Assalamualaikum wbt...
Kali ni saya nak cerita mengenai trip saya dan suami saya ke negara Cambodia dan Vietnam secara backpacker. Satu pengalaman yang memang takkan dilupakan kerana baaanyak sangat dugaan untuk trip kali ni. Tapi pengakhirannya tetap seronok sebab bukan senang nak dapat pergi sama-sama macam ni. Hadiah birthday dan honeymoon katanya. hihi...
Bermula terjumpa harga tiket berharga RM59 ke Siem reap, menjadi punca saya dan kawan-kawan memilih destinasi ini. Kalau tak jadi pergi pun tak mengapa kekdahnya. Tapi buat pencinta sejarah macam saya ni, teringin sangat nak tengok Angkor Wat dan Ta Phrom di depan mata. Walau pun sepatutnya trip ini seramai 8 orang pada mulanya tapi yang pergi tinggal 4 orang, ia tidak mematahkan semangat kami untuk enjoy the trip. Sejarah trip paling pening setakat ini sebab serba-serbi buat sendiri. Dari beli tiket 8 orang tu, tersilap birthday sampai jenuh berurusan dengan airasia, buat itenerary sendiri, survey sana sini baca blog untuk cari info pasal hotel dan pengangkutan, semuanya bersendirian sampai tersilap ambil luggage untuk balik Malaysia. Nanges. hahaha...
# asik berkerut je muka tu bila bergambar. Nyampah. :p
Rezeki sebab ada sepupu yang kerja di DCA. Boleh tumpang parking kereta kat tempat dia. Selamat sikit fulus bayar parking kat airport tu. Hihihi....
Kami sampai di airport Siem Reap ni dalam pukul 10 pagi macam tu. Cantik senibinanya. Nampak tenang gitu dari luarannya.
Tapi kat luar je tenang. Masuk je ke dalam, walau luas dan cantik, Walau begitu banyak kaunter yang dibuka, adoi laaa.....ini airport terlembap sekali untuk cop passport! Jenuh berbaris. Dua-dua belah tangan kena scan. Hahaha.....nak tergelak pun ada sebab semua kaunter buka, macam tak logik pulak lambat sangat. Sistem down kot. Saya cuba berhusnuzon... :p
Tempat kejadian yang diceritakan.
Keluar je dari airport, tuk tuk yang saya tempah dari Malaysia dah sedia menunggu. Saya memang mencari orang Melayu Kemboja beragama Islam yang boleh bertutur bahasa Melayu. Alhamdulillah saya berjumpa Din. Memang penting sangat ciri-ciri ni tau. Satu, untuk memudahkan komunikasi dan satu lagi sebab adalah untuk memakmurkan ekonomi saudara seIslam kita di Cambodia. Harga tuk tuk untuk sehari ialah USD15. Ni ha nombor contact beliau. +855968170151. Siap bold lagi tu. Sebarang pertanyaan tentang supir tidak lagi akan dilayan di ruang komen. Saya sangat annoying dengan orang yang malas membaca. Dah bagitau tapi dok tanya lagi. Lempang nak? Hahaha....
Destinasi pertama yang dituju mestilah Aswara sebab nak beli tiket masuk ke temple-temple tu. Teringat balik betapa gigihnya saya study pasal sejarah Angkor wat yang dibina oleh Suryavarman II dan Jayavarman VII yang membina Ta Phrom, Angkor Thom yang sekarang dipanggil Bayon dan seterusnya menyiapkan Angkor Wat.
Tapi tu la, asyik sangat study pasal sejarah sampai terlupa update harga tiket masuk dah naik dari USD20 ke USD37 bermula 1 Februari 2017. Allahu....rasa nak nangis kat kaunter tiket tu. Harga tiket naik nak dekat sekali ganda. Sudah la bajet ciput je. Faham-faham la bila guna USD ni. Ngeri! Inilah maksud saya yang sejarah tu berulang. Semasa nak masuk Borobudur pun tak alert pasal tiket, di Siem Reap pun sama. Tepuk dahi. Cuai! Tapi nak buat macam mana, beli jugak la. Dah itu tujuannya kita ke Siem Reap. Ye dak?
Perjalanan dari Aswara ke Ta Phrom adalah dalam 15 minit macam tu. Nak terbang tudung dibuatnya sebab pakai tudung bawal satin yang ringan. Patutnya pakai tudung express je. Adoyaii...
Nasib la cuaca di bulan Februari sangat ok. Walau panas, anginnya masih sejuk.
Hasil pembacaan blog, lebih murah jika kita membeli souvenir di kawasan temple-temple ni berbanding di pasar malam. Makanya terjebaklah saya membeli fridge magnet di sini. Nasib baik ringgit diterima.
Perjalanan masuk ke temple Ta Phrom yang sangat femes dalam filem Tomb riders lakonan Angelina Jolie tu kalau ada sesiapa yang tak tau. Agak berdebu sebab rumput tak sempat tumbuh nampaknya kerana terlalu ramai pelancong dari seluruh dunia menggunakan laluan ini.
Seperti biasa, kita tengok dulu peta dan pantang larang ketika melawat tempat-tempat sejarah sebegini. Kenapa kena banyak membaca? Saya memang bajet sikit bab-bab nak ambik tourist guide ni. Baik saya study dulu tempat-tempat saya nak pergi tu supaya saya tahu apa yang saya tengok. Dapat juga berjimat kekdahnya.
Tak berkesempatanlah saya nak berkongsi cerita pasal Ta Phrom ni. Maklumlah entri ditulis semasa sibuk nak balik kampung beraya. Hahaha....
Maklumat di hujung jari, u ols google je la apa yang istimewanya Ta Phrom ni. Selain usianya menghampiri 1000 tahun, ia adalah binaan yang sangat berharmoni dengan hutan. Batang dan akar pokok hutan saling menyokong binaan yang hampir runtuh. Menarik untuk diperhatikan.
Akhirnya kami sampai di sini...
Suasana dalam temple Ta Phrom. Sejuk kat dalam ni tapi rasa agak seriau tengok batu-batu bumbung tu.
Ada 3 species pokok yang tumbuh membesar di dalam Ta Phrom ini. Beratus tahun usianya..
Menjadi lokasi photoshoot perkahwinan dan fesyen nampaknya. Tapi yang belakang ni buat saya agak curious. Hahaha...
Amboiii....seronoknya depa..
Terlalu ramai pengunjung di sini sampai nak bergambar pun agak payah.
Kepakaran orang zaman dahulu sangat mengagumkan. Terlalu detail. Teknologi apakah yang mereka gunakan? Batu yang digunakan untuk membina kompleks Angkor Wat yang sangat luas ini diambil dari gunung Kulen yang terletak sejauh 37 km dari kompleks ini. Jauhnya. Beratnya. hmmmm.....hebat betul mereka.
* bersambung....
10 Comments
lepas ni entry Perth kak. ahahha
ReplyDeleteSedang gigih menyiapkan entri perth baru nmpk komen ini. teruk nau akk ko ni. huhu..
DeleteMenarik di cambodia.. perkongsian yang agak details ..
ReplyDeletetime rajin mmg mcm details. hahaha
Deletewah bestnya dapat hadiah cam gini
ReplyDeletealhamdulillah.. :)
DeleteWoW!!! Best dan menariknya...
ReplyDeleteLeYa pun belum pernah jejakkan kaki ke sana lagi..
jumpa tiket murah, beli je. in shaa Allah sampai. :)
Deletelokasi angelina jolie tu kat seam reap ek, bukan phnom penh ek
ReplyDeleteya. kompleks temple semua kat siem reap.
Delete