Ceritanya macam ni. Dulu-dulu sebelum wujudnya blog ni, saya suka layan drama/ movie korea dan Jepun. Ada cerita baru je layan, cerita baru muncul je sibuk nak tengok. Kiranya masa tu saya lebih kenal artis korea dari artis Malaysia. Maklum la, masa tu belum jumpa blog beautifulnara lagi. Blog tu pun tak wujud lagi gamaknya. Sampailah drama Boys Over Flower. Awal tahun 2009 masa tu saya layan kat Mysoju. Tak hot pun lagi drama tu sebab belum masuk tv. Weh...tetibe minat kat watak Ji Hoo. Google la pasal mamat ni. Terjumpa pulak pasal dia dengan Hwang Bo. Wah terus jatuh cintalah kat diorang.

Pastu jumpa pulak blog sahabat saya yang sama-sama minat dengan Kim Hyun Joong dan Hwang Bo Hye Jung. Dia buat blog tentang Joongboer Malaysia iaitu peminat Kim Hyun Joong dan Hwang Bo. Diorang ni couple dalam program MBC We Got Married. Wah, hepi giler sebab jumpa geng minat perkara yang sama. Habis tu, orang sekeliling saya mana nak layan korea2 ni masa tu. Terpaksalah google sana sini cari kisah We Got Married dan Joongbo Couple.

Bila dah jumpa blog tu, kami bersembang pasal couple nie siap masuk kelab Joongboer yang international lagi. Jenuh nak communicate English masa tu. Ye lah, dah sembang dengan orang Mexico, Taiwan, US bagai...takkan nak cakap melayu kot. Yang pastinya kami masa tu suka spazz pasal couple ni dan harap diorang akan kawen betul-betul. Macam2 coincident kami cari yang nak pastikan diorang nie betul-betul bercinta. Maklumlah, Hwang Bo lebih tua 6 tahun dari Kim hyun Joong. Mestilah banyak halangan terutama Triple S (kelab peminat SS501). Kat Korea, diorang nih fanatik dengan idol diorang. Takkan nak buat terang-terangan, ye tak?


Hwang Bo yang gojes dan berperibadi menarik. Kim Hyun Joong yang 4D pemikirannya. Sweet sangat korang nih.


Ketika diterumah ramah dalam studio. Ecewaahhh.....malu-malu la pulak.


Gambar-gambar kawen diorang. Lawa.

Alolo....cute and sweet...


Ternyata diorang sangat hepi bersama.


Jalan-jalan di Tokyo. Masa nie Hwang Bo lawat Hyun Joong kat Tokyo secara mengejut.


Diorang jemput Wonder Girls datang rumah. Hwang Bo yang terer masak menjamu diorang. Masa nie kalau u olls tengok, dari mata diorang tu boleh nampak diorang sangat tertarik antara satu sama lain. Seronok sangat masa episod yang ni tengok betapa serasinya diorang sebagai suami isteri.


Part sedih yang tidak dapat dilupakan. Kim Hyun Joong ditawar watak Ji Hoo dalam drama Boys Over Flower. Dia berkeras taknak tinggalkan We Got Married tapi schedule ketat sangat. So, dia terpaksa tinggalkan We Got Married demi drama Boys Over Flower. Kena la ikut cakap company, ye dak? Terus saya benci dengan drama Boys Over Flower tu. Menjadi pemutus kasih sayang Joongbo je. Huhu...

Awal tahun lepas, citer tu masuk 8tv. Kakak saya siap pomot lagi kata ada citer drama Korea best kat tv. Citer apa? Boys Over Flower kata kakak saya. Cettt.... Lagi pun dlm drama tu Hyun Joong dah kurus sangat. Dia pun kata dia tak suka watak Jandi tu. ekeke...(puas hati saya).

Kalau ingat balik, kelako pun ada...udah la English lintang pukang. Rajin pulak pi komen fanfic orang dan menyebok kat forum2.  ekeke.....  Tapi masa tu rasa macam bagus jugak join group tu. Diorang semua terer English, pastu siap terer Korean jugak. Saya je yang ketinggalan. Tapi tak kira, dah minat tu turutkan saja. Sampai tengah peknenkan Qisya pun sanggup pi gedering kat Melaka jumpa geng Joongboer tu. Naik komuter sampai Seremban lagi. Hehe..

Kami gedering kat Seoul Garden Mahkota Parade masa tu. Dah namanya peminat Korea, makan pun haruslah ala2 Korean jugak. Kalau nak tahu, Bulgogi adalah paling sedap. Cubalah. Tapi, gambar-gambarnya tiadalah pulak nak letak kat sini. Cukuplah saya memberitahu, insan-insan yang saya temui di internet, hebat-hebat belaka. Eh, siap jumpa jodoh, tau... LOL...

Salah seorang geng Joongboer tu dah macam adik saya. Kami banyak persamaan cuma dia lebih pendiam. Dan sekarang kerjanya kena bercakap dengan orang sebab duduk kat unit Customer Service katanya. Bagus. Akak suka, tau. Dia peminat manga. Bukan buah mangga,tau. Tapi komik Jepun yang drawing kartunnya mata beso, hidung kecik dan serba-serbi runcing tu. Tau, kan? 

Sebab dia, saya pun terjebak baca komik manga yang bertajuk Vampire Knight. Best cerita tu tapi sebab panjang sangat, saya baca tak habis. Selepas dua tahun berlalu, saya terjumpa lagu sound track Vampire Knight. Wah....dah kuar kat tv rupanya cerita tu. Tak tahu la pulak. huhu..

Nak tahu siapa pemain cello untuk lagu sound track tu?

Kanon Wakeshima


Comel tak?


Menyanyi boleh, main cello pun terer jugak.

Silalah google lagu Still Doll yang dijadikan soundtrack Vampire Knight tu. Best, tau. :)