Jom ke Royal Belum Part 1

Assalamualaikum wbt...

Entri kali ni nak mengajak kawan-kawan jalan-jalan ke Royal Belum. Royal Belum adalah sebuah taman negeri yang terletak di utara semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand.  Ia juga adalah hutan hujan yang tertua di dunia iaitu berusia 130 juta tahun. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan di Royal Belum. Hiking, berkayak, berakit, memerhati flora dan fauna, memancing dan lain-lain. Best, kan?

Trip ke Royal Belum ini adalah anjuran Kelab Rekreasi di tempat kerja saya dulu. Ambil peluang untuk turut serta disebabkan pergi ramai-ramai dan tak perlu pening pasal itinerary trip bagai. Kemas beg bawa apa yang patut untuk masuk ke dalam hutan dan bawa terus je naik bas. Harga pun murah. Rugilah kalau tak join.


Lamanya tak naik bas ramai-ramai macam rombongan sekolah. Merasalah balik kenangan dulu-dulu.



Gerak waktu malam, sampai ke Grik dah subuh. Berhenti solat dan bersihkan diri. Lepas tu bersarapan dulu di pekan Gerik.




Happynya bila dah sampai jeti. Kami tunggu boathouse kami di sini. Settle semua, berangkatlah kami masuk ke boathouse dan pilih bilik masing-masing. Semua bilik mencukupi sebab boathouse kami sangat besar. Siap dapur, bilik air dan ruang yang luas di tingkat bawah untuk aktiviti meeting, makan dan berkaraoke.



Perjalanan boathouse kami adalah selama 2 jam menuju tempat-tempat menarik di Royal Belum.. Sempatlah rehat, solat dan makan tengahhari cara masak ramai-ramai di atas boathouse. Petang tu berangkut naik bot laju menuju ke sanctuary ikan Sungai Ruok. Dapatlah tengok anak-anak ikan kelah tapi tak begitu banyak seperti di Sabah.





Tersangatlah best bila berada dekat dengan nature. Rasa fresh je.





Jauh menapak naik ke tempat air terjun. Tarik menarik la jawabnya sebab rajin sangat bersenam katanya. :D


Sampai saja ke atas, cantiknya pemandangan air terjun masya Allah... terus rasa berbaloi je penat memanjat. Apa lagi, acara mandilah jawabnya.



Rindunya nak mandi air terjun lagi. huhu...



Apa ni buat bulatan pulak depa...



Dah puas mandi, tunggu turn balik ke boat house naik speed boat. Sampai kering balik baju dibuatnya.



Di boathouse sementara cari port untuk berlabuh dan bermalam. Dah jumpa port untuk stay, terjun balik ke tasik untuk mandi lagi sambil main rakit. Ya Allah, memang sangat-sangat best acara yang satu ni. Pakat berebut nak naik rakit sampai rakit nak tenggelam sebab ramai sangat. Memang penat sangat kat sini tapi bukan sebab penat mengayuh rakit, tapi penat gelak.  :D



Jadi ramai sebab kami bergabung dengan sebuah lagi boathouse.



 Kanak-kanak ribena sedang belajar mengapungkan diri.



Penat hiking dan ketawa punya hal, malam tu tido awal. Ada yang tido di atas bumbung ramai-ramai. Sejuk katanya.


Suatu petang di Royal Belum..


*bersambung...

0 Comments