Wooha!
tajuk seperti biasa. tiada idea. hik hik.
tapi betullah.
nak cerita pasal puding roti ni.
jangan sesekali memain dengan resepi dia.
nampak mudah dan simple tapi boleh jadi tak menjadi.
tak percaya tengok nie.
#kemain lagi kembang sampai nak mencecah bumbung. Kami yang menengoknya pun naik risau kot-kot bancuhan melimpah keluar.
Gambar di atas nie percubaan ibu mertua saya yang kali kedua.
first time dia buat menjadi.
yang kedua nie saya nak tepek gambarnya pun rasa tak sampai hati.
rentung, okeh.
angkara masak berulangkali sebab bahagian bawahnya tak masak-masak.
berair di bahagian bawah puding.
semua pakat musykil pasal apa jadi macam tu.
mak kata sebab telurnya kot.
tak tahulah.
sesiapa pakar silalah bagitau ye.
mungkin takde rezeki masa tu nak makan puding lembut sesedap rasa.
last-last mak mertua saya kata ia mungkin sebab kekhilafan diri.
kena muhasabah balik.
*take note.
So semalam, saya cuti dan mengenangkan masih ada bahan-bahan membuat puding roti di fridge, saya pun membakar lagi puding roti saya.
dengan poyonya nak bagitahu sebagai perasmian mangkuk pyrex baru saya. hahaha..
#mangkuk nie hanya muat untuk 8 keping roti. Just nice gitu.
#orang tak sempat-sempat nak makan dah sampai potong guna sudu je. Sungguh takde seni deco makanan kekdahnya.
#dekat sikit lagi. Kuah kali ini agak terpekat sikit.
#yeeha! selamat masuk perut dah. Alhamdulillah.....akhirnya dapat makan puding roti yang lembut berkrim sepuas hati.... :p
Disebabkan kali ini saya membuat bancuhan untuk 8 keping roti, resepinya diubah sedikit ye..
8 keping roti butterscotch
1 cawan whipping cream
2 1/2 cawan susu segar full cream
3/4 cawan gula
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu butter
serbuk kayu manis dan kismis secukupnya
cara-cara:
1). sapu dasar kaserol dengan butter rata-rata dan susun roti.
2). blend sahaja semua bahan tadi dan tuangkan ke atas roti.
3). biarkan roti kembang selama sejam.
4). panaskan oven selama 10 minit.
5). taburkan kismis dan serbuk kayu manis.
6). bakar puding roti selama 30 minit pada suhu 160 darjah
Kuahnya:
1) didihkan 3 cawan susu segar.
2) masukkan gula ikut suka.
3) masukkan sedikit bancuhan tepung jagung/kastad mengikut likat kesukaan.
4) sejukkan.
Nak lagi sedap, sejukkan dulu dalam peti ais.
lembut-lembut creamy sangat yummy....
10 Comments
mmg..cam gitu..kekadang kalau terlebih teruja mesti tak jadi...hahahaah..mintak copy resepi kot menjadi...
ReplyDeleteizan.... teruja lebih? boleh jadi jugak tu...ekeke... amik je la resepi nih. Paling simple kot.. :)
ReplyDeletepernah juga buat puding roti, nur masukkan buah laici, sedap juga..hehehe
ReplyDeleteskarang ni lama tak buat, sebab ape nur jarang buat, sebab kena bakar pakai oven, nur bab2 nak mebakar ni lemah sikit kak..!
takut terhangit la, tak masak la..maka, lebih suka buat makanan yg kena kukus..sbb kompom xhangittt..! hahaha
cik nur.... kukus2 pun best jugak. Sekarang nih tgh ada mood bako2. tu yg buat resepi bako2 je Tgh rajin kekdahnya...hehe
ReplyDeletehuargh! lapar >.< penah buat sekali puding roti. dgn tak penah buatnya, alhamdulillah la jadi. :)
ReplyDeletekak.. nak!!! mai la nak rasa.. hehehe.. bile la nak bikin sendiri ni.. oven lame tak guna.. M beso sgt..
ReplyDeletetahniah...anda berjaya membuat saya terliur...hahahaha
ReplyDeletehahaha.. add je le.. tak ada tulis 'no entry' pun.hahaha
ReplyDeleteyana,akak lbh suka mengukus dari membakar puding roti..rasanya lbh lembut...
ReplyDeletehee...nampak sedap betul puding roti ni..hee~
ReplyDelete