Hari ini balik kerja lambat sikit sebab ada Minggu Kualiti kat tempat kerja. Ada macam-macam ceramah. Punya ramai yang dijemput bercakap hari nie. Salah seorangnya penceramah kat TV 9 & Alhijrah. Heliza Helmi pun datang, tau. Dapat la tengok muka comel Heliza dekat-dekat tadi. Memang comel... :p
Bila dah balik lambat dan ada pasar tani pulak hari ni, saya buat keputusan beli saja makanan untuk dinner malam nie. Nak masak dah tak sempat sebab encik hubby tak keluarkan ayam dari fridge sebelum dia keluar. Nak menyahbekukan ayam mesti la makan masa, ye tak? Nak kejar drama Soffiya pun ya jugak. (ini kes terjebak,tauu...) hehe.
Kat pasar tani tu ada satu gerai jual jagung rebus & jagung bakar. Saya memang suka makan jagung rebus. Jadinya saya merupakan pelanggan tetap gerai nie sejak harganya RM1.10 setongkol. Naik seposen demi seposen sampai la kali terakhir RM1.50. Tidak mengapalah. Kerana kasih kuturutkan jua keinginan hati ini. Tadi, harganya naik lagi. Tambah lagi 30sen jadi RM1.80 setongkol. Tak mengapalah. Harga barang makin lama makin naik. Bukan jagung je. Redho.
Sampai je rumah, makan jagung dulu. Ada rasa masam. Berbau pulak tu. BASI??? Adoiiii......sakit hati saya. Harga yang dijual dah la mahal. Menipu pulak tu. Entah bila punya jagung rebus tu gamaknya. Sampai hati diorang. Dah la jual kat pasar tani je pun. Bukannya sewa booth mahal2 kat shopping complex.
Kalau jual jagung jenis kat gambar nie tak apa la jugak kalau nak jual mahal. Memang jagung jenis nie berkualiti tinggi. Tapi yang saya beli tadi tu jagung manis yang biasa je. Sabo je la...
17 Comments
wahhhh...jangung bakar sapu mentega letak garam sedikit, gula sedikit...perghhhhh...terbaik
ReplyDeleteaaa..nak jagung~
ReplyDeletehisss x patut btul peniaga tu. haram!
ReplyDeletepegi kat peniaga tu cakap, saya nak balik duet saya!
ReplyDeletetak baiknya pekedai camtu... kesianya, msti kempunan. sya pun suka jagung rebusss
ReplyDeletejagung basi? errrr tak baek nya laa
ReplyDelete~saya pun suka jagung rebus..
ReplyDeletetak patut la buat orang cam tue..
yanty pon penah terkena...hampa jerk bile sampai umah....frust tak dapat mkn...
ReplyDeletekesiannya akak.. g report kat org yang jual jagung ni... x patut betul...
ReplyDeletex patut la jual benda makan basi... berniaga nak untung aja...
ReplyDeletesbnrnya jagung tu pakai perisa baru...tu yang rasa camtuh tu...hahahaha
ReplyDeletekrg ajr kan jual yg basi!
ReplyDeletejagung itu basi mungkin kerna mungkin jagungnya sudah disimpan for almost a few days. memanglah basi klo dia buat macam tu. :O
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletebest aa dapat jumpa artis..
aduh kesiannya.. dah lah mahal, basi plak tu... semoga Allah akan membalas peniaga2 yang kenakan pelanggan macam tu...
ReplyDeletesalam kunjung mengunjung.. ada masa jenguk2 lah blog Gen2Merah ye.. salam persahabatan.. (",)
nasib laa badan kak oi basi pula si jangung hish,meh jalan2 kat klantan kak satu pasar kadhijah saya blanja hehhehehehehehehehehe
ReplyDeleteLau sy akk kan.. Sy bawak jgung tu sy katok pale peniaga tu! Kuangjo!
ReplyDelete