Jom ke Royal Belum Part 2

Assalamualaikum wbt..

Hari kedua di Royal Belum, kami meneroka Sungai Kooi dan melawat kampung orang asli suku Jahai. Trip pada hari tersebut dikelolakan oleh Abang Joe di mana beliau menjelaskan cara-cara mengenal pokok dan survival di dalam hutan. Macam-macam ilmu hutan yang kami dapat dari beliau.



Suku Jahai sangat pemalu. Nak bagi jajan pun jenuh pujuk pakat lari ke bawah rumah masing-masing. Banyak juga bantuan yang mereka dapat seperti tandas dan bantuan makanan. Ada tandas tapi tidak boleh digunakan. Saya melihat banyak tepung gandum yang berkilo-kilo masih dalam keadaan baik dibuang di belakang rumah. Sayangnya.... huhu. Mari hakak bagi resepi cucur macam-macam, meh.



Tak tahu pasal apa budak ni menangis. Takut dengan kitorang ke macam mana. Padahal nak bagi jajan je kot. hahaha..



Ada macam-macam aktiviti juga di sini seperti menyumpit, mendengar taklimat dari Tok Batin yang ada anak 24 orang, menonton persembahan anak-anak suku Jahai dan jualan hasil hutan. Bagusnya suku Jahai ni, mereka ada giliran untuk mencari rezeki seperti ke tasik atau ke hutan. Hasil yang didapati dimakan 1 kampung. Muafakat sangat mereka ini. Bagus.



Kami berdiri di dalam balai buluh bertiangkan batang kayu yang kecil. Risau juga kami ramai-ramai pakat dok naik ni tapi teguh sungguhlah teknologi binaan mereka walau pun melendut lantai buluh tu sebab beban berat sangat. Kagum tengok.



 Bergambar selepas habis sesi taklimat dan pemberian goodies pada anak-anak orang asli suku Jahai.



Sebelum kami ke perkampungan orang asli, kami hiking dan meneroka Sungai Kooi dulu bersama Abang Joe.



Menikmati flora fauna sambil mendengar taklimat dari Abang Joe. Lepas tu sambunglah kesemputan memanjat bukit hingga jumpa air terjun tapi tinggi sangatlah pula.




Ramai juga mengambil kesempatan mandi air terjun.



Bunga raflesia yang belum berkembang. Takde rezeki nak tengok yang kembang tu.



Seperti biasalah, kena naik speed bot untuk ke Sungai Kooi.



Balik dari lawatan ke perkampungan orang asli, lunch beramai-ramai dulu. Lepas tu bersiap dan berkemas untuk perjalanan pulang ke jeti yang mengambil masa 2 jam perjalanan.


 Sebelum sampai ke jeti, jom kita bergambar dulu di atas bumbung boat house beramai-ramai siap buat video mannequin challenge.



Atas bumbung boat house.



Depan boathouse.



Sebelum naik bas.

Maka berakhirlah trip penat kami tapi sangatlah best di Royal Belum, Perak. Suatu pengalaman yang takkan dilupakan. Sesiapa yang teringin nak merasai pengalaman percutian di boat house ni boleh google pakej Royal Belum. Macam-macam harga pakej untuk dipilih. Contohnya macam pakej Royal Belum ni. Klik je link tu untukmaklumat lanjut sebab saya hanya bayar ke Kelab Rekreasi dan tidak ambil detail pakej mereka. Memang berbaloi sungguh trip macam ni untuk dirasai sekurang-kurang sekali dalam seumur hidup. Cubalah!


Terima kasih sudi baca. :)

0 Comments