Jalan-jalan di Kundasang

Assalamualaikum wbt..

Tahun lepas datang ke Kundasang lagi. Sajalah nak jalan-jalan dan lepak lama sikit di Kundasang. Nak enjoy tengok view cantik puas-puas. Lepas tu nak makan seafood dan cari ikan bilis Sabah yang mulus-mulus tu buat stok setahun seperti biasa. :D Rugi tau kalau ke Sabah tak mengangkut balik ikan bilis berkilo-kilo. Kali ni datang memang sesungguhnya kami jalan-jalan pusing merata Kundasang sampai sesat-sesat dibuatnya. Dapat kereta pulak punyalah teruk tak pernah servis agaknya sampai tak larat nak naik bukit-bukau walau pun tekan minyak sampai habis. Azab betul. Tapi kerana kasih nak tengok view, kami turutkan jua. :p

Ya ya. Ini view berlatarbelakangkan gunung Kinabalu. Lokasi wajib bergambar. Cantik ke idok? :D


#Lupa pulak nak bagitahu, rombongan kali ni dengan adik-adik comey manja dua orang ni.

Disebabkan ini trip jalan-jalan menikmati view, boleh la layan gambar-gambar mocik travel sorang ni. Sebelum ni tak banyak sangat gambar sorang-sorang almaklumlah bawa anak-anak. Kali ni memang sakan jugaklah. Sila bertabah ye. hahaha..

#pekan di pergunungan. Macam kat Kyrgyzstan dah ni. Tetiba. :D


# yang ni pulak ala-ala autumn di Korea. Wah berangan kau yana.


#sila cari lokasi air terjun ini. Kes terserempak terus berhenti kejap ambil gambar.


#dah nama jalan-jalan, jom singgah di segala resort, hotel dan homestay yang ada. Seronok tengok garden diorang. Mestilah cantik dengan bunga-bungaan tanah tinggi.


#kemain mocik sorang ni.


#seperti biasalah kalau ke Kundasang, tempat wajib pergi mestilah Desa Dairy Farm. Ziarah best friend yang makan rumput tu. hahaha..


#kalau nak bergambar dengan si pemalu gunung Kinabalu ni, kena waktu pagi ya. Masuk je pukul 10 jadilah dia macam ni. Buat tutorial pakai shawl. :D


# rasanya belum pernah tengok gambar orang pergi Kundasang ada lokasi ni. 


#yang ni lagilah....di Kundasang ke ni? hahaha...


#dulu-dulu datang ke sini, inilah lokasinya budak Qisya buat ragam nak aiskrim. Sabo je la..kali ni datang, kemain mama awak. Gedik pulak nampaknya ya. :D

#ni di area Dreamworld Resort. Dahsyat nau jalan panjat bukit ke sini. Dah la kereta semput, demi nakkan view ini punya pasal, gagah jugalah kami ni.


#view breakfast kami dari Nabalu Inn. Kami stay di situ kerana semua resort yang di tempat tinggi tidak ada orang sebab bukan musim cuti. Sunyi sangat memang tak beranilah. Baik duduk hotel yang di tepi jalan besar je.




#gigih panjat memanjat demi nak bergambar. 

#dua-dua anak bongsu memang manja macam ni.


#tengah memikir masa depan lepas tak lalu mencium bau lembu. Kali ni datang, menusuk hidung pulak sampai tak lalu nak telan susu yang dibeli. Sudahnya melepak kat luar.



#malam tu layan steambot. Sejuk-sejuk makan steambot la yang best.


#sebelum ke airport, ronda-ronda pasar Filipina untuk beli ikan bilis dan kuih cincin lepas tu layan seafood. Makan lobster kali ni wehhh...rm30 seekor. Sedapnya masakan dia sampai teringat-ingat.

Aterr...ini je ceritanya? Ye laa... dah bagitau tadi jalan-jalan dan makan-makan je. Tenyeh gambar banyak-banyak macam tak relevan pulak macam la kau tu instafamous. hahaha.. So, ini je la cerita dia. Nak kisah trip ke Kundasang ni sila google blog ni juga. Saya dah cerita detail siap bajet dan tips semua.


In shaa Allah akan datang lagi ke Kundasang tapi nak try perkhidmatan kereta sewa kombo dengan homestay by AFS Car Rental & Tours Sdn Bhd ni pulak. Macam best je kan? Cer korang call nombor dalam iklan ni. Dengar cerita, pakej pun macam-macam ikut jenis kereta. Tinggal pilih je mengikut kesesuaian. Itu jelah nak cerita. Banyak lagi hutang entri ni. :p

0 Comments