Sila jangan percaya tajuk entri yang melampo kemain tu.
saya nak cerita pasal Ais Krim Goyang Malaysia.
takde kena mengena langsung dengan goyang gerudi Inul si penyanyi dangdut tu.
ais krim mana boleh bergoyang dangdut, wehh...
LOL...

hari tu, masa saya khusyuk menunggu burger bakar Kaw Kaw saya siap,
saya ternampak satu booth ni.
ada banner tulis ais krim goyang kat situ.
saya pun pergi dekat booth tu terus usha-usha kerana kejakunan.
mende apakah di atas meja itu.
kata jual ais krim, tapi tak nampak pulak peti ais krim yang 4 segi tu.
yang saya nampak dari jauh, macam periuk kukus jual pau je.

haishhh....ini sesuatu yang baru.
harus temuramah ni.
maka saya pun terus la bertanyakan itu ini kepada penjual.
seperti biasa, ala2 orang yang macam nak buka bisnes ais krim le jugak, kan? :p


#Encik Azhar yang ditemuramah malam itu.

Dah datang dekat, baru dia buka penutup bekas tu.
terus terkagum dengan penerangan dia tentang cara macam mana bekas ini berfungsi.
hoh. excited melampau mokcik weh...
selama hari nie, tahu peti ais je yang boleh buat ais krim.
ada teknologi lain rupanya. huhu..


#acuan ais krim yang sudah dicucukkan lidi.

bekas ini saya rasa sungguh magik.
letak air 2 botol mineral , 7 kilo garam dan ais batu.
lepas tu, masukkan air yang nak dijadikan ais krim dalam ke kelongsong2 besi tu.
tutup, lepas tu goyang-goyangkan bekas tu sampai airnya dah beku separuh.
lepas tu cucuk lidi dalam ais krim tadi.
tutup balik dan goyang-goyang sikit lagi bekas tu.
tak sampai 10 minit, ais krim pun siap!
sempoi betul...teruja betul saya.


#inilah rupa aiskrim goyang tu.

Orang sebelah utara dah  biasa tengok kot.
menurut Encik Azhar, bekas buat ais krim nie beliau beli di Thailand.
tapi ini betul-betul kali pertama saya nampak di Lembah Klang.
sebatang harga RM1 ye kenkawan.
ok tak?
bila diberitahu kos modalnya.....
hoh....masyuuukkkk..
ini yang buat saya pun nak bukak booth jual ais krim nih...
(mokcik sorang nih tengah gile nak berniaga. abaikan dia ye...kikiki)

Encik Azhar telah bagi saya dan anak-anak mencuba ais krimnya.
saya nak bayar tapi dia taknak terima.
bukan sebab mengendeng, ye u olls.
sebab jakun terlampau le tu. hahaha....