Memberi dan menerima

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Saya tak ingat cendiakawan manakah yang menyatakan....'hadiah yang menarik daripada Allah biasanya datang selepas berlakunya krisis.
Hari ini, saya sangat menyetujui kata-kata tersebut.
Pelbagai peristiwa yang berlaku pada hari ini, masing-masing mengandungi hikmah yang terlalu tinggi untuk difikirkan.
Senyum tangis silih berganti hingga ke malam!

Bermula dengan sedekah yang dihulurkan kepada jiran saya pagi tadi kerana suaminya meninggal dunia, satu demi persatu sms diterima utk pembelian border lace.
Menjelang tengah hari, saya pula yang menerima sedekah.
Aneh juga dirasakan bila begitu ramai yang bersedekah kepada saya, termasuklah makcik yang saya kenal di pasar tani.
Terus terang, terasa agak ganjil di situ.
Namun disambut juga kerana sedekah itu akan dilanjutkan di sana, insyaAllah....
Akan saya doakan untuk mereka semua...

Alhamdulillah ya Allah....hari ini tiada sepi di hati.. :)


*entry skema itu boring. Hadap je la u olls....hahaha...




11 Comments

  1. Alhamdulillah. Bila kita berniat untuk memberi dengan seikhlas hati, begitulah juga dengan rezeki yang diterima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikmahnya, sekali kita memberi....berkali2 pulak kita di pihak yang menerima. Alhamdulillah... :)

      Delete
  2. Alhamdulillah.. rezeki Allah itu tidak akan putus.

    ReplyDelete
  3. Yana,

    kita bagi satu.. Dia akan gantikan 10 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan yang paling best, dalam bentuk yg tak disangka2... :)

      Delete
  4. rezekiNYA tu luas,kan...kesihatan kita..anak2 yg berjaya...ketenangan hati..

    ReplyDelete
  5. rezeki ada di mana2, kecik besar tua muda.. eh. :D:D

    ReplyDelete
  6. erkk..mana ada boring kak..aku baca jer sambil senyum..:)

    ReplyDelete
  7. org dah memberi,
    kita terima dengan hati terbuka..
    :)

    ReplyDelete