Hoho....mood masak-masak untuk menjamu sudah mari.
Sebenarnya nak buat minggu lepas ayam grill tu sempena warming house adik ipar.
tapi disebabkan ada agenda majlis yang kami terlepas pandang, terpaksalah cancel.
adalah kelakar pulak time orang baca Yassin saya sorang-sorang menggrill di dapur. hehe.
So, tunda minggu ini.

Nak masak cara grill, kenalah beli grill pan.
dalam pan biasa, ia bukanlah grill namanya. tak gitu?

#Grill pan kesayangan saya. Mudah betul kerja memasak dan tak melekat. Tapi sila bersihkan dengan hanya menggunakan span lembut.


#ayam grill, brown sauce dan coleslow beserta puding roti.

Resepi ayam grill ikut dan je, dan tiada sukatan:

marinate je ayam dengan garam, butter dan mixed herb secukup rasa.
grill sampai masak. (masa ni saya grill 2 ekor ayam)
kalau suka, grill la beberapa biji kentang dan tomato ceri.

Coleslow:
setengah biji kobis dan sebiji karot (potong halus)
tambah mayonis dan garam secukup rasa pada sayur tadi
tabur sedikit lada sulah jika suka.
nak tambah lemak pada rasa, letak sedikit susu sejat.

Brown/black pepper sauce:
ikut suka korang le. Dah banyak yang segera. hehe..


#puding roti dibakar pada suhu 160darjah selama 30 minit. Panaskan dulu oven selama 10 minit.


Resepi Puding Roti:

10 keping roti (ikut suka nak guna roti jenis apa)
6 biji telur
1 liter susu segar (nak sedap guna full cream dan ganti sebahagian susu dgn whipping cream)
1 sudu esen vanilla
secawan gula
butter secukupnya untuk sapu dasar kaserol
kismis dan serbuk kayu manis secukupnya

Cara-cara:
Sapu dasar kaserol dengan butter.
Susun roti dalam kaserol.
Tuang bancuhan telur, esen vanila, gula dan susu yg telah diblend ke dalam kaserol tadi.
Biarkan kembang, lepas tu taburlah kismis dan serbuk kayu manis.
Bakar.

Cara membuat kuah puding roti:
Didihkan seliter susu full krim dan masukkan tepung jagung/kastad mengikut likat.
Tambah gula secukup rasa dan sesudu teh esen vanilla atau emulco coklat.
Sejukkan.

#agak kurang seni deko di situ. LOL...


#okehhh.....jemput makan semua......

Rasa macam berkat pula jamuan kali ini sebab semua ahli keluarga berkumpul. 
Siap ada tetamu datang tu. 
Alhamdulillah adik-adik suka makan. 
Abah pun suggest suruh buat lagi.
*huahuahua...