Assalamualaikum wbt...bismillah...
Alhamdulillah, adik ipar saya dah selamat melangsungkan perkahwinan dengan orang Kemaman, Terengganu. Majlis menyambut menantu telah diadakan di Kemaman pada 5hb Februari 2016 yang lepas. Cuti yang panjang sempena Tahun Baru Cina dimanfaatkan sekali dengan percutian bersama keluarga di Pahang dan Terengganu. Memang rezeki terbaik la. hehe..
Kami memilih penginapan di Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating sebulan lebih awal. Tak guna agoda seperti biasa. Kali ni saya call hotel terus. Siap-siap tanya diskaun kot-kot ada. Alhamdulillah. Family suite yang berharga RM780.00 seunit dapat la sikit diskaun jadi RM600.00. Dua unit ditempah. Almaklumlah keluarga besar. Terima kasih abah mertua saya yang menjadi penaja penginapan di Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating ini.
Pintu gerbang masuk ke Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating.
Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating
Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur, MalaysiaP: (609)-581 9500
F: (609)-581 9178
E: saleschv@holidayvilla.com.my
Ruangan lobi hotel.
Memang cantik hiasan deko di ruang lobi hotel Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating ni.
Musim Tahun Baru Cina, jumpa angpow di sana sini. Tapi kosong. huhu...
Ok jom saya tunjuk keadaan di dalam bilik suite family yang dipanggil apartment 2 bilik ni. Ruang tamu, pantri dan balkoni telah mengambil ruang banyak. Makanya, bilik tidur adalah agak sempit. Muat-muat saiz katil dan almari kabinet beserta sedikit laluan. Nak solat di dalam bilik memang tak muat.
Ini bilik saya dan anak-anak. Anak patung budak Qisya pun terinterprem sekali. hehe..
Yang ini pula bilik utama yang menggunakan katil bersaiz king. Mestilah bilik mak dan abah mertua saya.
Ini ruang tamu apartment ni. Sebenarnya ada lagi dua buah kerusi rehat dan meja di atas karpet ni tapi saya ubah kedudukan untuk ruang yang lebih luas. Sofa bed ni di bawahnya, ada lagi katil tarik. Memang sesuai sangat la untuk kami yang ramai ni. Semua orang merasa tido atas tilam.
Di ruang tamu inilah kami solat berjemaah dan mendengar taalim dari abah. Aktiviti wajib bila bercuti bersama semua ahli keluarga. Terlupa saya nak snap gambar bilik airnya. Bilik airnya ada dua tau. Luas dan sangat selesa pulak tu.
Luas, kan? Di sebelah kanannya ada kabinet dapur dan peti sejuk serta ruang yang lebih luas.
Pemandangan dari balkoni ke arah kanan. Nampak pantai yang sedang berombak besar.
Pemandangan ke arah kiri. Nampak anak-anak sedang mandi kolam. Laju betul diorang ni turun ke kolam. Nasib baik la ada skuad pemantau dari aunty2 diorang ni.
Nak mandi pantai tak boleh, anak-anak dengan papa-papa sekali dok berendam dalam kolam sampai kecut.
Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating ni sangat dekat dengan pantai. Semasa kami menginap di sini, berlaku ombak besar di pantai Timur. Jadinya, angin sangat kuat dan bunyi ombak pun kuat kedengaran.
Ini bapa dan ibu mertua kesayangan saya. Feeling sangat saya tengok. Sweet gitu. hehe..
Yang ini pulak tuan blog yang menyibuk juga feeling-feeling layan angin pantai sampai menggeletar kesejukan baru reti nak balik.
Keseluruhannya, Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating ni sangat sesuai untuk percutian keluarga. Kedudukannya yang bersempadan dengan Kemaman, membolehkan kita tido di Pahang, jalan-jalan cari makan di Terengganu. Memang terbaik la kan. Percutian di dua negeri sekali harung namanya ni. Nanti saya cerita bab makan-makan di Terengganu pulak ye. :)
Keseluruhannya, Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating ni sangat sesuai untuk percutian keluarga. Kedudukannya yang bersempadan dengan Kemaman, membolehkan kita tido di Pahang, jalan-jalan cari makan di Terengganu. Memang terbaik la kan. Percutian di dua negeri sekali harung namanya ni. Nanti saya cerita bab makan-makan di Terengganu pulak ye. :)
Terima kasih sudi baca.
Luv,
2 Comments
Pernah bercuti ke Terengganu... Konon nk singgah tidur sini.. Walk in je.. Tapi penuh da..
ReplyDeleteMemang penuh pun. Nak check in awal sikit pun x dpt.
Delete