Assalamualaikum wbt...bismillah...
Petang terakhir sebelum balik ke hotel, kami menyinggah dulu di sebuah spa. Everyday Spa namanya. Tak pasti terletak di jalan mana satu sebab Everyday Spa ni ada beberapa cawangan di Bandung. Memang menarik sekali disebabkan menawarkan harga yang sangat berbaloi. Susah nak cari kalau di Malaysia ni dengan harga yang sebegitu. Sama je upah urut kaki yang terseliuh. hahaha...
Terlupa pulak nak snap gambar depan spa ni. Tapi dari depan memang tak perasan pun spa. Kecik je signboard dia. tapi bila masuk, waaahhhh....asyiikkk gitu.
#ihsan google
#ihsan google. Macam ni la lebih kurang kaunter Spa Everyday tu.
Ingatkan kami yang perempuan je masuk, rupa-rupanya yang group lelaki pun nak masuk. Dah penat katanya. Moh la manjakan diri. Dah la murah, rugi sangat tak ambil servis ni.
Ini ruang menunggu dan minum kopi jamu selepas spa. Memang terbaik!
Mula-mula masuk tu kaki kami dicuci kat sini. Kemain kau asyik dimanja-manjakan. hahaha....
Ini staf Everyday Spa yang mengurut saya. Comel budaknya. Umurnya baru 18 tahun. Tapi tak ingat nama. Memang best sangatlah dia mengurut. Rasa nak tido je. hahaha...
Kami ambil pakej untuk seluruh badan. Lebih kurang RM40 saja. Murah tak? Pakej tambahan ada macam-macam. Pilih saja yang berkenan di hati.
Pada saya, perlu juga spa ni sebab pergi ke Bandung memang capek sebab shopping. hahaha..
Malam tu memang best tido. Lena!
Inilah Asep. Supir kami di Bandung. Memang baik budaknya. U ols boleh whatsapp terus +62 821 2970 8390 untuk mendapatkan perkhidmatannya.
Pagi-pagi esoknya dah berkemas dan check out awal sebab flight kami pukul 8.00 pagi. Tak sempat menyinggah mana-mana. Check in, wrap beg plastik Vietnam tu dengan kos RM10, keluar balik bersarapan kat depan airport tu. Airport kecil, memang senang sebab serba-serbi dekat.
Ringan je masa datang. Time balik, tu diaa. Tu belum lagi yang mengekor ikut kapal laut. hahaha...
Alhamdulillah...projek kain sulam kami laris terjual. Sesiapa nak tengok kain sulam yang gojes-gojes tu boleh whatsapp ke nombor 019 4884682. Tak sempat nak letak di page Audrra Blossom.
Sempoi je airport Bandung. Memang tak sesat.
Kami ambil flight pagi ni sebab flight yang tu yang murah sekali. Dah bajet trip katanya. Lagi pun boleh repeat balik trip Bandung ni. Untuk harga tiket flight, hotel dan supir selama 4 hari, tak cecah RM500 pun. Pandai-pandailah bajet kekdahnya.
Kami tak sempat ke kedai kek Kartikasari sebab dah order kek dengan kawan Asep supir kami tu. Memang sedap dan jauh lebih murah. Panas-panas pulak tu. Lepas ni jangan tanya pasal supir sebab memang dah tulis kat atas tu. Silalah baca. (bukan nyombong, memang dah tulis kot. Lagi mau tanya.) hehehe...
Keseluruhannya, Bandung tidaklah mengecewakan. Cuma kena bersabar dengan traffic jammed je la. Boleh repeat lagi ke Bandung, insyaAllah.
Kami tak sempat ke kedai kek Kartikasari sebab dah order kek dengan kawan Asep supir kami tu. Memang sedap dan jauh lebih murah. Panas-panas pulak tu. Lepas ni jangan tanya pasal supir sebab memang dah tulis kat atas tu. Silalah baca. (bukan nyombong, memang dah tulis kot. Lagi mau tanya.) hehehe...
Keseluruhannya, Bandung tidaklah mengecewakan. Cuma kena bersabar dengan traffic jammed je la. Boleh repeat lagi ke Bandung, insyaAllah.
Terima kasih, sudi baca.
Luv,
11 Comments
Kesimpulannya semua murah kt sana ye
ReplyDeleteAde impian gak ni nak jejak sane
Spa tu mmg sngt2 murah la tuh..kt mesia rm40 urut kaki je kot blh
kita elakkan tempat mahal, insyaAllah jumpa yg murah2. :)
DeleteAgak murah dan bajet juga trip ke bandung tu yana ye?
ReplyDeleteKalau tak guna ejen, memang dapat jimat banyak. :)
Deleteterbaik lah...
ReplyDeletepakej spa yang murah
daftar unifi online
Ho..ho..ada spa yg murah..bagus gak tu
ReplyDeletekalau pegi indonesia mmg tak sah kalau tak ber spa kann
ReplyDeletewahh sonoknyer shopping bandung tuu ;p
ReplyDeleteSetakat ini belum pernak pergi lagi ke Bandung atau Bali di Indonesia. Memang menarik betul...
ReplyDeleteteringin gak nak pergi..mesti best kan
ReplyDeleteJumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo
meh datang spa saya pulak ya
ReplyDelete