Ini untuk kali ke 4 saya terkena semenjak saya ada kesedaran sivik menyemak semula resit pembelian saya di Giant.
Yang bestnya....berlaku dalam tempoh kurang setahun.
Pasaraya yang sama ok.

Ceritanya semalam, semasa saya shopping di Giant lepas balik kerja.
Saya ternampak promosi air F&N.
Katanya boleh pilih mana-mana 2 botol pada harga RM 4.29.
tulisan besar promosi ditampal pada botol-botol air kat situ.
harga sebotol RM2.99.
Wah! ok le tu kot beli buat emergency kot-kot tetamu datang tak sempat bancuh air ke.
hidang je air nie, pastu bubuh air batu.
senang.

Jadi, saya pun masukkan dalam troli dua botol.
Dalam hati dah terdetik rasa tak sedap hati.
maklumlah sebab dah kena beberapa kali sebelum ni pasal produk promosi yang bila sampai di kaunter, harganya tak promosi pun.
So, saya pun letak botol air nie dulu di kaunter semasa nak bayar.
biar nampak item ini dulu kat resit.
senang nak check.

#resit pembelian semalam

Sekali, benar seperti yang diduga.
harga normal.
takde promosi seperti yang ditampal kat longgokan air botol tadi tu.
hoho...
ini sudah lebih.
4 kali, ok.

Geram sungguh saya.
walaupun nilainya tak sampai rm2 tapi saya tuntut juga di servis kaunter.
alasan diorang .. TERSILAP TAMPAL.
kemoonnnn.......semedang sangat dah salah tampal.
kes saya yang sebelum ini, kabinet 3 pintu untuk baju Qisya.
beza dekat RM30 tau.
itu pun sebab TERSILAP TAMPAL.

Kita beli sebab harga promosi yang lebih murah,
tapi bila masa membayar, harganya bukan seperti yang dipromosikan.
Rasa tertipu, tak?
Itu bagi orang yang semak harga.
Kalau tak semak?
Berapa banyak yang rugi?
oh, emo sebentar diriku ini.

Ok Giant.
silalah pastikan pekerja anda sentiasa mengemaskini harga barang.
jangan asyik TERSILAP TAMPAL.
buang masa pelanggan tau.

Untuk tips hari ini,
sila dahulukan pembayaran barang-barang yang dipromosi supaya senang disemak.
tak kisahlah di mana pun.
ingatlah, setiap sen duit kita adalah terlalu berharga untuk dibazirkan.
Sekian.