Assalamualaikum wbt....bismillah...

Excited sangat nak bagitau ni.
Saya tak tau la kenapa tekak saya ni mengada-ngada.
Kat Shah Alam ni, susah betul nak jumpa makanan murah yang super sedap.
Yang biasa jumpa adalah sedap dan mahal, super sedap pulak super mahal.

Pasar tani memang banyak makanan tak dinafikan.
Tapi yang melekat di ingatan adalah agak payah sikit.
Contoh macam kepak/tongkeng atau pedal madu panggang tu.
Kat pasar tani yang besar di stadium Shah Alam tu takde yang sedap.
Depa ni jual setakat boleh jual dan ada rasa je.
Yang sedap saya jumpa di pasar tani berhampiran rumah saya di Puchong.
Yang tu memang tak payah sos pun dah sedap.
Tapi kalau nak makan masakan pantai timur, memang pasar tani di stadium Shah Alam tu la yang banyak pilihan.

Berbalik kepada apa yang saya nak cerita ni.
Waaahhhhh......mula-mula kena ucap terima kasih kat adik ipar kesayangan saya sorang ni.
Dialah yang mula-mula jumpa warung lori ni dan tayang kat whatsapp family.
Seterusnya buat saya excited sangat tak sabar nak merasa juga.

Di Shah Alam ni, Cendol Pak Akob seksyen 16 la paling glemer.
Laksa yang paling glemer pulak yang di Seksyen 18 jugak.
Tapi tidaklah memberi impak sangat kat saya.
Takdelah teringat-ingat macam ni. hahaha...

Meh saya tunjuk...


 #laksa macam ni memang feveret saya. Tak pekat sangat. Tak cair sangat. Memang terbaik!


 #memang ramai orang. Tapi kali ni kami pergi awal sikit, maka dapat la tempat duduk ada meja. Rezeki.


 #mula-mula rasa, ya Allah....nape sedap sangat ni? hahaha....jakun sekejap. Untuk makluman, pagi tu dah makan nasi, makanya perasaan ini bukanlah disebabkan oleh perut yang lapar. :D


 #closed up sikit cendol pulut durian saya. Mak aiii.....saya yang biasanya tak suka durian dicampur sana sini selain tempoyak dalam gulai, boleh telan pulak cendol ni dengan penuh rasa kegirangan. Sedap melampau, okay?? haha..


 #kat mana? kat mana? cer kabo. Ok...nak bagitau le ni. Warung lori ni dekat area kilang dari seksyen 7 menghala ke Bukit Raja. Ikut Jakel terus sampai hujung lepas tu ambil kiri.


 #ada tiga warung lori kat situ. Sila pilih yang paling hujung. Yang ada bunting Cendol Din's.


 #terparking di sebelah kilang pharmaniaga.


#ni ha nama jalannya. Kalau tak tau lagi, silalah google. Apa payah beno,kan?

Eh lupa pulak nak bagitau harga.
Cendol biasa RM1.80.
Campur pulut dan durian jadi RM3.50.
Laksa mabeles tu pulak RM3.50.
Mee kari, pisang goreng pun ada juga.
Lepas ni boleh angkut kawan-kawan pulak ke sini. :D