Aidiladha 2012 yang termeriah

Apa yang best tentang kaum lelaki dari negeri Perak?
biar saya bagitahu.
kebanyakan mereka memiliki sense of humor yang tinggi.
setiap keluarga pasti akan ada yang jenis suka buat lawak.

dalam keluarga besar macam saya ni, memiliki ahli keluarga yang suka loyar buruk, suka menyengal memang ramailah.
kerja ko gelak je memanjang kalau dah berkumpul ramai-ramai.
makanya, jika dilihat paparan gambar-gambar di bawah ini yang kebanyakannya adalah senyum, sengih dan bergelak tawa, ia bukanlah di suruh-suruh ketika bergambar.
apalagi nak berpura-pura bergembira.
memang tengah happylah nak habaq...keh keh keh..

#ini salah sorang pakcik saya yang suka menyengal. Gigih melapah daging kerbau. Hensem gak kerbau tu ye..


#bersama lagi sorang pak lawak family saya. Pakcik saya ni kalau dengan dia....adoiiii....jangan la silap sikit. Pasti kena bahan. Habis semua yang pendiam pun boleh gelak besar.   ekeke...


#maka beriang-rialah kami di dapur melayan lawak diorang ni. Abang sepupu saya habisnya ditukarnya nama kakak2 ipar saya jadi Munah....Ramlah.....ikut dan dia je. hahaha.... ops! kakak sedara saya yang kat belakang tu terserius sikit sebab gulai pisangnya terlebih kuah pulak dah.


#adik ipar dan kakak ipar yang tekun mengupas buah mangga untuk dijadikan kerabu yang tersedap di dunia  hasil resepi abang sepupu saya yang menjadi  ketua masterchef untuk menu kenduri kali ini.


#saya yang menjadi tukang gaul ini kerabu. Wah! ada dekat sebesen kecik kerabu mangga saya tibai sorang2. hahaha.....pssttt....memang sedap wehhh....resepi akan dikongsi kemudian kalau rajin. :p


#sementara semua sedang sibuk menguruskan daging dan masak-memasak, abang saya dan best friendnya sejak kecik, masih sibuk mencuci perut kerbau di sungai. Siapa nampak Masjid Ubudiah yang menawan sila angkat tangan. 


#sebahagian jiran yang datang menolong memotong daging.


#cucu-cucu opah yang masih kategori kanak-kanak, bergumbira di buaian yang jadi rebutan tiap kali balik kampung. Nak gantung lagi yang lain, pokok-pokok dah habis kena tebang untuk dijadikan parking kereta. Buat sementara ini, itu je la yang ada. hehe..


#tetamu sampai selepas solat Jumaat. Beraya open house terus jadinya rumah mak saya tu. Yang paling hadapan ialah menu ikan sebelah goreng tepung.  Memang sangat sedap, okeh. Semua pakat meratah macam makan keropok.


#sebahagian tetamu.


#ramai juga sepupu yang jauh-jauh datang beraya. Ramai-ramai pakat balik kampung kekdahnya. Patutlah highway jem. Lagi mau tanya...hik hik..


#ikan patin atau ikan sungai yang lain  masak tempoyak adalah menu kemestian di rumah mak saya. Memang mabeles habis. Tapi kalau saya dah rindu sangat nak makan gulai tempoyak, saya bantai je guna ikan kembong. Apadehal.....keh keh keh...


#kari daging dan peknga/tepek godam. (tepek godam tu mak saya yang gunakan nama tu untuk menu ini)

Daging korban dimasak kari dan sup. 
Memang sangat sedap rupanya daging kerbau itu u olls. 
Saya ingatkan kerbau hanya khusus untuk masak rendang tok je.
Rupa-rupanya nak masak yang lain pun sedap. 
Dagingnya pun lembut je. 

Esok paginya kakak saya membuat peknga hasil tunjuk ajar daripada mak saya.
memang sedap sangatlah makan panas-panas sambil mencicah dengan kari daging.
untuk makluman, peknga ialah panggilan orang utara untuk lempeng tepung berkelapa.
ringkasan dari perkataan 'tepek ataih belanga' ....haaa....cenggitu.
kreatip tak depa?
resepi sape nak, bolehlah google aje.
tuan blog adalah agak malas di ketika ini untuk carikan untuk u olls. hahaha..

Terima kasih sudi baca.
harap-harap diluaskan rezeki untuk tahun-tahun mendatang.
boleh buat korban lagi.

Ish...rasa macam penat buat entry ni.
bukan penat taip, tapi penat pilih gambo. lol...




13 Comments

  1. saya sangat teringin nak ke kuala kangsar.. sangat teringin..
    sonok kumpul ramai2 kan.. meriah..

    ReplyDelete
  2. perghh..mmg meriah gila ni..best la..aku sambut biase2 je kak..pagi2 lepas balik masjid p mekdi melantak beger..sob..sob..

    ReplyDelete
  3. Adam Hawa... moh le datang kuale...mcm2 ada. ecewahhh....kasi perangat pulak dah. keh keh keh...

    ReplyDelete
  4. Bundle...jgn buat citer sedih le. Setau akak le, Mecdi lagi sedap dan style kot. hehe....

    ReplyDelete
  5. Eca... rasanya kalau tak buat kenduri pun, family akak ni mmg dah meriah sokmo. hahaha..

    ReplyDelete
  6. mmg org perak begitu...dpt sembang punyalah kuat, bole dgr jiran sebelah umah he..he..

    meriahnya kenduri, menu pun sedap2 belaka.......

    ReplyDelete
  7. wahh.. meriah wo! best besttt.. golai lomak tu sedappp!!

    *sy kaum lelaki dari perak. tp sy seriuss. eh. hahaha

    ReplyDelete
  8. Qhaifa nur....dah jadi identiti kot. hahaha...

    ReplyDelete
  9. kura....org Perak ke kura? ecewahhh...seriuss la konon. :p

    ReplyDelete
  10. oo..kmpung akak dekat sayong eh..

    org perak, mmg suka loyar buruk..mmg keja nak gelak je kalau ade kenduri kendara..

    seronokkan...!

    dekat dengan sungai, senang nak basuh perut lembukan..

    kak..sedaplah nampak kerabu tu..nanti jgn lupa share resepi tau..! nur ni mmg hntu pelam..hihihi..

    ReplyDelete
  11. wow. meriah...

    ReplyDelete
  12. rugi la takde kat kuale. tdak boleh singgah mkn umah akk. kerabu nmpk sedap betoi. no wonder la akk mkn dekat sebesen kecek kan. hihi. mohon share resepi :)

    ReplyDelete