Wirdora - perhiasan untuk lelaki dan wanita


Assalamualaikum pembaca semua. Alhamdulillah, baru-baru ni bertarikh 14 Mac 2020, saya berkesempatan menghadiri majlis pelancaran butik pameran Wirdora yang baru di Ampang, Kuala Lumpur. Wirdora adalah sebuah jenama tempatan yang mengeluarkan barangan perhiasan wanita dan lelaki menggunakan kristal Swarovski asli yang diimport dari Austria. Best, kan? Jenama tempatan yang wajib kita sokong dengan menjadikannya antara koleksi peribadi.


Wirdora juga adalah Swarovski branding partner yang sah di mana kesemua batu kristal Swarovski Wirdora adalah asli - authentic dan setiap pembelian disertakan dengan seal tag & code no di mana pembeli boleh buktikan kesahihannya di laman web Swarovski sendiri.

#Puan Wirdalina bersama ibu, suami dan Faces of Wirdora 2020 Hawa Rizwana Redzuan.

#antara persiapan majlis pelancaran

             #Pengasas Wirdora iaitu Puan Wirdalina Binti Tauhed sedang memberikan ucapan.

Wirdora yang telah diasaskan pada bulan Mei 2017 ini menawarkan dua kategori produk iaitu luxe series dan standard series. Bagi aksesori di dalam kategori luxe series, terdapat aksesori yang diberi sentuhan rhodium, 18k rose gold plated, 18k white gold plated beserta pin stainless pin. Setiap barangan Wirdora dijamin kualitinya iaitu tahan karat, hypo allergenic dan anti-tarnish.

Produk-produk Wirdora juga menjalani ujian QC yang sangat ketat seperti ujian anti falls dan ujian ketajaman pin. Bagi aksesori Wirdora yang di dalam kategori luxe, ianya didatangkan dengan jaminan warranty selama setahun dan after-sale service.

Antara aksesori wanita keluaran Wirdora adalah kerongsang, pin tudung dan scarf ring. Manakala buat kaum lelaki pula, Wirdora menyediakan butang baju melayu yang juga boleh dijadikan cuff link. Pilihan pun ada dalam pelbagai warna. Boleh pilih mengikut warna kegemaran masing-masing atau mengikut warna bulan kelahiran.

#antara koleksi kerongsang dan scarf ring.

Menurut Puan Wirdalina, Wirdora dimulakan dengan kaedah home-based business kerana menyedari kekurangan jenama tempatan yang mengeluarkan aksesori wanita. Bermodalkan hanya RM200, sedikit demi sedikit Wirdora mengorak langkah lebih jauh hingga mencatat jualan RM1 juta dalam masa setahun.
Sehingga kini, Wirdora dikenali hingga ke Brunei malah telah berjaya membuat penampilan di pentas berprestij London Fashion Week pada bulan Februari yang lalu. Wirdora adalah satu-satunya produk aksesori keluaran tempatan yang terpilih ke pentas peragaan berprestij tersebut. Pada majlis tersebut, Wirdora turut melantik personaliti TV, Hawa Rizwana Redzuan sebagai Faces of Wirdora 2020.


Produk Widora bermula dari RM18 hingga RM350 dan boleh didapati secara online dan offline

Belian secara online boleh didapati di :

-Laman web Wirdora :- https://wirdora.com
- Laman web fashion valet :- https://www.fashionvalet.com
-Instagram Wirdora :- @wirdorahq

Belian secara offline boleh dibuat di physical store of Fashion Valet yang terletak di Publika, Bangsar Village II dan IOI City Mall, Putrajaya. Produk Wirdora juga boleh didapati melalui ejen-ejen Wirdora yang sah dan juga dengan cara berkunjung ke butik pameran Wirdora sendiri.

Sebarang pertanyaan berkenaan produk Wirdora, sila hubungi Puan Wirdalina di 019 2741897.



0 Comments