Negeri kau je yang best!

Assalamualaikum...

Hari tu, ada kawan yang bengkak hati dengan Kosmo!. Asal ada jenayah yang dilakukan oleh orang Kelantan je, mesti Kosmo! mention asal Kelantan tu. Dia pun letak bukti-bukti artikel tu kat FB. Tak boleh salahkan dia. Siapa-siapa pun boleh bengang jugak bila negeri asal dia kena macam tu.

Motif  tajuk camtu????

Dua hari lepas pulak, kami sembang dengan seorang yang berpangkat Datuk ni. Ala, sembang-sembang lepas meeting. Mesti la terbukak isu-isu semasa ni, kan? Semua topik saya sokong. Hatta pasal Rosmah pun saya boleh terima la jugak pendapat dia. Tapi bila dia kutuk Kelantan, saya macam tak boleh terima. Dia kata, 85% jenayah di Selangor dan KL dilakukan oleh Kelantan. Pastu kutuk negeri tu tak maju. Tanah rezab melayu habis tergadai bla-bla.... Pastu puji pulak Johor. Johor wajibkan sekolah agama. Ok fine. Itu dia.

Ini pendapat saya pulak. Negeri mana-mana pun sama je. Ada orang jahat ada orang baik. Jenayah pulak, tengok la jenayah macam mana. Orang sekarang memang ramai stress. Kos sara hidup melambung tinggi, kalau yang tiada iman macam-macam hal jenayah boleh terjadi. Tidak menurut hukum Islam pun satu jenayah juga pada pandangan saya. Kau ambik rasuah, kau menipu, kau buat scam itu ini.....bukan jenayah namanya? Macam-macam boleh dilistkan. Tapi yang masuk news? Sendiri boleh faham le kan. 

Kalau orang Kedah, gini. kalau orang Melaka, gitu. Yang negatif2 je diingat orang. Cer ambik yang positif. Macam la negeri kau je yang best. Yang buruk-buruk tu negeri orang. Annoying tau. (Walau zaman dulu saya pernah nyampah juga dengan orang negeri Kelantan. hahaha) Lagi kau menyampah, suatu masa nanti orang negeri yang kau menyampah tu la jadi best friend kau. Silap haribulan kawen dengan orang negeri tu. hahaha...

Mengikut pengalaman hidup saya, orang Melaka yang nampak kasar tu, diorang sangat warm tau dalam persahabatan. Nampak je agak ganas bila bergurau, tapi tidak la sampai di hati. Orang belah-belah utara yang dikatakan suka cakap besar tu, kebanyakannya suka berlawak. Kerja nak gelak je bila bersembang. Sama je. Setiap individu  pun ada baik buruk. Apatah lagi negeri. Kalau Kelantan yang dikatakan selalu banyak jenayah, tapi yang kat luar negara yang belajar agama tu ramai orang Kelantan. Tengok kat al Azhar saja sudah la. Yang kat Shah Alam duduk kat banglo-banglo tu pun ramai orang Kelantan. So?

Makanya tak payah la nak semangat kenegerian yang melampau-lampau sangat. Ini nasihat untuk diri sendiri juga ni. Saya yang orang Perak ni kan....orang yang paling buat saya sakit hati, orang Perak. Best friend yang tikam belakang pun orang Perak jugak. Maknanya apa? Orang yang kita sayang dengan orang yang kita benci, takde kena mengena dengan negeri asal dia. Tak gitu? Betul tak? Makanya tak payah beria-ia sangat bab negeri ni. Buat gaduh dengan kawan-kawan je. Kita kan satu Malaysia katanya. Peace.. 

Mocik stress sebab busy beno. Lepas geram kat sini je la. hehe...




3 Comments

  1. Betul betul betul.. ambo sokong demo, sengoti. hahahaa Ini lah orang kita, pentingkan sangat kenegerian... berbalah sesama sendiri tuding menuding, orang luar tengok, bangsa lain tengok.. gelakkan jer kita kita ni.

    ReplyDelete
  2. betul tu., klu dah nama pun manusia, kt mana2 pun sama jer., semua ada baik & yg buruknya :)

    ReplyDelete
  3. tiba2 rasa benci org sabah, kot2 ble kawen dengan org negeri sendiri =P

    eca pum xsuka la org yg kenegerian ne..klu kat opis ne, org ikut bangsa.aish, nyampee~
    ada kwn dok umpat kwn satu,...tp satu bangsa, xsedar diri betul~

    ReplyDelete