Karpet Baru untuk Masjid

Assalamualaikum wbt...

Apa kenangan anda dengan masjid di kampung kelahiran anda?
Saya terlalu banyak untuk diceritakan.
Bermula di zaman kanak-kanak, perkarangan masjid kampung sayalah menjadi tempat bermain dengan kawan-kawan.
Ini disebabkan sekolah agama rakyat tempat saya belajar ketika itu bersambung dengan masjid ini.
Di tingkat atas, tempat kami belajar dan mengaji dan tingkat bawahnya pula adalah dapur untuk aktiviti masak-memasak di masjid.

#Masjid Khairiah, Sayong Lembah.

Memang masjid di kampung saya sangat meriah dengan pelbagai aktiviti.
ditambah meriah dengan kami yang suka sangat bermain di situ sementara menunggu ustazah sampai.
Ada suatu hari tu, kerana terlalu asyik bermain, tak sedar ustazah kami dah sampai dan dah start mengajar.
Akibat lambat masuk kelas, ustazah tak benarkan kami mengaji.
Berdiri di tepi dinding sampai waktu balik. haha...

Emak saya cerita, masjid ini dibina ketika dia masih kecil lagi iaitu dalam tahun 1940-an.
Beliau dapat menyaksikan pembinaan masjid ini sepenuhnya kerana rumah arwah opah saya betul-betul bersebelahan masjid ini.
Arwah opah saya ketika itu setiap hari akan memasang jamung untuk memberi cahaya kepada laluan orang kampung yang nak ke masjid.
(al-Fatihah untuk Andak Sariah, arwah opah saya).

Paling meriah mestilah di bulan puasa.
ada acara 'menganto' iaitu permainan hantar juadah sorok-sorok.
entah macam mana permainannya saya tak berapa nak faham.
Golongan anak muda kampung yang suka sangat main permainan ni.
tapi sekarang dah pupus.

Haiihh.....terlalu banyak kenangan di masjid ini.
Semuanya indah belaka.
Paling kelakar, abang saya semasa kecilnya kalau merajuk dengan arwah ayah, akan bermalamlah dia di atas menara masjid ini. 
Ya, di masjid tiada hantu. ekeke....

dan yang paling sweet, di masjid inilah tempat saya dinikahkan dengan encik hubby kesayangan saya.
Memang banyak kenangan di sini.
Nak tulis satu-satu, panjang pulak entri ni nanti.

Untuk membalas jasa kepada bangunan yang telah memberi begitu banyak nostalgia kepada kehidupan saya dan keluarga serta seluruh penduduk kampung saya, makanya saya ingin mewar-warkan tentang kutipan dana untuk karpet baru masjid ini oleh Persatuan Anak Rantau Sayong Lembah.

Masjid ini tidak mendapat bantuan kewangan kerana terletak di atas tanah wakaf perseorangan.
Karpet dan segala peralatannya sudah terlalu usang.
Maka, pihak Persatuan Anak Rantau Sayong Lembah mengalu-alukan sumbangan derma dari pihak luar yang sudi membantu terkumpulnya dana karpet baru ini.



#pamplet iklan sumbangan dana karpet baru.


Penduduk Kampung Sayong Lembah bergambar bersama anak perantau Sayong Lembah Group
#Sebahagian penduduk dan anak rantau bergambar selepas solat Aidilfitri pada tahun 2008.

Semoga cita-cita mendapat karpet baru untuk masjid ini tercapai sebelum Solat AidilAdha 2012.
Amin ya Robbal aalamiin....



12 Comments

  1. di tempat saya masih panggil surau walau dah buat baru 2 tingkat lagi...alhamdulillah jemaah makin ramai......

    ReplyDelete
  2. Qhaifa Nur... Kat kg saya, mmg semua surau tu 2 tingkat tapi saiznya kecik dan x de kubah/menara mcm masjid.

    ReplyDelete
  3. semoga dipemudahkan...

    ReplyDelete
  4. Insyallah...

    *maaf yana.. tak sempat ke shah alam. moga-moga lain kali sempat jumpa ko :D

    ReplyDelete
  5. Rapunzel Cikilolo.....mudah2an.. amiiinnn..

    ReplyDelete
  6. Nong.... x pe. Moga luas rezeki aku untuk cari ko kat Sabah. :)

    ReplyDelete
  7. banyak betul kenangan tu kak..mintak sponsor yb la kak..cepat sikit..nak dekat2 pilihanraya ni senang jek depa tu..haha

    ReplyDelete
  8. Ym.Bundle...akak x de kawan yb. Ni nak ajak kawan2 tambah pahala je ni. Daripada bagi kat pengemis sindiket, baik kita sedekah untuk agama, bangsa dan negara sendiri. Ye tak?

    ReplyDelete
  9. wah..memang betul banyak kenangan akak kat sini kan?

    ReplyDelete
  10. boni....mmg banyak tau. Nostalgia sangat2... :)

    ReplyDelete
  11. kak yana, aj suka entri ni. urmm tahniah utk akak cos ada effort utk lihat masjid ni berwajah baru dan selesa. insya Allah aj harap ramai yg mbantu

    ReplyDelete
  12. AJ...ape lagi...meh la kalau nak menyumbang singgit dua. Nanti akak tolong transferkan guna maybank2u. Senang saje nak tambah pahale... :)

    ReplyDelete