Saya memang pencinta cucur tegar.
Bukan cucur atap ye.
Tapi cucur yang mat salleh panggil fritters tu.
Paling feveret, cucur kentang dan cucur jagung manis.
Mak aiiii, sebesen kecik boleh habis sorang-sorang makan sambil layan drama.
*tak ngaku besen besor pun boleh habis. hahaha...
Disebabkan Qisya dan Amsyar pun suka makan cucur,
saya olah cucur udang saya menjadi cucur sayur.
Mereka ni kurang sangat makan sayur, tapi bila letak dalam cucur layan kemain.
Tak perasan kehadiran sayur gamaknya.
Mari saya kongsi resepi cucur sayur saya.
Bahan-bahannya:
1kg tepung gandum
1 biji telur
4 biji cili Thai /ikut suka mengikut kepedasan yang diinginkan
2 biji bawang besar (potong dadu)
Segenggam ikan bilis
1/2 kiub ikan bilis
8 ketul fish cake bentuk bantal jenama AAA/ Mushroom (potong kecil)
1/2 biji bunga kobis
(sayur ikut suka tapi saya suka letak 2 batang celery yang dihiris nipis-nipis)
air secukupnya
garam secukup rasa.
Cara-cara:
Telur, cili dan ikan bilis dikisar.
Tuangkan ke dalam besen/mangkuk yang telah berisi bahan-bahan lain yang telah dicampur.
Tambah air secukupnya dan gaul rata-rata.
Setelah cukup rasa garamnya, silalah goreng hingga masak.
#Sila gaul rata-rata
#Cucur tak berapa colorful sebab sesi (eh sesi?) cucur yang ni tak letak sayur yang berwarna-warni.
Ok. Nak cerita sikit penggunaan fish cake pengganti udang segar ni.
Saya menggunakan fish cake yang berbentuk bantal tu.
Tak kisahlah guna cap Mushroom atau AAA.
Serius sedap!
Rasa macam udang pulak.
Tapi tu la, saya google tak jumpa pulak gambar fish cake bentuk bantal tu.
Silap tak snap.
Lepas tu sayur wajib yang saya gunakan ialah celery.
Mesti letak sekurang-kurangnya 2 batang beserta daun-daunnya.
#wajib bubuh dalam cucur.
Kenapa beria-ia benar dengan celery?
Bukan setakat rasanya yang sedap, khasiatnya terlalu banyaklah.
Paling best, sebagai penurun tekanan darah.
Tu yang kalau boleh, semua masakan sayur nak letak celery.
mana taknya,,,,lasak si Qisya boleh dapat darah tinggi wooo.... hahaha...
Eh...bebel ke lain pulak.
Berbalik kepada cerita cucur tadi kenapa buat banyak.
mesti hairan kenapa saya bancuh cucur sayur sebesen yang agak besar.
Simpan dalam peti ais le.
Nanti time lapo, tinggal goreng je.
Kan senang?
keh keh keh.....
Sekian laporan cucur. :)
16 Comments
Cucur macam ni punya sedap... saya pun boleh habiskan sumer nyer. Ada seleri terabai lam peti ni, boleh la saya godek nnt. tengkiu share resepi.
ReplyDeletemmg layan betul cucur dgn teh o panas. hahaha...
DeleteCelery jgn diabaikan. Sedap tu.... :)
puteri suka makan cucur kodok(org kedah pnggil nama nie..)
DeleteBukan Kedah je....kebanyakan org sebelah Utara panggil cucur kodok jugak. Entah sape mulakan nama tu. hehe
Deletenak cuba masa balik rumah nanti. hehe.. tq:)
ReplyDeletesenang je buat ni. :)
Deleteanak2 mmg hantu cucuq tp lau letak sayur mmg xmkn.jenuh mama derang nak buang..huhu tu psl wat cucuq semua blend sekali
ReplyDeleteha'ah....blend semua lg senang..hehe
Deletesedap buat minum petang.salam ziarah =)
ReplyDeleteye....memang layan petang2 dgn kopi 0 atau teh 0. :)
Deletebest kalau pekena cucur dgn kopi o. lagi best kalo time hujan2..
ReplyDeletesetuju! :)
Deleteni kalau budak2 x suke sayur ni, bagus benar buat cara camni :)
ReplyDeleteha'ah....kalau dalam nasi, main pilih2. Dah letak dalam cucur, x dan nak pilih2. hehe...
Deleteehhh,,nur xpernah buh pun daun celery ni..
ReplyDeletenanti nak trylah.. :)
nanti trylah. Celery ni akak suka blend kalau buat sup telur. Mmg anak-anak suka dan tak perasan yg diorang dah makan sayur. ekeke...
Delete