeeeeeee
DeleteTak le sedih sgt. Adegan gaduh2 yg best. hehe...
Deletesuamiku encik perfect 10 best!hehe kalau dah jumpa novel sanggup tak makan..:)
ReplyDeleteSuamiku encik perfect 10? harus cari...hehe
Deletewahhhhh bestnya... sukanye tngok novel banyak2...: cHocolatemoisT
ReplyDeletetengah musim ni. Layan je la.. :)
Deleteaku rasa macam nak curi jer novel2 tu kak..hehehe
ReplyDeletepasal novel ni, aku susah nak mula baca..tapi bila dah mula, aku susah nak berenti..:D
jgn curi wehhh....akak pun main pinjam je ni haa... kikiki...
Deletemmg payah nak berenti kalau dah mula...kadang2 boleh stay up 2 3 pagi dibuatnya. :D
nak mintak review 'panggil aku najihah' tu boleh??
ReplyDeletesebab tajuk mcm berkenan :)
Novel tu belum baca lagi. Nanti saya review utk cik rapunzeel comey... :)
Deletewa...sronok nye bile nampak byk novel..huhu
ReplyDeletetula..musim adaptasi novel ke tv..xpasal2 kte pun kene sawan novel..hehe
terjangkit le ni. Tu yg blog pun terabai je. Main tepek gambo tenyeh caption je. hahaha...
Deleteakak kalau dah ngadap novel...dunia sekeliling mcm tak wujud..hanyut dalam penghayatan..cewahhh..
ReplyDeleteecewaahhhh.....nnti pi Kulim, nak tengok koleksi akak pulak. Yg kat atas nun ada gak yg pinjam dari org Kulim. Perghhhh.....punyalah jauh bebeno meminjam novel. hahaha...
Deletenak pinjam.... :D:D
ReplyDeletebolehhh.....
Delete" saya seumur dia, tak terfikir langsung nak komen tentang adegan-adegan dalam drama"
ReplyDeletehehehe.. ko mana ingat.. ader je tu.. ko jer yang tak ingat kekekekekke...
banyak novel yana.. aku pun tus rasa nak baca novel hehehe..
* eh.. rasa2 dah berkurun aku tak ke sini...
ok. aku x ingat kot. hahaha..
Deletemmg dah lama x nmpk ko. pergi beraya ke mana? kikiki...
Banyaknye :)
ReplyDeleteini tamak pinjam novel namanya. hahaha...
Deletenak pinjam bolehhh??? hehehe
ReplyDeleteboleh aje... :)
Deletezz hntu novel.. tpi zz kurg sikit la kalau drama adaptasi dr novel.. x berapa nk minat.. huhu
ReplyDeletekat tv tu feelingnya x sama layan novel, kan? :)
Deletepeminat novel ekk?
ReplyDeleteJejalan sini..kindly follow back.. :)
ReplyDeletebanyak novel..sy pun kaki novel...
ReplyDeleteSiggah Sini Ya - Terima Kasih |
Collagen Powder | ESP – Soy Protein Isolate Powder | GLA Complex | Omega Guard | Vita-E Complex | B-Complex | Vita-Lea | Alfalfa Complex | OsteMatrix | VIVIX | Vita-Lea for Children | Chewable Vita-C 100mg | Zinc Complex | Lecithin | Nutriferon | Meal Shakes | Herb-Lax | Cinch Shake Mix | DTX Complex | Sustained Released Vita-C 500mg | Performance Maximum (Pure Hydration Drink) | Garlic Complex | Advanced Joint Health Tablet | Peppermint Ginger Plus | Cinch Energy Tea Mix | Caratomax | Herbal Blend Multi-Purpose Cream |