Qisya demam.
dan saya pun rasa nak demam sekali dengan dia.
boleh MC esok....hehe.
semasa entri ni ditulis, dia tengah gagahkan diri makan ubat sendiri.
setahun 10 bulan dah boleh makan ubat sendiri.
abangnya dulu sampai 4 orang pegang kalau time makan ubat.
jenuh dibuatnya.

ini dia minum sendiri dari bekas kecil ubat tu.
respek mama dengan anak mama sorang ni.
lebih berani.
lebih berdikari dan cepat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
moga-moga bila dah besar nanti pandailah membawa diri hendaknya.
InsyaAllah.

sejak kebelakangan ni jumpa banyak blog best.
bloggernya pun best.
dan saya rasa keciikkk je diri ini (walaupun badan beso gedabak)
dek rasa rendah diri yang mencengkam. huhu.. 
*ceh.. ini apa kes macam sentap pulak tetibe nih? 

yelah...semalam dah kena ignore.
padan muka jugak le rajin sangat nak add orang.
feeling2 blogger femes kononnya tapi nan hado. kah kah kah..
lain kali sila jangan perasan, ok.
yang jadi retis blog ini adalah Qisya.
bukak blog ni, nampak muka Qisya.
baca je entri, citer pasal Qisya je yang keluar.
Qisya je memanjang termasuk la entri ini.
maka, harap bersabo je la.

dan entri saya makin tak banyak gambar.
kamera ada snap macam-macam tapi nak upload punyalah bercinta.
line slow macam siput.
jenuh nak upload satu-satu.
last-last langsung tak payah la jawabnya.

tak letak gambo, orang baca jugak kot.
hoh! ini lagi sekali feeling perasan.
takpe, kita tengok kat komen.
kalau ramai komen, diorang baca le tu. hehe..

p/s: memang tengah rasa sedih....dunno why...