Melancong bersama Azza Travel

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Musim cuti persekolahan tiba lagi. Hati teringin nak bawa anak-anak bercuti tak kisahlah di dalam dan di luar negara tapi tidak pasti ingin menggunakan servis ejen pelancongan yang mana satu. Memanglah banyak iklan di facebook itu dengan pelbagai promosi percutian menarik, tapi bagaimana dengan perkhidmatannya? Bagaimana dengan latar belakang dan rekod travel agency tersebut? Kali ini saya ingin mengajak anda cuba melancong dengan menggunakan khidmat Azza Travel.

Perkara pertama sekali, pastikan travel agency tu ada sijil MOTAC. Penting untuk kita mendapatkan perkhidmatan dari ejen pelancongan yang sah. Bersama Azza Travel, kita tak perlu risau lagi dengan sebarang kemungkinan kerana Azza Travel telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Azza Travel juga turut menjadi ahli aktif untuk MATTA (Malaysian Association of Tour and Travel Agents). 

#sijil MOTAC


#sijil MATTA

Ok. MOTAC dan MATTA selesai. Kita lihat pula sedikit sebanyak tentang perkhidmatan Azza Travel ini. Syarikat ini menawarkan khidmat pelancongan untuk luar negara (outbound) dan dalam negeri (inbound). 

Bagi pelancongan luar negara, Azza Travel menawarkan pelbagai jenis pelancongan seperti Pakej Kembara Muslim iaitu menjelajahi negara-negara Islam, menikmati keindahan alam dan mendalami budaya serta mempelajari cara hidup dan adat negara lain. Seterusnya Pakej Umrah iaitu menunaikan permintaan orang Islam yang ingin melakukan ibadah umrah (ini best boleh request nak pakej umrah yang macam mana) dan terakhir sekali ialah Pakej 4 Musim iaitu menyediakan perkhidmatan lawatan ke negara yang mempunyai 4 musim terutamanya musim sejuk dan musim luruh yang menjadi permintaan masa kini.



#pakej Turki


#pakej Turki

Bagi pelancongan dalam negeri, Azza Travel menyediakan pelbagai bentuk perkhidatan pelancongan di seluruh Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan pakej pelancongan seperti :

Pakej Eko Kembara - menerokai kepelbagaian tempat unik di Malaysia seperti keindahan Pulau Langkawidan Desaru, keunikan Sungai Kinabatangan yang dipenuhi dengan kepelbagaian jenis haiwan, flora dan fauna.

Pakej Pelancongan Pelajar - pakej yang bagus untuk pelajar dari sekolah rendah sehinga ke pelajar universiti dan kolej kerana usaha untuk menambah pengalaman yang baru kepada para pelajar ini adalah sangat murah dan berbaloi. Haaa...cikgu-cikgu boleh hubungi Azza Travel sekarang juga.

Pakej Pelancongan Family Day untuk Jabatan Kerajaan, Syarikat Swasta, Badan Korporat, Universiti dan lain-lain.

Pakej Inap Desa - memperkenalkan adat resam dan masyarakat desa.

Pakej lawatan sekitar negeri Kedah

Pakej lawatan ke Pulau Langkawi

Pakej lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Malaysia

Pakej lawatan ke negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.


#pakej pelancongan ke Pulau Langkawi



Staf Azza Travel yang akan menyantuni anda semuanya adalah cool belaka orang2nya yang diterajui oleh Puan Hajjah Nor Aza Omar. Beliau adalah berpengalaman luas dalam bidang pelancongan, umrah dan haji. Pernah berkhidmat bersama TH Travel sdn bhd dan Andalusia Travel sdn bhd serta lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pelancongan dan juga berkelulusan dalam bidang Travel Operations dari UiTM, latarbelakang seperti ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Kalau masih tak percaya juga, tak tahulah saya.


#ikon dan penasihat Syariah Azza Travel.


#pembimbing umrah dan Haji.


#pengarah operasi Azza Travel.

Alhamdulillah, di antara trip-trip yang sudah dilaksanakan dan mendapat review yang baik dari para pelancong yang menggunakan perkhidmatan Azza Travel ialah trip ke Turki baru-baru ini. 







Wajah kegembiraan dan sangat berpuas hati terpamer jelas di wajah masing-masing.


#antara komen-komen di whatsapp group.

#antara komen-komen di facebook.

Azza Travel juga sedang giat mempromosi pelbagai pakej pelancongan yang menarik di dalam dan luar negara. Antaranya ialah Turki dan Sabah.

#pakej Turki


#pakej Sabah

Dah dapatkan info pasal Azza Travel ni kan? Ok tak? Kalau dah ok,silalah pilih pakej yang berkenan di hati atau nak request apa-apa pakej special pun boleh dan terus hubungi Hjh Azza di talian 019 9545354. Jangan risau kerana matlamat utama Azza Travel adalah menyantuni semua pelancong dalam khidmat yang terbaik.


0 Comments